Apabila Isteri Muda Dibunuh...
Saban hari permasalahan sosial sekarang
seperti isu buang bayi, pelacuran, bohsia dan sebagainya semakin
meruncing. Masyarakat terus menyalahkan pihak wanita yang kononnya
lemah, mudah terpedaya dan sebagainya.
Namun, kita sering melupakan
bahawa isu ini bukan hanya berpunca dari satu pihak sahaja. 'Tepuk
sebelah tangan takkan berbunyi'. Kita alpa bahawa kelahiran yang
sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh "ayah" yang tidak
bertanggungjawab.
Maka, seeloknya kita merenung kembali peranan lelaki
terhadap wanita seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Al-Quran:
"Kaum
lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah
melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita)
dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta
mereka..." (al-Nisa', 4:34)
Ekoran berita kematian Isteri Muda berusia 17 tahun yang disyaki dibunuh oleh suaminya sendiri, pelbagai pendapat di sana sini. Al Fatihah untuk Allahyarhamah Nur Fatimah Anis Md Radzi, 17,
Di luar negara pula, seorang gadis di India menjadi mangsa rogol beramai-ramai telah pun meninggal dunia semasa mendapat rawatan lanjut di Singapura.
Bagi saya ia adalah salah satu kekejaman Terhadap wanita yang tidak patut dilakukan oleh mana-mana individu.
Sebagai seorang Muslim mari kita renungkan Hadith Rasulluah SAW:
Doaku Untukmu Sayang Adik-adikku Agar Jodoh Kalian
Dengan Hamba Allah Yang Beriman dan Bertaqwa
“Wahai
Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan
kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi
orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-furqan: 74)
Rasullullah
diriwayatkan bersabda kepada kaum lelaki yang bermaksud,
"Ingatlah,
terimalah wasiatku, pergaulilah wanita (isteri) dengan baik kerana
sesungguhnya mereka adalah tanggungjawab di tangan kamu. Kalian tidak
mempunyai apa-apa hak daripada mereka kecuali perkara itu melainkan jika
mereka melakukan perbuatan yang menyimpang dan keji.
Apabila mereka
melakukan perkara tersebut, maka janganlah tidur bersama mereka dan
pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Jika mereka patuh
kepada kamu maka janganlah kalian mencari jalan menyakiti mereka.
Ingatlah, sesungguhnya kamu mempunyai hak atas isteri-isteri kamu dan
mereka mempunyai hak ke atas kamu.
Adapun hak kalian ke atas
isteri-isteri kalian adalah tidak mengajak orang yang kamu benci tidur
di atas ranjang kalian dan tidak pula mengajak orang yang kamu benci
masuk ke dalam rumah kamu. Dan hak isteri-isteri kamu ke atas kamu
adalah memberikan pakaian dan makanan kepada mereka dengan baik."
Keganasan Emosi Penderaan Terhadap Wanita . klik di sini.
Doaku Untukmu adikku, di sini.
Lelaki itu sepatutnya pemimpin, bukan diktator!
Allah
telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Islam telah
meletakkan garis panduan yang lengkap seharusnya bagaimana peranan
pemimpin yang dimainkan oleh lelaki.