Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Sunday, September 02, 2012

Hutang Peneroka Beli Saham Felda Ambil Alih

Felda Ambil Alih Hutang Peneroka Beli Saham Mulai 1 Sept



SERDANG, 29 Ogos (Bernama) -- Peneroka yang berhutang dengan bank untuk membeli 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tidak perlu lagi membayar kepada bank mulai bulan depan apabila hutang mereka itu diambil alih Felda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata peruntukan RM360 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membiayai pembelian unit saham itu semalam akan digunakan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat oleh peneroka, kepada 10 konsortium bank.


"Jadi, daripada bayar kepada bank yang ada faedah lima peratus setahun, peneroka akan bayar kepada Felda tanpa faedah dalam tempoh lima tahun iaitu kira-kira RM50 sebulan," katanya kepada pemberita selepas menutup Kem Anak Muda Generasi Felda (Kemuda) dan Kursus Induksi Permuafakatan Siswa/Siswi Felda (Persada) 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini Rabu.

Najib semalam mengumumkan Felda memperuntuk RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka bagi meringankan beban mereka dalam pemilikan saham itu.

Ahmad berkata peralihan itu akan dilakukan secara automatik dan pembayaran balik kepada Felda boleh dilakukan dengan potongan pendapatan, di mana ia bakal memberi keuntungan lebih kepada peneroka apabila mereka tidak dikenakan sebarang faedah ke atas pinjaman itu.

-- BERNAMA

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design