Followers
Thursday, July 19, 2012
Kanak-kanak OKU Dapat Baju Raya
Saripah Zulkifli memakaikan baju raya pada Mohd. Ibrahim Lokman sambil
diperhatikan ibunya, Hozaliah Bahari (kanan) pada program Ceria Lebaran
Pusat Dalam Komuniti di Ipoh, semalam.
IPOH 16 Julai - Sambutan Aidilfitri bagi 274 kanak-kanak daripada
golongan orang kurang upaya (OKU) ternyata lebih meriah tahun ini
apabila mereka berpeluang memilih sendiri baju raya.
Mereka yang merupakan penghuni 10 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
(PDK) dari seluruh negeri dibawa ke Pasaraya Mydin di Meru Raya di sini
sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri.
Program yang dinamakan Ceria Lebaran PDK itu dianjurkan oleh Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri).
Yang Dipertua Baiduri, Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, program
tersebut merupakan penganjuran kali kedua pihaknya dengan melibatkan
perbelanjaan berjumlah RM23,000.
Katanya, melalui program tersebut setiap penghuni PDK dibenarkan
memilih sendiri pakaian mereka dengan peruntukan sebanyak RM80 seorang.
''Ini kali kedua kita menganjurkan program seperti ini dengan
melibatkan 10 PDK dengan pemilihannya dibuat secara bergilir-gilir.
''Program ini merupakan sebahagian usaha Baiduri untuk membantu
golongan yang kurang bernasib baik bagi membolehkan mereka menikmati
kegembiraan menyambut Syawal seperti orang lain," katanya ketika ditemui
di pasar raya berkenaan di sini hari ini.
Sementara itu, seorang penerima, Meor Muhd. Amirul Syazwan Meor
Zainal, 23, berkata, dia berasa gembira kerana diberi peluang untuk
memilih pakaian raya mengikut cita rasa sendiri.
Bagi Nurul Hafiz Riduan, 28, sumbangan Baiduri itu dilihat mampu
meringankan beban perbelanjaan keluarganya menjelang Aidilfitri nanti.
''Selepas ini, ibu bapa saya tidak perlu lagi membeli keperluan saya
kerana semuanya sudah dibeli hari ini. Terima kasih Baiduri kerana
membantu," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment