Persoalan Bolehkah Pesakit Kanser Sembuh?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Segala puji bagi Allah
yang menggerakkan hati dan jiwa manusia menuntut ilmu yang akan
menghampirkan diri seorang hamba yang hina kepada Zat Yang
Menciptakannya.
Selawat dan salam buat Rasul Muhammad ... berselawatlah
ke atasnya... yang tidak pernah alpa dan putus asa membimbing ummah
sehingga kini agar menuruti jejak ke redha Ilahi. Serta buat ahli
keluarga baginda yang suci dan mulia dan para sahabat yang menjadi
tokoh-tokoh agung dan pemugar semangat perjuangan Islam sehingga
Kiamat.
Sakit itu adalah rahmat Allah SWT bagi hamba-hambaNya yang beriman, dengan syarat hambaNya perlu sabar ketika diberikan ujian kesakitan itu.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan
sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan
berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang
apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi
Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan
mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat
155-157)
Ujian
sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan
mendidik. Pendidikan yang kita perolehi dari kesakitan itu sangat mahal harganya. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang
mempunyai maksud tertentu.
sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu
Usah ditanya mengapa Allah Aku yang dipilih menerima ujian berat ini? Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian
samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula m
elatah.
Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau
kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam
hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.
Percayalah apabila Allah memilih kita untuk menerima ujiannya, ia kerna Allah kasihkan kita dan sayangkan kita. Berbaik sangkalah padaNya.
Rasulullah
s.a.w. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan
hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku.
Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya
dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka
Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik
dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan
mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan
mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan,
maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Hadis dari Abu Hurairah
ra, Shahih Muslim No.4832)
Sabda Rasululluah SAW lagi melalui sepotong hadith:
"Tidak
ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa
kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit,
bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan
akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan
yang demikian itu.
" (Hadis Muttafaqun Alaih).
Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah bersabda:
"Sesiapa yang akan memperoleh limpahan kebaikan dari Allah, maka akan ditimpakan cubaan ke atas dirinya terlebih dahulu" (Hadis Muttafaqun alaih).
Lalu ada yang bertanya, kenapa kalau Allah sayang kita lalu Allah berikan kita ujian yang berat?
Sebenarnya,
sebagai seorang ISLAM kita ditegah sama sekali untuk mengeluh atau
memarahi, apatah lagi memaki diri yang sedang sakit. Ini kerana sakit
itu sendiri adalah satu peringatan dari ALLAH kepada kita sebagai
hamba-NYA.
Ini jelas dinyatakan dalam AL QURAN:
"Dan
sesungguhnya Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang
sebelum kamu, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan)
kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka bermohon (kepada Allah)
dengan tunduk merendahkan diri"
(Surah Al An'am : 42).
Kerna, apabila kita sabar dengan ujian Allah, Allah akan berikan hambaNya yang beriman dan beramal soleh dan sabar ini dengan sebesar-besar rahmat.....
Sentiasalah berSABAR menghadapi segala ujian ALLAH termasuklah SAKIT, seperti sabda Rasulullah:
Dari Anas R.A, katanya:
"Aku
mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:"Sesungguhnya Allah S.W.T
berfirman:"Apabila seorang hamba mendapat cubaan dari-Ku pada dua
perkara yang amat disayangi (kedua matanya) lalu bersabar, maka kelak
akan Aku gantikan kesabarannya itu dengan syurga"
(Hadis riwayat Al-Bukhari).
Sabar. Memang mengatakan sabar itu mudah. Memperolehi sabar itu payah. Mempertahankan sabar itu lagi sukar. Namun, percayalah Allah bersama hambaNya yang sabar dan istiqamah mendirikan solat.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ada menyebut:
"Sungguh
mengagumkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya
menjadi kebaikan, dan hal itu tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang
mukmin: jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu menjadi
kebaikan baginya, dan jika ia mendapatkan musibah, ia bersabar, maka itu
menjadi kebaikan baginya" (Hadith Riwayat Muslim).
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bersama kesakitan itu, akan datang pula ujian-ujian yang berikutnya.
Jika bekerja, mungkin lama-kelamaan akan juga diberhentikan setelah prestasi kerja merosot. Apabila tiada pekerjaan, secara logik akal manusia, bermakna tiada wang untuk menampung kehidupan di dunia fana ini.
Kadang kala, ketiadaan wang ringgit untuk membeli makanan, hatta secupak beras, pasti akan dirasai. Lauk telur mata kerbau dan garam sudah cukup menyelerakan. Mee segera dan sardin resipi mudah untuk disediakan selain agak mudah di pasaran. Kasihan anak-anak turut merasai.
Jika ada kenderaan pun, duit perlu dijimatkan. Begitu juga untuk menyewa kenderaan untuk ke hospital juga kadang kala tiada. Apatah lagi untuk membiayai kos rawatan jika di hospital swasta.
Untuk meminta usah sekali. Namun ketika itu, kita mesti tetap bersyukur, kerana kita masih ada sesuap nasi untuk dimakan walau akdang tanpa lauk yang enak seperti ayam atau ikan segar.
Kita perlu bersyukur walau kita sedang sakit tetapi kita masih mudah dan tenang untuk beribadah dan bermunajat kepada Allah. Dan banyak lagi nikmat Allah yang mesti kita syukuri sebagaimana Firman Allah dalam Surah Ar Rahman. Hayatilah Surah Ar Rahman itu....
Kemudian persepsi orang sekeliling jua merupakan suatu ujian.
Kadang kala aneh dunia ini. Si penderita sakit tidak mengeluh apa-apa, tetapi orang yang melihat membebel dan mengeluh, mengenangkan orang yang menjaga orang sakit terjejas dari kualiti masa rehat, kerjaya dan sebagainya.
Itu jua ujian kepada si pesakit dan si penjaga orang sakit. Saling sabar menyabarkan dan bantu membantu atas kesabaran dan kebenaran, InshaAllah, Allah bersama hambaNya yang sabar dan meneruskan amal soleh/ solehah.
Apabila jatuh sakit, pastinya usaha berubat dilakukan. Kuasa menyembuhkan adalah mutlak hak
Allah Taala, namun kita mampu berikhtiar dan bertawakkal kepadanya.
Begitu juga dengan jelas dinyatakan dalam Surah Yusuf:
"(Nabi
Yaakub) menjawab: Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan
dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu)
dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Yusuf : 86).
Ayat
diatas juga jelas menyatakan bahawa kita dituntut untuk memohon doa
kepada ALLAH sekiranya ditimpa sebarang kesusahan dan dukacita (sakit),
bukan dengan cara memarahi atau memaki hamun kesakitan yang kita alami,
itu sama sekali seperti kita menyalahkan ketentuan yang sudah ditentukan
oleh ALLAH kepada kita. Siapa lagi kalau bukan ALLAH yang menentukan
takdir kita?
DOA DHUHA
"Ya
Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di
dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila
jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan
sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka
permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap
rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka,
dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan
sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu." Amin Ya Rabbal
A'lamin.
Suka saya sertakan lirik nasyid Ubatan Hakiki Oleh UNIC feat FADZLI FAR EAST
UBATAN HAKIKI
Artis : UNIC feat. Fadzli FAREAST
Album : Hijrah
Wahai hamba yang mukminin
Takdir itu Allah yang tentu
Bangunkan hati penuh yakin
Sakit dan sihat dari yang Satu
Dari rasa hati gelisah
Tenang tenangkan dengan pasrah
Kenangkanlah dosa yang sudah
Kepada Allah kita berserah
Dalam diam banyak istighfar
Solat taubat terus menerus
Harta yang ada banyak diinfak
Zikir pula janganlah putus
Jangan sekali berputus asa
Rahmat Tuhan luas tersedia
Kesembuhan kan berlaku jua
Alam syahadah atau alam baqa'
Kita ini yang bernama hamba
Pasti sekali melakukan dosa
Sakit itu gugurlah semua
Mudah-mudahan dikurniakan syurga
Berubat itu satu usaha
Hakikat sembuh dari yang Esa
Jangan sampai mensyirikkan-Nya
Dengan amalan yang diada-ada
Ubatan dan amalan perlu berhati
Moga sakit jadi kaffarah
Tauhid itu ubatan hakiki
Sembuh juga daripada Allah
Lagu : Fadzli FAREAST
Lirik : Tn Hj Ismail b Ahmad
Penerbit : Fadzli FAREAST dan Bazli UNIC
Susunan Muzik : Along Exist
Hakcipta : HPA Industries Sdn Bhd
Pengirim :
Asyraff Hafdzan bin Abdullah
Artikel di bawah dipetik daripada website Dr Hamid Arshat. Terima kasih atas artikel beliau ini.
Persoalan Bolehkah Pesakit Kanser Sembuh?
