Luahan Hati Isteri Apabila Suami Jarang Solat
Dalam rumahtangga banyak asam
garam yang perlu ditempuhi oleh pasangan suami isteri, memang pada zaman
bercinta dahulu, semuanya cantik dan sedap sehingga cacat cela pasangan dapat
diterima sepenuh hati.
Zaman ini juga, banyak perkara yang dirahsiakan oleh
pasangan masing-masing supaya semua benda kelihatan cantik dan menyenangkan.
Perkara ini semua hilang apabila
sudah berumahtangga dan waktu inilah semua keburukkan dan kelemahan pasangan
masing-masing dapat dilihat dengan jelas tanpa berselindung.
Dari sinilah
berlaku ujian yang paling besar kepada mereka yang berumahtangga supaya
bersabar dan bertahan dalam melayari asam garam di dalam rumahtangga.
Di dalam rumahtangga, bukan isteri sahaja, suami pun harus fahami sunnatullah dan syariatullah
dalam kehidupan berumahtangga.
Apabila kedua belah pihak salingmemahami fitrah dan
tanggungjawab masing-masing, kemudian itulah yang kita sebut sebagai
PERSEFAHAMAN.
Nyata, 2 makhluk Tuhan ini,
lelaki dan perempuan nyata berbeza.
Saya faham ada juga suami yang susah hendak mendidik isterinya. Ada juga isteri yang susah hennak melembutkan hati suaminya.
Sering berlaku, suami hendak isteri dan anak-anak ikut acuannya. Sering pula berlaku, isteri kadang-kadang sukar hendak ikut acuan suaminya.
Sebab Apa?
Kerana mereka adalah 2 orang individu yang dilahirkan berbeza..Seba asing...Mereka di besarkan dengan
cara dan didikan yang berbeza. latar belakang, cara pemikiran dan budaya serta kehidupan yang berbeza ketika belum
berkahwin. Walaupun sebangsa/ seketurunan....
Apa yang sang isteri mahukan, agar sang suami boleh bertolak ansur. Suami pula mahu kedudukannya dihormati.
Isteri merasakan yang dia juga manusia yang bebas membuat pilihan. Dan
suami pula merasakan yang dia mempunyai kuasa untuk menentukan.
Bila dua konsep ini bertembung maka berlakulah konflik.
Perkahwinan bukan atas dasar tanggungjawab
dan hak sahaja,tetapi atas dasar tolak ansur juga
Keluarga Bahagia, Impian Semua
Keluarga Bahagia, Asas Negara Sejahtera
Sebab itulah
Islam mengajar umatnya supaya ikhlas dalam mendirikan perkahwinan kerana Allah SWT semata-mata. Usahlah berkahwin
disebabkan nafsu dan kecantikan rupa semata-mata, kerana itu semua tidak kekal
lama.
Pasti akan berjaya bagi sesiapa yang berkahwin kerana agama. Ia redho
segala kelemahan dan kecacatan yang ada pada pasangan masing-masing.
Soal rupa
paras tidak menjadi masalah bagi mereka yang menjadikan agama sebagai ukuran
untuk memilih pasangan, agama juga telah menjamin seseorang itu memiliki
pasangan yang baik dan tidak akan mengecewakan.
Sebagai pasangan suami isteri,
kita harus sedar bahawa masa di alam rumahtangga adalah masa untuk memastikan yang
terbaik buat pasangan kita.
Masa ini juga kurang sesuai untuk melakukan semua
benda secara sesuka hati tanpa mengambil kira pasangan kita. Jika ada sikap
seperti ini maka sudah pasti ia telah mengecewakan pasangannya.
Cara yang
terbaik adalah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian apa yang kita suka
dan apa yang pasangan kita tidak suka.
Perlu kita faham berbincang bukan mencari kemenangan peribadi. Setiap hasrat
dan keinginan yang ada di dalam hati harus dipendamkan jika pasangan kita tidak
bersetuju dengan keinginan tersebut.
Setiap salah faham atau masalah yang
timbul cepat-cepat cari jalan penyelesaian dalam perbincangan, jangan biar
masalah itu berleluasa sehingga tidak bertegur sapa di antara pasangan.
Hal ini
boleh membuatkan pasangan membuat kesimpulan yang salah terhadap
kita, ini sudah pasti akan mengundang masalah yang lebih besar lagi pada masa
akan datang.
Apa yang saya tahu, tanggungjawab suami untuk isteri adalah menyediakan kemudahan asas yang
termampu. Bahkan bukan tanggungjawab seorang isteri untuk memasak dan mengemas rumah.
Namun, pahala yang besar menanti seorang isteri yang membantu suaminya melaksanakan tugas rumahtangga seperti membasuhkan pakaian suami, memasakkan makanan halal lagi tkhoyyiba untuk suami dan anak-anak...
Dalam masa yang sama isteri tidak boleh meminta-minta pada sesuatu yang suaminya tidak mampu.Redha dengan apa yang suaminya mampu berikan.
Tanggungjawab isteri adalah untuk taat kepada suami, dan bukan hak suami untuk
mendengar perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati suami.(Contohnya, kalau bebelan boleh
sakitkan hati suami, ia sepatutnya dielakkan oleh isteri).
