Resolusi bantu peminjam PTPTN
KHAIRY (kanan) menerima resolusi daripada wakil mahasiswa, Wan Ahmad Hazman Wan Daud (kiri) sambil disaksikan Shahrin pada majlis penutup Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional di Kuala Lumpur semalam.KUALA LUMPUR – Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional anjuran Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda UMNO berjaya menggariskan satu resolusi bagi membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
KUALA LUMPUR - Berikut adalah 11 resolusi yang dicapai pada Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional 2012 anjuran Pemuda Umno.
Dari aspek pinjaman:
1. Meja Bulat mencadangkan bayaran perkhidmatan 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN dihapuskan.
2. Bagi menampung keperluan Meja Bulat mencadangkan agar kerajaan menyediakan dana dibawah perbelanjaan mengurus tahunan atau mendapatkan tajaan daripada GLC dan syarikat-syarikat utama dalam Negara
3. Skim insentif pertukaran pinjaman kepada biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang hendaklah dihentikan atau dikaji semula menggunakan mekanisma yang lebih rasional bagi memastikan keadilan kepada semua peminjam disamping mengelakkan hakisan dana PTPTN yang berkonsepkan pinjaman.
4. Kemudahan pinjaman PTPTN juga hendaklah dipanjangkan kepada pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran di luar negara khasnya di Timur Tengah.
5. Pinjaman bagi peminjam dari Sabah dan Sarawak untuk belajar ke semenanjung dan sebaliknya hendaklah meliputi harga tiket penerbangan 2 kali setahun.
Dari aspek pembayaran:
6. Rombakan terhadap sistem bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:
a) bayaran pinjaman mula dibuat apabila peminjam telah berkhidmat melebihi 6 bulan atau telah mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas yang mana terkemudian bagi menjamin tempoh kelegaan peminjam.
b) kaedah bayaran balik hendaklah dikaji semula dengan mengambil kira mekanisma pembayaran seperti KWSP dan LHDN disamping kemudahan pembayaran melalui sistem e-payment sedia ada.
c) Insentif pelepasan cukai diperkenalkan kepada majikan-majikan yang bersedia menjelaskan bayaran PTPTN pekerja mereka.
d) kaedah menyenarai hitam peminjam yang menyebabkan kebebasan peminjam seperti urusan keluar negara atau membuat lainilain pinjaman hendaklah dimansuhkan.
Dari segi tabungan SSPN:
7. Kerajaan hendaklah menyalurkan dana RM100 yang diperuntukkan kepada murid-murid sekolah terus kepada PTPTN bagi tujuan pembukaan akuan SSPN.
Dari aspek komunikasi:
8. Peminjam dan PTPTN hendaklah melaksanakan ucapan akad untuk memastikan peminjam sedar bahawa pinjaman PTPTN perlu dibayar semula.
9. PTPTN hendaklah melaksanakan promosi dan menyebar luas segala maklumat yang tepat kepada peminjam dan masyarakat agar kefahaman terhadap fungsi dan kedudukan PTPTN dapat difahami.
10. PTPTN hendaklah menggunakan secara maksima media baru agar segala aktiviti promosi dan penyebar luas maklumat akan lebih berkesan.
11. PTPTN perlu bersedia untuk menyediakan pinjaman bagi sara hidup seandainya kerajaan memutuskan untuk memberikan pendidikan percuma diperingkat pengajian tinggi.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, resolusi yang bertujuan menambah baik sistem PTPTN itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, melalui perbincangan dengan mahasiswa, isunya bukan untuk memansuhkan hutang tetapi melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan untuk meringankan beban peminjam.
“Antara kandungan resolusi adalah peminjam hanya perlu bayar semula apa yang dipinjam tanpa mengambil kira faedah dan kos pengurusan PTPTN yang bermakna menghapuskan faedah satu peratus yang ditawarkan.
“Faedah tersebut membuatkan ada peminjam yang masih lagi belum memasuki fasa menjelaskan hutang asal walaupun sudah berbulan-bulan membuat bayaran semula,” katanya selepas menghadiri majlis penutup rundingan tersebut di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment