Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Monday, November 19, 2012

Subhanallah Sulaiman al-Rajhi jutawan yang miskin

Subhanallah Sulaiman al-Rajhi jutawan yang miskin




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Sheikh Sulaiman bin Abdul Aziz Al-Rajhi (lahir 1920) adalah seorang tokoh korporat dan jutawan Arab Saudi. Beliau ialah pengerusi Al Rajhi Bank, salah satu syarikat terbesar di Arab Saudi dan bank Islam terbesar di dunia. Seperti tahun 2011, kekayaan beliau dianggarkan oleh Forbes untuk menjadi $ 7700000000, menjadikan beliau orang 120 terkaya di dunia.

Namun beliau memilih untuk menjadi orang miskin. Subhanallah.

Namun kini beliau hanya tinggal sehelai sepinggang. Hartanya telah pun diberikan kepada anak-anaknya dan juga projek-projek wakaf.

Artikel ini saya copy dari blog rakan followers saya. Wakmizie di sini 



Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.

Kemalangan Jalan Raya seorang Calon SPM 2012 Meninggal Dunia

Kemalangan Jalan Raya  di Jalan Kuantan- Pekan seorang  Calon SPM 2012 Meninggal Dunia

Artikel dipetik daripada akhbar Sinar Harian.
 
 Tragedi malam minggu, tiga sahabat karib meninggal dunia



PEKAN – Kegembiraan empat sahabat karib yang berhajat meluangkan waktu malam minggu mereka bersiar-siar di bandar Kuantan berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka maut, manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki terbabas dan merempuh besi pengadang jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Ubai, tengah malam kelmarin.

Kempen kesedaran bahaya diabetes

Kempen kesedaran bahaya diabetes

SETIAP tahun Kementerian Kesihatan menganjurkan kempen kesedaran bagi memastikan masyarakat menyedari kesan diabetes terhadap kehidupan harian.

Malah, hospital kerajaan dan swasta turut menggembleng tenaga mengadakan kempen kesihatan, forum awam dan pemeriksaan kesihatan secara percuma. 


Dianggarkan ada empat juta pesakit diabetes di Malaysia kini dan angka berkenaan semakin meningkat disebabkan diet pemakanan tidak seimbang serta gaya hidup tidak sihat.

Menurut Pakar Perunding Endokrinologi dan Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Norshinah Kamarudin, selain pengesanan awal, penting untuk mengetahui langkah terbaik cara pengurusan penyakit terbabit oleh penghidapnya serta komplikasi dan penyakit berkaitan diabetes.  


“Kini, makin ramai golongan muda turut mengalami penyakit ini kerana amalan gaya hidup masing-masing. 


Haid jadi tak teratur Selepas bersalin c-sear

Haid jadi tak teratur Selepas bersalin c-sear

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Wanita makhluk Allah yang begitu unik. Banyak perkara yang perlu dijaga oleh wanita, kan?


DISCLAIMER:

Penulis blog bukan doktor mahupun pakar perubatan. Walau bagaimanapun, perkongsian rakan-rakan yang menghadapi masalah kesihatan di dalam blog ini, sangat dihargai dan dialu-alukan. 

Artikel kesihatan ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Artikel yang disiarkan dipetik daripada sumber yang dinyatakan di bawah entry ini. Artikel ini adalah sebagai perbincangan sahaja.

Kepada Sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan tertentu dan mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.Ini agar doktor dan pakar perubatan dapat membuat diagnosis terhadap penyakit anda seterusnya merawat kes anda dengan segera.

Bersama menjaga kesihatan demi ummah sejahtera. InshaAllah. Tetapi jika kita ditimpa sakit,, yakinlah, InshaALLAH ada rahmat ALLAH untuk kita jika kita sabar dan redha. InshaALLAH.

Haid jadi tak teratur Selepas bersalin c-sear

SAYA berusia 28 tahun. Pada Februari 2012 saya melahirkan anak kedua ketika kandungan 30 minggu secara pembedahan akibat tekanan darah tinggi.

Semasa pembedahan doktor menjumpai dan mengeluarkan cyst pada ovari saya bersaiz kira-kira 9x10 sentimeter. Sekarang, darah tinggi itu sudah tiada. 

Sunday, November 18, 2012

Kembar Hilang Pada Malam Hari Norliana nafi pura-pura mengandung


Kembar Hilang Pada Malam Hari 
Norliana nafi pura-pura mengandung

 
NORLIANA bersama suami, Aziz Hussein menunjukkan barangan yang telah dibeli untuk menyambut kelahiran bayi kembarnya di Kampung Kelut Jabi, Pokok Sena, Kedah kelmarin.  



CHE SOM (kiri) menunjukkan pakaian bayi yang telah dibeli oleh Norliana di 
Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena, Kedah  

Kembar Hilang Ketika Sarat Hamil
Norliana nafi pura-pura mengandung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita ini saya petik daripada laporan akhbar Kosmo. Terdapat pandangan paka gyne di sini, juga pandangan rawatan alternatif yang dipetik daripada portalbugis.

 Secara peribadi, pernah mendengar cerita rakan yang mengalami perkara yang sama. Apa pun pasti ini semua berlaku dengan izin Allah dan ia sebagai tanda kebesaran Allah jua.

SEBAGAI hamba yang mengaku beragama Islam, mempercayai perkara ghaib merupakan bukti keimanan kita kepada kekuasaan Allah.

Justeru, bayangkan perasaan seorang wanita apabila anak dalam kandungan yang ditunggu untuk dilahirkan ke dunia tiba-tiba hilang dalam sekelip mata tanpa mengetahui puncanya.

Sebagai seorang muslim, semoga kesabaran terus memayungi kehidupan kita yang sementara di dunia ini. 

Pasti setiap sesuatu kejadian samada ia menggembirakan atau mendukacitakan hati seorang Muslim itu, ia mengandungi hikmah yang kadang kala waktu musibah itu berlaku, tidak kita ketahui. 

Setelah kita berjaya mengharungi musibah itu, barulah kita tahu dan sedar rupanya banyak hikmah yang Allah berikan pada kita, sebenarnya Allah itu terlalu baik buat kita. 

Allah tahu apa yang terbaik buat kita meski saat mengharungi musibah kita sudah rasa tidak tertanggung lagi.

p/s: Ketika mengandung, ibu Muslim digalakkan untuk perbanyakkan amalan sunat dan membaca Al-Quran agar sentiasa terpelihara dari anasir-anasir jahat yang kita tidak nampak. Membaca Ayat Qursi juga digalakkan.

Kembar Hilang Ketika Hamil
Norliana nafi pura-pura mengandung

POKOK SENA – Penantian lima tahun seorang suami untuk menimang cahaya mata sulung musnah apabila kembar perempuan dalam kandungan isterinya didakwa hilang secara misteri pada Isnin lalu.

Kejadian tidak diduga itu didakwa menimpa Norliana Manaf, 28, semasa dia bermimpi ketika dia tidur di rumah ibunya, Che Som Endut, 57, di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungannya di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang turut dipercayai hilang pada malam yang sama.

Ibu Mithali menjaga anak kurang upaya kritikal terlantar

Ibu Mithali menjaga anak kurang upaya kritikal terlantar


Ibu berjiwa kental

 LAHIR AWAL... Tasha kanak-kanak albino penghidap CP. 

Ibu berjiwa kental


KUALA LUMPUR: Tiga wanita ini layak digelar ibu mithali kerana berjiwa kental dalam mengharungi pelbagai dugaan menjaga anak kurang upaya kritikal terlantar (AKUKT).

Ujian mereka sungguh hebat. Nooriani Mat Noh, 38, terpaksa menerima hakikat memiliki anak istimewa selepas kehilangan dua anak pertama; anak Norhayati Mohd Idris, 37, pula menghidap sekurang-kurangnya lima penyakit serius, manakala Fatiah Man, 41, kerap tidur malam dalam keadaan duduk sambil memeluk anak istimewanya.


Bilal Masjid Negeri Pahang maut kemalangan selepas solat Subuh

Bilal Masjid Negeri Pahang maut kemalangan selepas solat Subuh



Al Fatihah untuk Allahyarham Azamuddin Mansor, 40.

Bilal Masjid Negeri Pahang maut kemalangan selepas solat Subuh

KUANTAN - Beberapa jam selepas melaungkan azan bagi solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini, bilal masjid berkenaan maut dalam kemalangan jalan raya hari ini.

Azamuddin Mansor, 40, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada pukul 7 pagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design