Cuma perlu kesabaran isteri untuk menegur suami agar
berpada-pada supaya jangan mengabaikan tanggungjawabnya kepada Allah dan kepada keluarga di rumah. Boleh rujuk artikel Ustaz Abusaif di Cinta Antara Planet, klik di sini
Baiklah, pada entry ini, saya ingin berkongsi suatu luahan hati seorang isteri. Seorang isteri yang istiqamah dalam mendirikan solat 5 waktu tetapi suami jarang mendirikan solat 5 waktu.
Kepada para isteri di luar sana yang menghadapi ujian seumpama ini, atau yang lebih berat lagi, marilah kita contohi ketabahan Asiah Permaisuri Firaun, ketabahan dan kekuatan taqwa Asiah, meskipun suaminya seorang yang zalim dan mengaku sebagai Tuhan, tetapi Asiah tetap mengimani dan meyakini Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Esa yang mencipta seluruh alam ini. Klik entry sebelum ini, Asiah Ratu Syahadah, Isteri Beriman Suami Durhaka, di sini.
Juga betapa mulianya akhlak dan budi perkerti Ummu Sulaim ketika menghadapi ujian kematian bayinya di saat suaminya bepergian jauh.
Kita ikuti juga jawapan Dr Salam:
Luahan Hati Isteri Apabila Suami Jarang Solat
SAYA sudah berkahwin dan tertekan dengan sikap suami. Suami jarang
solat dan apabila ditegur, dia bermasam muka. Keadaan itu menyebabkan
saya mengalah dan mudah memaafkannya.
Pernah saya tegur dengan cara lembut tetapi tetap tidak berhasil.
Apabila memikirkan ikatan perkahwinan yang dibina selama sembilan tahun,
saya akhirnya mengalah.
Kadangkala, sabar seorang isteri ada hadnya. Pernah sekali saya
terjumpa mesej mesra dengan wanita lain. Bila diajak berbincang dia cuba
mengelak kemudian saya yang dimakinya.
Macam-macam perkataan kurang sopan dilemparkan kepada saya. Saya
ingin mengambil keputusan untuk bercerai, tapi tidak sampai hati kerana
memikirkan anak-anak.
Dia umpamakan saya seorang isteri yang cemburu buta, suka menuduh
sesuatu yang dia tidak buat. Ketika marah, saya tidur berasingan
dengannya.
Suami saya jarang menunjukkan perasaan sayang dan hormatnya kepada saya
walaupun di depan orang ramai. Dia berani meninggikan suara kadangkala
mengherdik saya.
Berbeza sekali sikapnya jika berdepan dengan rakan di luar. Malah
semua urusan anak saya yang aturkan dan maklumkan kepadanya. Saya tidak
ubah seperti seorang isteri tanpa suami.
Berdosakah saya sekiranya selalu mengasingkan diri dan tidak tidur
bersamanya? Apakah patut saya melawan cakap suami dan hilang rasa hormat
atas perbuatannya itu?
UMI,
Johor
TEKANAN perasaan dialami semua orang dalam menghadapi cabaran hidup.
Ia boleh berlaku dalam alam rumah tangga, keluarga, pekerjaan dan
sebagainya.
Islam melihat kehidupan dunia sebagai ujian (ibtila’, bala) dalam
menguji kesabaran dan kesyukuran seseorang hamba Allah. Kita hendaklah
sentiasa bersabar dengan segala ujian biasanya yang tidak baik dan
bersyukur apabila menerima nikmat daripada Allah.
Dalam kes di atas, puan terganggu dengan sikap suami seperti tidak
bersolat, mengabaikan teguran yang baik, mempunyai wanita lain hingga
timbul rasa cemburu dan api kemarahan.
Itu menjadikan puan seorang pendendam terhadap suami hingga sentiasa
tidur berasingan dengannya. Puan pula dibiarkan mengurus rumah tangga
dan anak bersendirian tanpa bantuannya.
Semua itu menyebabkan puan hilang rasa hormat kepada suami dan
berdendam dengan suami. Bagaimanapun, kasih kepada anak yang mengikat
perkahwinan puan.
Beberapa nasihat yang saya boleh berikan, antaranya puan hendaklah
menghilangkan sikap pendendam dengan suami kerana sikap dan kelakuannya
itu.
Perasaan seperti dendam dan benci boleh menghalang hubungan erat
antara suami isteri. Perasaan sedemikian sebahagian daripada penyakit
hati yang perlu dihapuskan dan diganti dengan kasih sayang serta
mawaddah.
Kedua, puan hendaklah melayan suami dengan sebaik mungkin dan tidak
membiarkan tidur sendirian. Perbuatan sedemikian hanya mengundang
perkara negatif lain seperti suami ingin berkahwin lain.
Islam mengajar bahawa kedua-dua suami isteri adalah teman hidup dan
teman tidur. Segala persengketaan dan pertelingkahan hendaklah
diselesaikan sebaik mungkin.
Ketiga, mengambil sikap bermaafan antara satu sama lain adalah asas
keharmonian rumah tangga. Tiada seorang pun yang maksum daripada
melakukan kesilapan melainkan nabi saja.
Keempat, ambillah pendekatan bersyukur dengan adanya suami dan anak
serta bersabar dengan kerenah mereka. Kelima, apabila proses membaiki
diri berjalan dengan baik, kita dapat membaiki orang lain sebaik
mungkin.
Apabila berbuat demikian InsyaAllah rumah tangga menjadi aman dan
bahagia. Suami menjadi taat kepada Allah dengan bersolat dan
bertanggungjawab kepada anak dan isteri.
0 comments:
Post a Comment