SEDIKIT INFORMASI BERKAITAN SUKHOI SUPERJET 100
Tragedi kecelakaan Sukhoi Superjet 100 (RA 36801) di Gunung Salak telah menyebabkan Bangsa Indonesia merasakan kepedihan mendalam.
Ini adalah karena jumlah korban yang agak ramai. Di saat kebanyakan warganya yang mengikuti joy flight.
Difahamkan pesawat itu adalah sebuah projek raksasa Rusia. Sukhoi Superjet-100 (SSJ-100) yang terhempas itu merupakan pesawat generasi baru buatan Rusia.
Pesawat jenis itu mulai dikeluarkan pada tahun 2007. SSJ-100 merupakan pesawat penumpang pertama yang dikembangkan dari model jet tempur Sukhoi.
Pesawat jenis ini pertama kali berada di ruang angkasa pada 2008. Pada Jun 2011, SJJ-100 memperoleh sijil kelayakan dari Lembaga Sertifikasi Rusia (IAC AR).
Pada Februari 2012, pesawat ini memperoleh sijil kelayakan dari Badan Keamanan Penerbangan Eropa (EASA).
PESAWAT SUKHOI SEPERJET 100 TERHEMPAS DI GUNUNG SALAK
Pesawat milik Rusia bernama Sukhoi Superjet 100 yang sedang melakukan demo penerbangan telah hilang dari pantauan radar. Pesawat ini dikatakan lost contact pada hari Rabu 9 Mei 2012 pukul 14.33 WIB(Waktu Indonesia Barat).
Akhirnya, pesawat itupun dipastikan telah jatuh terhempas di sekitar kawasan Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Menurut laporan dari negara jiran itu, esawat ini ditemui oleh team SAR dengan helikopter Lanud Atang Senjaya pada hari Kamis 10 Mei 2012 pada pukul 08.30 WIB.
Serpihan pesawat terlihat di tepi tebing pada ketinggian sekitar 5800 kaki dari permukaan laut dengan sudut kemiringan lereng 85 derajat. Setelah ditemukan oleh team SAR darat.
Akhirnya, pesawat itupun dipastikan telah jatuh terhempas di sekitar kawasan Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat, Indonesia.
Keadaan agak sulit untuk pasukan penyelamat tiba di sana. Dikatakan jalan untuk sampai ke tempat nahas pesawat berlaku agak sukar. Kawasan kemalangan pesawat di lereng Gunung Salak, tepatnya di Daerah Desa Cijeruk, Kecamatan Cijeruk, Bogor, Jawa Barat.
GAMBAR SERPIHAN PESAWAT SUKHOI YANG TERHEMPAS
Tiba-tiba pilot Alexander Yablontsev meminta izin menurunkan ketinggian pesawat dari 10.000 ft ke 6.000 ft. Tidak jelas kenapa pilot senior Rusia itu ingin menurunkan ketinggian. Muncul dugaan dia ingin melihat pemandangan di lereng Gunung Salak, Halimun, Gede dan Pangrango. Sebagian lagi mengatakan dia ingin mengambil ancang-ancang untuk mendarat.
Nahas Sukhoi: Ujian DNA untuk kenal pasti mayat
JAKARTA — Para ahli forensik di Jakarta pada Sabtu memulakan proses mengenal pasti potongan-potongan badan mayat nahas pesawat awam buatan Rusia Sukhoi Superjet 100 termasuk melalui ujian DNA, setelah mereka menerima 16 beg mayat yang diterbangkan dari tempat kejadian di Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat.
Badan SAR Nasional (Basarnas) yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat tidak menyatakan bahawa 16 beg berkenaan berisi 16 mayat, tetapi menegaskan bahawa hari ini anggota penyelamat mengeluarkan dari tempat kejadian 16 beg mayat tetapi tidak diketahui jumlah mayat.
Proses mengenal pasti potongan tubuh yang sebahagian besarnya hancur itu dijangka memakan masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk memadankan dengan sampel data DNA termasuk dari anggota keluarga mangsa.
"Untuk forensik DNA, prosesnya memakan masa dua minggu kalau semua lancar.
