Jodoh Si Dara Manis Pada Usia 61 tahun
Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.
Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,
Kita tetap akan bersama dirinya.
Mungkin benar kata-kata para Motivator, Mr/Mrs Right bukan dipilih tapi dicipta. Untuk mencipta Mr atau Mrs Right bermakna ,kita sendiri yang perlu membina keserasian.
Jika anda termasuk dalam kategori yang lambat berkahwin, jangan susah hati dan jangan bersedih. Ya! Saya akui, sukar untuk meneruskan hidup bila berdepan dengan pelbagai soalan berkaitan perkahwinan.
Pernah juga melalui situasi ini..“Saya pergi sini, orang bicara tentang kahwin. Pergi sana, tentang kahwin lagi. Kawan-kawan baik saya semua sudah berkahwin. Peer pressure!” Walaupun penuh emosi, namun hanya luahan perasaan tanpa kesesalan.
Buat para gadis, PASTIKAN BAKAL SUAMI BENAR-BENAR LAYAK. Jangan mudah bertoleransi dari awal, natijah besar menanti anda di belakang hari. Paling penting; dalam ada juga keadaan sentiasa benar-benar serahkan setiap keputusan kepada-Nya, DIA akan bantu, insyaAllah! Yakinlah pada Allah SWT. Jadikanlah Allah SWT sebagai sahabat setiamu dlaams etiap gerak gerimu.
Saya sendiri mengalaminya (lewat bertemu jodoh) lantaran hanya berjaya menamatkan zaman bujang ketika di akhir 20-an. Di kampung usia 24 tahun ketika itu pun sudah dikira anak dara lanjut usia. Apatah lagi di tempat itu pada masa itu, ramai gadis berkahwin awal 20-an atau akhir belasan tahun, sebaik mereka bekerja di kilang-kilang di tempat kami atau bekerja di bandar. Ada juga yang dah berkahwin walaupun masih di kampus.
Situasi saya masa itu kalau balik kampung pasti ada sahaja persoalan dari jiran sekampung.
"Bila kau nak kahwin ni?"
"Aku dengar Si Anu tu dah masuk merisik kau hari tu. Kau suka tak?" tanya Kak Mah, jiran sekampung, bekas rakan sekerja di sebuah kilang.
Bukan memilih yang terlalu sempurna, kerana saya juga mempunyai kekurangan diri. Namun sebagai seorang gadis Muslimah ketika itu, saya rasa saya jua punya hak untuk memilih, sebagaimana lelaki-lelaki yang datang meminang saya yang memberitahu mereka telah membuat pilihan di antara banyak pilihan. Jadi, rasanya tak salah kan kalau saya pun buat pilihan.
Tika itu, saya hanya membiarkan segala soalan tersebut berlalu kerana saya yakin, biarpun jodoh termasuk ikhtiar kita di samping takdir-Nya; keputusan dan perancangan-Nya sentiasa yang terbaik. Setiap ketentuan dan kehendak Allah itu ada sebab dan hikmahnya.
Ada orang yang bertemu jodoh dalam usia muda, ada yang bertemu jodoh agak lewat usia dan ada juga yang ditakdirkan hanya bertemu jodoh di akhirat kelak.
Sebab dan kenapa? Hanya Dia yang mengetahui segalanya.
Jodoh itu rahsia Allah.
Perkahwinan itu satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam kehidupan.
CINTA itu perjuangan. Perlu diusahakan, ada rintangan
Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan.
Bukan mengikut hati dan perasaan.
Perkara utama ialah setiap ketentuan Allah itu mempunyai alasan yang tersendiri yang hanya akan anda ketahui bila tiba masanya nanti. Yang penting, jangan putus asa, jangan putus doa; DIA akan berikan anda pasangan bila itu adalah yang terbaik untuk anda.
Buat yang memahami, Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki.
Dan Untuk Puan Aminah Alias, selamat pengantin baru untuk puan. Semoga bahagia ke akhir hayat.
Jodoh usia 61 tahun
MESRA...Shahrin dan Aminah berbual mesra di majlis perkahwinan mereka.
TELUK INTAN: Akhirnya pada usia 61 tahun, Aminah Alias menamatkan zaman anak daranya semalam, selepas selamat diijabkabulkan dengan duda beranak enam serta mempunyai 40 cucu dan 13 cicit.
Pesara Pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sejak empat tahun lalu itu kini bukan saja bergelar isteri, malah ibu, nenek dan moyang ‘segera’, sesuatu yang tidak pernah dijangka olehnya, namun bersyukur kerana hatinya terbuka untuk menerima Shahrin Dais, 83, sebagai suami.
Aminah berkata, masih sukar untuknya menerima kenyataan sebagai isteri pada usia warga emas sekarang, namun percaya jodohnya sudah ditetapkan bersama Shahrin.
Dia mengakui mempunyai ramai kawan lelaki ketika muda, namun sikap anti lelaki yang menebal menyebabkan hatinya tidak terbuka untuk berkahwin.
“Saya pernah menolak beberapa pinangan ketika muda kerana hati tertutup dan belum mahu berumah tangga.
“Namun, selepas bertemu dengannya (Shahrin), saya terus bersetuju untuk menjadi isterinya. Mungkin inilah jodoh,” katanya yang ditemui pada majlis perkahwinannya, semalam.
Sementara itu, Shahrin berkata, dia juga tidak menyangka pertemuan kali pertama dengan Aminah di sebuah warung kopi di Kampung Balun, Slim River pertengahan Februari lalu, membawa kepada perkahwinan.
Menurutnya, ketika pertemuan kali pertama itu dia terus jatuh hati kepada Aminah sebelum sepakat membuat keputusan mendirikan rumah tangga awal bulan lalu.
0 comments:
Post a Comment