Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, January 30, 2013

TIP DAN PETUA PENJAGAAN TULANG BELAKANG

 TIP DAN PETUA PENJAGAAN TULANG BELAKANG



Tulang belakang rasa nyeri? Nyeri atau sakit pada tulang belakang biasanya berlaku pada tulang belakang di sekitar bahagian pinggang. Nyeri atau sakit pada bahagian tulang belakang ini berpunca daripada gangguan yang terdapat pada struktur tulang belakang dan otot-otot yang terlibat pada bahagian tersebut. 

 Kajian yang dilakukan oleh pihak American Pain Sosiety dan American College of Physician mendapati bahawa rasa sakit atau nyeri pada tulang belakang boleh dikurangkan tanpa melakukan pembedahan. Antara kaedah untuk mengurangkan sakit tulang belakang termasuklah kaedah manipulasi tulang belakang atau akupuntur. 

Kaedah terapi seperti ini adalah alternatif terhadap penggunaan ubat-ubatan. Saranan supaya pesakit berbaring di tempat tidur untuk merehatkan tulang belakang selama bebarapa hari bukanlah cadangan yang baik. 

Berbaring terlalu lama akan menyebabkan tulang belakang menjadi lemah kerana tidak digunakan. Pesakit digalakkan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Sinar-X ray juga cuma akan dilakukan ke atas pesakit untuk mengesahkan andaian doktor terhadap punca atau faktor rasa nyeri atau sakit belakang yang berlaku ke atas pesakit.

Cara-cara menjaga tulang belakang:






1. Semasa mengangkat barang dari lantai, jangan bongkokkan badan dan terus mengangkat barang tersebut, terutama kotak ataupun barang yang berat. Ini merbahaya untuk tulang belakang. Urat dan otot badan di bahagian belakang dan punggung akan sakit. Beban yang berat akan memberi tekanan kepada tulang punggung. Oleh itu, jika mahu mengangkat barang yang berada di atas lantai, pastikan anda duduk dahulu. Luruskan tulang belakang, dan angkat pada paksi menegak atau secara menegak ke atas seperti lif.

2. Gunakan tangga apabila mengangkat barang yang berada di kedudukan yang tinggi daripada kita. Jika kita mengangkat barang-barang berada di keduduka yang lebih tinggi daripada pundak atau tulang punggung kita, tekanan yang akan dikenakan pada tulang belakang adalah sangat berat.

3. Gantikan posisi sesering sekirannya kita perlu berdiri dalam waktu yang lama. Contohnya kalau kita iron baju sambil berdiri, gunakan kerusi kecil untuk meletakkan kaki kita secara berganti-ganti. Ini dapat menyeimbangkan dan mengganti tumpuan berat badan. Berdirilah secara tegak , dan janganlah membungkuk .

3. Jika kita terpaksa berdiri dalam jangka masa yang lama, pastikan kita tahu menyeimbangkan dan mengubah kedudukan atau tumpuan berat badan. Berdirilah secara tegak dan jangan membongkok.

4. Semasa berjalan, pastikan postur badan adalah tegak. Letakkan buku di atas kepala dan berjalan. Jika buku itu jatuh, maknanya postur badan semasa berjalan adalah tidak betul. Kasut bertumit tinggi juga amat berbahaya. Apa faedahnya pakai kasut tumit tinggi?

5. Semasa duduk, pastikan anda menyandar. Belilah kerusi yang mempunyai penyandar. Elakkan lutut daripada sejajar dengan pinggul semasa duduk. Jika sedang memandu kerea pula, pastikan ada sokongan terhadap punggun di bahagian bawah. Pastikan kedudukan kaki tidak terlalu jauh dari pedal minyak untuk mengelakkan regangang otot yang melampau dan boleh menyebabkan kekejangan kaki dan tekanan pada tulang punggung.

6. Sewaktu duduk di hadapan komputer atapun menonton TV, selalunya orang yang kerjanya menghadap komputer 24jam...ahakks pastikan paha kita sejajar atau selari dengan lantai, jangan biarkan lutut kita lebih tinggi dari paha atau kaki terggantung jauh dari lantai. Pastikan kaki kita rata dan punggung mendapat sokongan dari belakang kerusi.

6. Semasa duduk di atas meja, menghadap komputer atau menonton televisyen, pastikan peha kita selari dengan lantai. Jangan biarkan lutut berada di aras yang lebih tinggi daripada paha atau kaki tergantung tidak menyentuh lantai. Pastikan kaki kita rata dan punggung kita mendapat sokongan dari belakang kerusi. 


Jangan biarkan bahagian atas badan memberi tekanan kepada tulang belakang khususunya di bahagian pinggang atau tulang belakang di atas bahagian punggung. Kawasan inilah yang selalu sakit jika kita duduk terlalu lama (tekanan secara terus daripada berat badan di atas kawasan pinggang.

