Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Sunday, December 30, 2012

KARNIVAL MAHABBAH IKIMFM @ MASJID ASY-SYAKIRIN, KLCC TAHUN BARU 2013

KARNIVAL MAHABBAH IKIMFM @ MASJID ASY-SYAKIRIN, 
KLCC TAHUN BARU 2013




KARNIVAL MAHABBAH IKIMFM @ MASJID ASY-SYAKIRIN, KLCC

 31 DISEMBER 2012 -1 JANUARI 2013

IKIMfm menutup tirai 2012 dengan penganjuran Karnival Mahabbah@ Masjid As-Syakirin KLCC

Karnival Mahabbah IKIMfm siri ke empat bagi tahun 2012, akan diadakan di Masjid Asy-Syakirin, KLCC. Karnival Mahabbah kali ini di anjurkan bersama Masjid Asy-Syakirin, KLCC, Pusat Zon 3 JAWI, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dengan kerjasama NGO-NGO Islam, Agensi Kerajaan (BOMBA, AADK, PDRM, SPR) dan Penerbit Buku Islam.

Pihak penganjur merasakan perlunya diadakan pengisian di masjid berkenaan supaya peranan masjid dapat diperluaskan sebagai tempat pendidikan dan pembinaan manusia yang unggul. KLCC telah menjadi lokasi tumpuan puluhan ribu anak-anak muda berkunjung bagi meraikan sambutan Tahun Baru. 






Sinonim dengan nama Menara Berkembar Tertinggi di dunia, kawasan strategik berdekatan dengan LRT serta kawasan Taman KLCC secara tidak langsung menjadi tumpuan pengunjung sama ada muslim atau bukan muslim.

Memberi gambaran tentang penderitaan umat Islam di Palestin. Umum sudah mengetahui situasi yang mencengkam seluruh penduduk bumi Palestin. 


 Karnival ini memberi gambaran tentang penderitaan umat Islam di Palestin dan ianya perlu disebarluaskan lagi agar kekejaman tentera Zionist ini akan terus mendapat cengkaman hebat seluruh umat manusia. Karnival Mahabbah IKIMfm@Masjid Asy-Syakirin, KLCC akan menjadi platform penting untuk menyebarkan keindahan Islam khusus melalui pendekatan dakwah bi-hal kepada masyarakat awam yang berkunjung.

OBJEKTIF

I. Memanfaatkan Masjid Asy-Syakirin, KLCC sebagai lokasi dakwah bil-hal kepada masyarakat awam.
II. Melahirkan masyarakat yang mempunyai kesedaran yang tinggi berkenaan dengan isu-isu sejagat.
III. Menarik masyarakat mendekati masjid sebagai pusat penyebaran Islam dan pendidikan.
IV. Mengadakan pengisian dan program yang berilmu kepada golongan muda.
V. Memberi program alternatif kepada warga kota sempena menyambut ketibaan tahun baru 2013.

SASARAN

o Masyarakat awam
o Golongan muda mudi / belia
o Kanak-Kanak dan remaja
o non-muslim

AKTIVITI PROGRAM

o Pameran / Diskusi Buku IKIM/ Jualan buku
o Demonstrasi / Pertandingan Seni Khat
o Sesi Memasak / Pertandingan Menjahit Manik / Gubahan Bunga
o Pertandingan Azan / Melukis
o Pertandingan Nasyid Inter-Varsiti 2012
o Futsal Inter-Zon JAWI /IKIMfm
o Dakwah Turun Padang mendekati anak-muda
o Kempen Jom Solat
o Kempen Tutup Aurat
o Kempen Jauhi Zina
o Kempen Waqaf Al-Quran

Selain dari fungsi sebagai mempromosikan Radio IKIMfm, Karnival Mahabbah IKIMfm 2012 ini juga adalah diharapkan akan menjadi sebagai salah satu pemangkin kepada IKIMfm untuk lebih gigih lagi dan bersemangat dalam mengharungi cabaran tugas demi menobatkan IKIMfm sebagai saluran Pilihan Utama Anda.

Orang ramai dijemput hadir. Karnival akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada 31 Disember 2012 dan berakhir pada jam 7.00 pagi pada 1 Januari 2013. Masuk adalah percuma.

SUMBER: INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Ketua Pegawai Perhubungan Korporat
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
TEL : 03-6204 6329 / 6331






0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design