Doaku Untukmu Sayang Adik-adikku Agar Jodoh Kalian
Dengan Hamba Allah Yang Beriman dan Bertaqwa
Doaku Untukmu Sayang Adik-adikku Agar Jodoh Kalian
Dengan Hamba Allah Yang Beriman dan Bertaqwa
Doaku Untukmu Sayang Adik-adikku Agar Jodoh Kalian
Dengan Hamba Allah Yang Beriman dan Bertaqwa
“Wahai
Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan
kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi
orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-furqan: 74)
Rasullullah
diriwayatkan bersabda kepada kaum lelaki yang bermaksud,
"Ingatlah,
terimalah wasiatku, pergaulilah wanita (isteri) dengan baik kerana
sesungguhnya mereka adalah tanggungjawab di tangan kamu. Kalian tidak
mempunyai apa-apa hak daripada mereka kecuali perkara itu melainkan jika
mereka melakukan perbuatan yang menyimpang dan keji.
Apabila mereka
melakukan perkara tersebut, maka janganlah tidur bersama mereka dan
pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Jika mereka patuh
kepada kamu maka janganlah kalian mencari jalan menyakiti mereka.
Ingatlah, sesungguhnya kamu mempunyai hak atas isteri-isteri kamu dan
mereka mempunyai hak ke atas kamu.
Adapun hak kalian ke atas
isteri-isteri kalian adalah tidak mengajak orang yang kamu benci tidur
di atas ranjang kalian dan tidak pula mengajak orang yang kamu benci
masuk ke dalam rumah kamu. Dan hak isteri-isteri kamu ke atas kamu
adalah memberikan pakaian dan makanan kepada mereka dengan baik."
Di saat sangat ramai gadis yang solehah berdoa memohon kepada Allah
untuk diberikan seorang suami yang soleh dan boleh menjadi pembimbing
kehidupan dunia dan akhirat untuknya, Allah dah berikan kepada saya
seorang suami.Alhamdulillah...syukur kepada Allah.
Doaku buatmu adik-adikku. Baik adik kandung, sepupu, saudara mara, sahabat handai yang masih bujang...
Walau di mana kalian berada. Walau kita kian dihambat masa yang sangat mencemburui kita. Walau jauh beratus batu dan jua beribu batu terpisah oleh gunung dan lautan.
Tiada pernah kulupa wajah-wajahmu adik-adikku. Adik lelaki. Adik perempuan. Khususnya wajah adik perempuanku...samada adik kandung, adik sepupu, adak saudara jauh dan ....
Bukan ku tidak risau akan adik lelakiku. Tetapi kebanyakan adik-adik lelakiku (adik kandung atau adik saudara dan adik angkat dana dik junir sekolah dan ...) Alhamdulillah, mereka mudah menemui gadis solehah impian mereka sebagai cqalon isteri. Syukur Alhamdulillah
Tidak dinafikan, jodoh tidak akan lari dan akan datang pada waktunya. setelah berusaha mengikut batas syariat Islam, teruskanlah doa kudus mu sayang. Bersabarlah dan
sibukkan diri dengan amal sholehah.
Hadapilah dengan sikap tenang,
santai, tidak mudah emosi dan sensitif, tidak larut dalam kesedihan, tidak
berputus asa dan tetap bersemangat.
Jodoh itu sudah diatur Allah. Cuma masanya sahaja adikku, tidak kita ketahui masanya bila. Kadangkala calonnya jua seakan samar dalam bayangan. Usah berputus asa adikku.
Bagi seorang lelaki beriman, TIADA yang lebih membahagiakan buat seorang suami selain dikurniakan isteri yang solehah.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Maka wanita yang solehah ialah yang
taat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika
suaminya tiada, oleh kerana Allah memelihara (mereka)”. (Surah an-Nisaa’
ayat 34)
Tidak Putus Asa Berdoa
Untuk adik-adik perempuanku, (adik kandung, adik sepupu, adik saudara jauh, adik angkat....)
Untuk
mencari pasangan yang soleh seorang wanita hendaklah memilih
calon suaminya yang faham dan menjalankan perintah agama. Jangan
terlalu mementingkan perkara yang bersifat kebendaan atau
meterialistik.
Sebab harta, kecantikan, kedudukan dan pangkat
tidak akan bertahan lama. Seandainya calon suami seorang yang
soleh, Insya Allah rumahtangga akan bahagia dan diberkati Allah
SWT.
“Ya Allah kurniakan aku calon suami yang baik dan yang soleh. Berikan
padaku suami yang dapat ku jadikan imam dalam keluargaku.”
DOA DARI AL QURANUL KAREEM
Salah satu doa daripada al-Qur'an ialah:
(Dan di antara mereka ada yang
berkata: "Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab neraka.")
(Al-Baqarah 2:201).
Doa Mohon Keturunan, Anak/Isteri/Suami Yang Sihat/Soleh, Bahagia dan Jodoh
“Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).
Ali Imron :38 : Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar kan doa.
Al A’raf : 189 : Sungguh, jikalau Engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur.
Al Anbiya : 89 : Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling baik.
Al Furqan : 74 : “Wahai
Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan
kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi
orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)
Ash Shafaat : 100 : Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang tergolong soleh.
Nabi Musa as berdoa setelah menolong dua perempuan penggembala
kambing: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan
yang Engkau turunkan kepadaku.” (QS 28:24).
Allah swt memahami
keperluan dan prioritasnya, sehingga tidak saja memberi makanan, tapi
juga memberi jodoh, tempat tinggal dan pekerjaan.
Bacalah doa: “Ya Rabb kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri
kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah
kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. (QS. Al Furqon: 74).
WAKTU MUSTAJAB DOA
Doa lebih terkabul pada tempat mustajab, waktu mustajab dan
memperhatikan adab berdoa. Berdoalah menurut apa yang diajarkan Allah
dan Rasul-Nya. Tempat mustajab: masjid, majlis ta’lim, Arafah, Hajar
Aswad, Hijr Ismail, di atas sajadah, dll.
Waktu mustajab:
sepertiga malam yang akhir, selesai sholat
wajib/tahajjud/hajat, saat sujud/I’tidal terakhir dalam sholat, sedang
berpuasa, berbuka puasa, dalam perjalanan, selesai khatam qur’an, hari
Jum’at, baru mulai hujan, diantara azan dan iqamat, ketika minum air
zamzam, bulan ramadhan/lailatul qodar, antara zuhur dan ashar juga
antara ashar dan maghrib, selesai sholat subuh, dalam kesulitan, sedang
sakit, sedang ada jenazah.
Adab berdoa:
menjauhkan hal yang haram, ikhlas, diawali dan diakhiri
tahmid/sholawat, menghadap kiblat, suci dari hadats dan najis, khusyu’
dan tenang, menengadahkan kedua tangan, dengan suara rendah dan
pengharapan sepenuh hati, mengulangi berkali-kali, tidak berputus asa,
menghadirkan Allah dalam hati, tidak meninggalkan sholat wajib, tidak
melakukan dosa besar, tidak minta sesuatu yang dilarang Allah, sambil
menangis.
Klik di sini untuk info berkaitan yang mungkin boleh membantu, Adab Doa
Sesungguhnya Islam menetapkan hak seorang wanita dalam perkara memilih calon suami.
Ini jelas sepertimana ingatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang
janda lebih berhak terhadap dirinya dari walinya. Seorang gadis harus
diminta izinnya oleh ayahnya mengenai dirinya. Adapun izin gadis itu
diketahui menerusi sikap diamnya.” (Hadis riwayat Muslim)
Ulama bersependapat dalam masalah hak wanita dalam aspek pemilihan
calon suami. Ini diakui sendiri oleh Imam Syafie, Ibnu Lailah, Imam
Ahmad, Ishak dan ramai lagi yang mengatakan bahawa meminta izin daripada
seorang gadis untuk mengahwinkannya adalah satu perintah agama.
Walaupun
begitu mulailah dari diri sendiri, hiasi peribadi dengan
akhlak yang mulia agar nanti kita akan dianugerahkan Allah
pasangan yang mulia pula.
Doa yang di panjatkan oleh seorang gadis solehah yang
saya pernah kenali...
Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…
Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…
Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…
Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…
Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…
Artikel berkaitan Di sini
0 comments:
Post a Comment