7. Untuk menjaga tulang belakang pastikan tempat tidur cukup keras dan rata. Jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut sehingga tidak dapat menampung tulang belakang. Sekirannya kita tidur telentang, letakkan 1 bantal di bawah lutut, bengkokkan sedikit lutut, biarkan kedua lutut tersebut bertumpukan.




RUJUKAN 2: Cara untuk mengelakkan sakit belakan

Cara untuk mengelakkan sakit belakang
Oleh : Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam sekitar
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Segala kerja yang anda buat boleh memberi kesan kepada belakang anda samada duduk, berdiri, membongkok, mencapai/ terdongak kepala untuk mengambil sesuatu, berjalan, berlari, menarik, memegang, menahan, menolak, menurun atau mengangkat barang. Hatta semasa sedang beristirihat atau tidur pun belakang anda sedang berperanan. Sakit belakang adalah masalah otot dan tulang.

Apa yang menyebabkan sakit belakang (Faktor risiko)

1. Postur yang tidak betul
Berdiri, duduk atau bergerak seperti orang malas, kedudukan sebelah pinggang lebeh tinggi daripada yang sebelah lagi. Tabiat seperti ini akan menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan.

2. Kurang senaman
Otot yang menyokong tulang belakang perlu senaman untuk regangan dan mengekalkan otot itu supaya kuat.

3. Kegemukan
Perut buncit akan menarik otot belakang dan menegangkan otot abdomen. Mengurangkan berat badan boleh meringankan beban kepada belakang dan baik untuk jantung.

4. Stres
Kerunsingan boleh mengakibatkan otot belakang menegang dan hilang keseimbangan badan dan boleh cedera belakang.

5. Tersalah urat belakang
Anda boleh menegangkan atau mengoyak bahagian belakang dengan hanya membongkok, mencapai/ mendongak untuk mengambil sesuatu dan mengangkat barang dengan cara yang salah.

6. Piring ruas tulang belakang tergelincir
Kadangkala piring/ cakera ruas tulang belakang tergelincir atau tergencat daripada kedudukan asalnya dan akan menekan saraf dibelakang. Ini menyebabkan kesakitan, lemah dan kebas-kebas di kaki. Anda perlu mendapatkan rawatan Doktor.

Jika sakit belakang sering menganggu dan anda tidak tahu apa hendak dibuat. Ini adalah panduannya.

Cara yang betul untuk berdiri, duduk, memusing badan, berjalan, tidur dan mengangkat barang.

Semasa berdiri :
Rihatkan sebelah kaki di atas papan lapek rendah untuk menyokong belakang sebelah bawah.

Kebiasaannya kerja hendaklah di buat pada paras ketinggian siku samada sewaktu anda duduk atau berdiri. Walau bagaimana pun kerja yang berat hendaklah dibuat pada paras lebih rendah daripada ketinggian siku.

Semasa memusing badan :
Berpusing dengan mengerakkan kaki, bukan memusing badan. Badan yang berpusing boleh menyebabkan kecederaan belakang.

Semasa duduk :
Gunakan kerusi yang boleh menyokong belakang. Tapak kaki di rapatkan ke lantai dan badab bersandar di kerusi.

Semasa berjalan
Kepala tegak ke depan dan angkat dada sedikit.

Sewaktu tidur.
Tidur diatas belakang dengan menyelit bantal kecil di celah lutut, tidur mengiring dengan kaki membengkok atau tidur seperti kedudukan janin dalam perut ibu.

Semasa mengangkat barang.
Mengangkat barang hendaklah dengan menggunakan otot kaki, bukannya otot belakang. Berat barang yang selamat untuk diangkat hendaklah lebeh kurang 3 kg
( anggaran purata berat bayi baru lahir)

Anda boleh merujuk maklumat cara mengangkat barang dengan cara yang betul di artikel yang lain.

Mencapai untuk mengambil sesuatu barang
Satu cara yang baik untuk memikirkan berkenaan kawasan yang boleh di capai dengan tangan ialah ruang hayunan lengan semasa digerakkan. Mencapai sesuatu benda di dalam kawasan ini adalah selamat.

Penutup
Kita mesti ingat, untuk mendapat belakang yang sihat, kita hendaklah mengekalkan otot belakang dan abdomen supaya kuat. Dengan itu ia boleh menyokong dan meletakkan tulang ruas vertebra leher, tulang ruas vertebra toreks dan tulang ruas vertebra pinggang pada tempatnya serta seimbang kedudukannya. 


Di dalam apa jua aktiviti atau kerja yang dijalankan pastikan postur badan yang betul, sendi tulang hendaklah dalam kedudukan semulajadi, dilarang membongkok kehadapan dan berwaspada dengan berat badan.

Berhati-hati kerana kelalaian boleh mengakibatkan sakit belakang.

Selamat mencuba.


Bibliographi :
Back care : National Safety Council
Ergonomics for beginners a quick reference guide : J.Dul and B.Weerdmeester


0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design