- Hormati Guru anda.
- Jangan derhaka atau kurang ajar kepada sesiapa yang menurunkan ilmu kepada kita,jika derhaka kepada guru nescaya ilmu tersebut tidak berkat.
- Berbuat baik pada guru anda.
Followers
Saturday, May 19, 2012
Selamat Hari Guru Terima Kasih Cikgu Malaysia
Selamat Hari Guru Terima Kasih Cikgu Malaysia
Selamat Hari Guru saya
tujukan buat semua sahabat-sahabat saya yang bergelar guru termasuk semua
wanita dan muslimah yang bergelar guru.
Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada semua guru-guru saya. Bermula dari taska, kemudian tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Universiti, dan juga
guru-guru non-formal education yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.
Sesungguhnya jasa anda semua
dalam mendidik anak bangsa tidak ternilai harganya.
Terutamanya buat para pendidik tidak kira mata pelajaran apa yang diajar tetapi dalam pengajaran dan pembelajaran telah mengajar anak-anak tentang mengenal
Allah.
Rasulullah SAW bersabda,
“Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia
maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”
(HR. Muslim)
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya
Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di
dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di
laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.
(HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)
Bagi mereka yang masih belajar, saya amat berpesan:
Ya Allah rahmatilah dan berkatilah kehidupannya, hapuskan semua
kesusahannya, kerana usaha dan susah payah insan inilah ya Allah,
manusia menjadi celik dan mengenalMu..Ya Allah masukkan guru ini dan
guru-guru kami yang sudah kembali kepadaMu ke dalam syurgaMu atas jasa mereka
mendidik kami-anak2 kami..Aminnn
Al Fatihah kutitipkan buat guru-guruku yang telah meninggal dunia.
Al fatihah Untuk Allahyarham Cikgu Tajul, Allahyarham Sir Yahya, Allahyaham Ustaz Dahlan, Allahyarhamah Ummi Halimaton...
Besarnya
pengorbanan kalian. Moga Allah permudahkan urusan kalian dan moga
segala jasa dan penat lelah kalian dalam era pendidikan mendapat
ganjaran pahala yang berlipat ganda di sisi Allah.
Buat sahabat yang terlibat dalam arena pendidikan, juga khusus buat teman bloggers yang menjadi pendidik, seperti Gen2, Makcik Wedah, Ustazah Ros Illiyyun, Ustazah White Rose, Cikgu Humairi, Cikgu Insan Pendidik (IP), Piewahid dan lain-lain...Sudilah kiranya menrima kad Ucapan hari Guru daripada saya.
Teruskan perjuangan
anda semua...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Tanpa guru tak ada manusia berjaya. Selamat hari Guru buat semua guru..
slamat hari guru yan Ibu... banyak pengorbanan guru yang telah mendidik kita sehingga menjadi seorang yang berjaya seperti sekarang ini..
Terima kasih Ummu atas kad dan kata-kata yang menyentuh perasaan.
Sememangnya benar.. tanpa guru siapalah kita.. ibarat manusia celik yang buta hatinya.
Assalamualaikum Ummu,
Lama tak singgah sini.
Kak Ani doakan semoga Ummu sentiasa sihat dan hidup diberkati Allah selalu.
Terima kasih atas kad Ummu tu yer.
Selamat hari guru, budi bakti tiada dapat dibalas.
Terima kasih atas entri....dan kad ucapan ni ya!
:-)
Salam umi . Begitu besar pegorbanan seorg guru . Yang mendidik dan merubah anak murid dgn tidak pernah lelah .
Kak Zakie,terima kasih kakak
terima kasih gen2 merah
Nida,terima aksih sudi ke blog Ummu
waalaikumussalam kak ani
amin,terima kasih atas doa akak
terima kasih Aliff
hanya Allah yang dapat membalas jasa guru kita kan Aliff
Terima kasih kak CKLah sudi menerima kad ucapan saya ini.:)
waalaikumussalam Musafir Islam
jasa seorang guru yang membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah sangat besar nilainya,kan MI
Assalamualaikum,
Terima kasih atas ucapan. Selamat Hari Guru juga buat ummu.
Selamat menjalani bulan-bulan barokah.
Terima kasih :)
Post a Comment