Tetapi, tidak bererti proses identiti itu boleh cepat, boleh jadi sekian minggu, sekian bulan bahkan bertahun-tahun,” kata Pengarah Eksekutif Disaster Victim Identification (DVI) Ibu Pejabat Polis Indonesia, Pesuruhjaya Kanan Anton Castilani ketika di wawancara stesen TV, MetroTV, Sabtu.
Beliau berkata sepasukan doktor forensik serta ahli forensik gigi dan ahli DNA akan memadankan potongan tubuh mayat penumpang itu dengan 35 sampel data antermortem warganegara Indonesia yang telah dikumpulkan oleh Polis Indonesia.
Pihaknya juga telah meminta data antermortem daripada kedutaan besar masing-masing untuk warganegara asing yang tercatat dalam senarai penumpang pesawat malang itu, kata beliau.
Castilani berkata mayat-mayat itu hanya akan diserah kepada keluarga masing-masing setelah ia benar-benar dapat dikenalpasi.
Sementara itu Panglima Komando Daerah Militer III Siliwangi Mej Jen Sonny Widjaja berkata pasukan mencari dan menyelamat belum dapat memastikan jumlah mayat yang ditemui setakat ini kerana mereka hanya menemui serpihan daging manusia di tempat kejadian.
Pasukan SAR katanya kini berusaha untuk turun ke dasar jurang tempat kemalangan itu, kira-kira 300 meter ke bawah lereng Gunung Salah bercerun 85 darjah itu, kerana percaya masih ada mangsa boleh ditemui di situ.
Sehingga kini, pada hari keempat selepas nahas udara pesawat Sukhoi Superjet 100 yang membawa 45 penumpang dalam penerbangan demonstrasi itu terhempas pada Rabu, belum ada penumpang yang ditemui selamat.
Bangkai pesawat itu ditemui dalam bentuk serpihan-serpihan kecil di tebing curam Gunung Salak pada Khamis, namun bahagian-bahagian lebih besar pesawat itu belum ditemui, dan berkemungkinan ia berada di dasar jurang itu. — BERNAMA
13 Mei 2012
Pasukan dari Rusia itu bagaimanapun hanya diberi masa tiga hari untuk turut bersama dalam operasi itu dengan misi utama untuk membantu mengesan barangan pesawat itu.
Komandan Markas Suryakencana Bogor, Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Darat Kolonel Putranto berkata pasukan Rusia itu terdiri dari enam anggota utama dan sembilan pembawa barang.
Mereka tidak diizin untuk membawa kotak hitam atau benda apapun selain tidak dibenar menjalankan operasi pencarian melalui udara, katanya.
Sehingga kini, pasukan SAR belum menemui kotak hitam pesawat itu, yang terhempas di Gunung Salak, pada Rabu bersama 45 penumpang di dalamnya selepas ia didapati hilang daripada radar di menara kawalan udara pada kira-kira pukul 2.50 petang.
Operasi hari ini antara lain menemui tiga lagi mayat penumpang pesawat itu serta 75 peratus daripada bangkai pesawat itu di bahagian dasar jurang gunung itu.
Bahagian bangkai pesawat yang baru ditemui itu belum dapat diperiksa seluruhnya kerana bimbang ada serpihan bangkai pesawat yang bertabur di kawasan lebih tinggi akan menimpa anggota penyelamat.
Pada akhir hari kelima operasi, dengan tambahan lima beg mayat lagi, sejumlah 21 beg mayat berisi bahagian tubuh mayat penumpang dan barangan milik mereka telah dihantar ke hospital polis di Jakarta untuk dikenalpasti sebelum diserah kepada anggota keluarga untuk pengkebumian.
Daripada sejumlah beg mayat itu, tiga beg mayat berisi barangan milik mangsa. - Bernama
2 comments:
Simpati. Innalillah. Suka pada puisi-sajak musibah tiu.
Innalillhi wa inna ilaihi rajiun
ngeri membaca kemalangan ini sebenarnya
namun dek simpati saya muat naik di sini cuma tak sampai hati nak masukkan gambar2 wajah2 mangsa nahas sebelum pesawat terhempas
Post a Comment