Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, July 26, 2012

Gempa Kuat di Sumatera

Gempa Kuat di Sumatera

Gambar Peta Kedudukan Kawasan Yang dilanda Gempa
 Sumber; Kosmo



Warga berhamburan ke luar rumah saat terjadi Gempa berkekutan 6,4 Skala Richter (SR) menggetarkan Pulau Simeulue, Rabu (25/7) pukul 07.25 WIB.

SINABANG, Indonesia - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan pantai barat Pulau Sumatera semalam dengan menyebabkan penduduk bertempiaran keluar dari kediaman dan bangunan. 

Pihak berkuasa berkata, seorang lelaki rebah dan mati akibat terkejut semasa dia keluar dari rumahnya. Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa yang berpusat pada kedalaman 22 kilometer itu berlaku pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan kira-kira 34 kilometer ke barat laut Sinabang. 

Penduduk di sini memberitahu, gegaran kuat berlaku selama satu minit dan menyebabkan bekalan elektrik terputus. "Orang ramai menjerit, mengambil barang milik masing-masing dan bergegas keluar dari kediaman mereka," kata seorang wartawan agensi berita AFP di sini.

 "Bekalan elektrik terputus dan saya dapat melihat rekahan pada dinding-dinding kediaman," tambahnya. 

Seorang jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, seorang lelaki mati semasa keluar dari rumahnya di pulau ini yang memiliki 80,000 penduduk. Media tempatan dan agensi meteorologi memberitahu, tiada laporan tentang kerosakan besar atau kemalangan jiwa akibat bencana itu setakat ini. - Agensi

(Sumber; Kosmo Online dan  serambinews)

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design