Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Tuesday, February 12, 2013

Ikan Pari Gergasi Ditangkap di Kelantan Oleh Dua Remaja

 Ikan Pari Gergasi Ditangkap di Kelantan Oleh Dua Remaja


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ikan pari, ada sesetengah kita yang tidak makan ikan ini. Dalam beberapa kes, ada manusia meninggal dunia setelah terkena bisa ikan pari.

Akhbar melaporkan, Rashid Arshad, 55, disengat pari pada tangan kanannya ketika dia cuba menanggalkan ikan tersebut daripada pukatnya. Rashid berjaya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru tetapi meninggal dunia selepas koma selama 48 jam.


DURI ikan pari berbentuk seperti gergaji bermata halus namun bisanya terletak pada lendir.


Dalam insiden hampir sama di Terengganu, seorang pemuda terpaksa menanggung derita selama lapan tahun gara-gara sengat pari yang tersisa di bahagian punggungnya. Penderitaan pemuda itu berakhir setelah sekumpulan pakar berjaya mengeluarkan bisa itu pada tahun lalu.
Mengulas mengenai bahaya bisa ikan pari yang enak dimasak asam pedas, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, kematian akibat tertusuk bisa ikan pari merupakan fenomena terpencil malah tidak ada sebarang laporan khusus membabitkan kes itu di Malaysia.“Ikan pari bukanlah sejenis haiwan pembunuh tetapi kes-kes kematian berlaku ini berpunca apabila ikan tersebut bertindak agresif setelah ia berasa terancam,” katanya kepada Jurnal (K0smo) baru-baru ini.

Dua remaja tangkap ikan pari gergasi


MOHAMMAD AZRI (kiri) memegang pari gergasi yang berjaya ditangkapnya di Kampung Gong Datuk, Pasir Puteh semalam.
Sumber Gambar; Kosmo Online




 
PASIR PUTEH - Penduduk di Kampung Gong Datuk, dekat sini gempar apabila dua remaja kampung berkenaan yang menahan pukat berhampiran pintu kawalan air Gong Kulim di Terusan Semerak membawa pulang seekor ikan pari seberat 150 kilogram yang terperangkap di pukat yang dipasang mereka petang semalam.


 
Pari daripada jenis pari batik dengan ukuran lebar 1.8 meter dan panjangnya tiga meter itu kini menjadi tumpuan seluruh penduduk kampung berkenaan yang sebelum ini tidak pernah melihat ikan pari besar yang dianggap bersaiz gergasi.


Remaja terbabit, Mohamad Azri Azmi, 20, berkata, ikan yang tersangkut pada pukat disedari ketika dia bersama rakan, Nik Mohd. Anaz Nik Mansor, 17, ke sungai berkenaan untuk memungut hasil tangkapan selepas pukat itu ditahan lewat petang kelmarin.


Menurutnya, sangkaan awal pukat yang tidak mampu ditarik dari dasar sungai ke atas bot mungkin disebabkan tersangkut pada akar kayu.


"Kami terpaksa berhempas pulas menarik pukat itu sehingga kelihatan bentuk badan ikan pari besar yang tersangkut pada pukat. Nasib kami baik dengan rezeki yang tidak diduga itu walaupun bot kami hampir tenggelam apabila ikan berkenaan cuba melepaskan diri ketika diangkat naik ke atas bot," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Datuk dekat sini petang semalam.


Mohammad Azri berkata, mereka berdua menggunakan pendekatan menarik pukat ke tebing sungai kerana tidak mahu ikan sebesar itu terlepas begitu sahaja.


"Ini kali pertama ikan sebesar itu tersangkut pada pukat saya dan yang peliknya ia berada di kawasan air tawar sedangkan spesies ikan ini hidupan air masin.


"Saya terpaksa menghubungi ayah supaya datang dengan kereta untuk membawa pulang ikan berkenaan. Saya anggap ini rezeki keluarga kerana sebelum ini pukat yang ditahan hanya memerangkap ikan kecil," katanya.


Jurucakap Jabatan Perikanan Kelantan ketika dihubungi berkata, ikan berkenaan hidup dalam habitat pantai dan air payau dan paling banyak ditemui di antara perairan Afrika Selatan hingga ke Australia.


sumber Artikel dan gambar; Kosmo Online

 

Pari gergasi 150kg tersangkut di pukat

PASIR PUTEH - Penduduk di sini gempar apabila dua remaja membawa pulang ikan pari seberat 150 kilogram yang tersangkut di pukat yang dipasang di Terusan Semerak berhampiran Tidal Gate Kulim, Gong Datuk dekat sini, semalam.
Ikan ‘pari batik’ atau nama saintifik himantura uarnak itu menarik perhatian penduduk yang rata-ratanya belum melihat ikan pari sebesar itu.

Mohamad Azri Azmi, 20, berkata, kejadian itu disedari ketika dia bersama rakan, Nik Mohd Anaz Nik Mansor, 17, ke sungai untuk memungut hasil tangkapan jam 7.30 pagi semalam selepas memasang pukat jam 5 petang kelmarin.

Katanya, dia pada mulanya menyangka pukat tersangkut kerana tidak terdaya untuk mengangkatnya ke bot.

“Saya terkejut melihat ikan pari besar tersangkut pada pukat, ketika kami mengangkatnya ke bot, ikan itu menggelepar sehingga bot hampir tenggelam.

“Kami panik tapi terus berusaha menariknya ke tebing kerana tidak mahu ikan itu terlepas begitu sahaja kerana inilah kali pertama ikan sebesar itu tersangkut pada pukat saya,” katanya yang tidak menyangka ikan pari sebesar itu berada dalam kawasan air tawar.

Mohamad Azri terpaksa menghubungi ayahnya supaya datang dengan kereta untuk membawa pulang ikan tersebut.

“Ayah saya sampai tidak lama selepas itu dan dengan dibantu beberapa kawan, ikan itu berjaya dibawa pulang ke rumah dengan mengikatnya di atas bonet kereta.

“Saya menganggap ini rezeki keluarga kerana sebelum ini pukat hanya mengena ikan kecil, tidak berbaloi untuk berulang alik sejauh tujuh kilometer dari rumah saya,” katanya.

Himantura uarnak hidup dalam habitat pantai dan air payau serta banyak ditemui di antara Afrika Selatan hingga ke Australia itu boleh membesar sehingga dua meter lebar sementara ikan pari yang berjaya ditangkap Mohamad Azri semalam selebar 1.8 meter dan panjangnya tiga meter.

Mengikut senarai merah International Union for the Conservation of Nature (IUCN), Himantura uarnak dari famili Dasyatidae itu diklasifikasikan sebagai haiwan hampir terancam.


Sumber;
Sinar Harian Online


Sengatan maut ikan pari


BARU-BARU ini, kita dikejutkan dengan berita seorang pesara tentera mati akibat disengat ikan pari.

Akhbar melaporkan, Rashid Arshad, 55, disengat pari pada tangan kanannya ketika dia cuba menanggalkan ikan tersebut daripada pukatnya. Rashid berjaya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru tetapi meninggal dunia selepas koma selama 48 jam.


Dalam insiden hampir sama di Terengganu, seorang pemuda terpaksa menanggung derita selama lapan tahun gara-gara sengat pari yang tersisa di bahagian punggungnya. Penderitaan pemuda itu berakhir setelah sekumpulan pakar berjaya mengeluarkan bisa itu pada tahun lalu.


Juga mengenai pari, pakar hidupan liar tersohor dari Australia, Steve Irwin meninggal dunia dalam tempoh kurang 10 minit selepas dadanya tertusuk duri ikan pari gergasi pada 2006.


Mengulas mengenai bahaya bisa ikan pari yang enak dimasak asam pedas, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, kematian akibat tertusuk bisa ikan pari merupakan fenomena terpencil malah tidak ada sebarang laporan khusus membabitkan kes itu di Malaysia.



“Ikan pari bukanlah sejenis haiwan pembunuh tetapi kes-kes kematian berlaku ini berpunca apabila ikan tersebut bertindak agresif setelah ia berasa terancam,” katanya kepada Jurnal baru-baru ini.


Menurutnya, jumlah bisa pada pari berbeza mengikut saiz ikan pari.


“Jika besar saiz ikan pari, maka jumlah kuantiti bisa yang dihasilkan juga banyak.


“Dalam kes Rashid di Muar, Johor itu, kemungkinan besar mangsa menarik jaring ketika berada di dalam air laut sekali gus menyebabkan ikan pari sangat aktif.


“Kebiasaan nelayan menjala ikan di laut di bawah paras aras pinggang. Apabila dibawa ke darat, ikan itu tidak akan memberi ancaman yang besar,” ceritanya.


Tambah Mazlan, mangsa mungkin berdepan komplikasi dengan penyakit lain termasuk penyakit tekanan darah tinggi.


Katanya, kebanyakan mangsa yang terkena sengat ikan pari akan berasa sakit dan mula bengkak serta berdenyut.


“Perkara utama yang boleh dilakukan adalah dengan menyapu cuka kemudian dapatkan rawatan perubatan di hospital berdekatan.


“Paling penting, mangsa tidak boleh panik kerana ia pasti menyebabkan keadaan lebih serius,” katanya.


Seorang kaki pancing, Ismail Faisal mempunyai cerita tersendiri setiap kali dia hendak mendaratkan pari. Ismail yang sudah memancing lebih dua dekad mendakwa, ikan pari merupakan antara spesies ikan yang berbisa.

Bagaimanapun, sengatan pari tidaklah sampai boleh menyebabkan nyawa melayang, katanya.


“Kematian yang berlaku mungkin berpunca daripada alahan seseorang terhadap bisa sengatan ikan itu.


“Memang kita akan terasa kesakitan apabila disengat pari tetapi tak pernah pula kawan-kawan saya mati disengat pari,” katanya yang pernah disengat ikan pari sebanyak tujuh kali sepanjang pengalamannya sebagai pemancing profesional.


Hampir senada dengan Ismail, Presiden Persatuan Pemancing Malaysia (PeMM), Ridzuan Ghazali berkata, lendir pada duri pari merupakan toksin yang berbahaya.


Tegasnya, kematian kemungkinan boleh berlaku apabila terkena pada tempat saluran darah utama.


“Allahyarham Rashid mati mungkin disebabkan bisa pari memasuki nadi tangan kanan sebelum merebak ke jantung. Biasanya, sengatan ikan pari akan meninggalkan nanah dan membawa bau busuk jika tidak dirawat dengan segera,” katanya.

Sumber: KOSMO ONLINE


2 comments:

Unknown said...

MENAKJIBKN..

atuk said...

Assalamualaikum Ummu

buat asam pedas... sodap


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design