Reaksi orang terhadap pesakit kanser adalah berbeza. Ada yang terlalu takut kepada
penyakit kanser, ada yang biasa sahaja dan ada juga yang tidak kisah terhadap
penyakit kanser. Ada sesetengah orang pula mengalami ketakutan atau fobia kanser.
Ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu sentiasa bimbang dan terganggu
fikirannya; mungkinkah dia diserang penyakit kanser apabila timbul sesuatu tanda
di badannya! Orang seperti ini sering menemui doktor jika timbul apa-apa masalah
walaupun remeh-temeh dan fikirannya sentiasa terganggu oleh sebab ketakutan
terhadap penyakit kanser.
Walaupun kita mesti berwaspada terhadap kemungkinan
penyakit kanser, khususnya mereka dalam golongan berisiko sama ada dari segi
umur, terdedah terhadap bahan-bahan yang mungkin karsinogenik seperti tabiat
merokok, pendedahan terhadap bahan kimia, pancaran X-ray dan sebagainya, namun
kita tidak perlulah sentiasa hidup dalam ketakutan hingga jiwa kita tidak tenteram.
Sebaiknya, kita mengambil langkah berjaga-jaga dan terdapat ujian-ujian penapisan
seperti X-ray, ujian sel pangkal rahim (pap
smear), ujian darah atau sebagainya yang boleh mengesan kanser sebelum ada
tanda kita patut mengambil langkah-langkah yang sewajar.
Tanda-Tanda
Penyakit Kanser
Di
antara tanda-tanda penyakit kanser ialah:
1.
Bagi wanita yang mengalami pendarahan selepas persetubuhan, pendarahan
haid yang tidak tentu masa, keluar darah haid selepas putus haid, keluar keputihan
dari kemaluan, perut kembung, bengkak kaki khususnya jika di sebelah sahaja,
susut badan, tidak ada selera makan, bonggol atau ketumbuhan pada buah dada,
keluar darah atau susu daripada puting buah dada walaupun tidak menyusukan dan
kesakitan pada buah dada.
2.
Bagi kanser paru-paru pula, tanda-tandanya ialah batuk yang tidak boleh
dikawal dengan ubat biasa, batuk darah dan sesak nafas. Pada bahagian tekak
pula, hidung berdarah atau muntah darah.
3.
Bagi kanser dalam perut dan tali usus, antara tanda-tandanya ialah muntah
darah, berak darah, sakit perut dan muntah-muntah yang tidak boleh dikawal.
Bagi kanser pada buah pinggang dan saluran perkencingan, antara tanda-tandanya
ialah kencing berdarah, sering hendak kencing dan sukar untuk membuang air kencing.
4.
Antara tanda-tanda kanser pada bahagian otak pula ialah sakit kepala,
pening kepala yang biasanya tidak boleh diubat dengan ubat penawar sakit biasa.
Manakala tanda-tanda bagi kanser tulang dan sendi ialah bengkak tulang atau
sendi. Tanda-tanda bagi kanser sistem pendarahan ialah muka pucat, letih-lesu,
mudah berdarah jika terkena luka dan sukar hendak tos darahnya serta demam yang
tidak dapat dikesan puncanya.
Pengesahan
Penyakit Kanser
Pengesahan
penyakit kanser biasanya dilakukan secara ujian tisu yang diambil
daripada kawasan yang disyaki mengidap kanser (Biopsy)
dan seterusnya dikaji di makmal kaji sel (hispatologi). Biasanya,
di sinilah sel-sel kanser dapat dipasti dan disahkan. Walaupun demikian, ujian-ujian
lain boleh menolong dalam membuat pengesahan kanser seperti ujian Ultrasound,
X-ray, skaning MRI, Cat dan lain-lain.
Kaedah
Rawatan Kanser
Satu
perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan rawatan kanser ialah peringkat
ketumbuhan kanser tersebut, sama ada ia masih terhad pada satu bahagian tubuh
badan ataupun telah merebak ke kawasan persekitaran atau telah merebak jauh
melalui saluran darah ke organ-organ penting seperti paru-paru, otak, hati,
tulang dan sebagainya. Di peringkat awal, sebelum ketumbuhan kanser dapat merebak,
rawatan yang tepat akan memberi hasil yang memuaskan, malah ia mungkin boleh
pulih seperti sediakala. Tetapi, apabila kanser telah merebak jauh, kesan rawatan
mungkin tidak begitu memuaskan dan pertumbuhan kanser mungkin sukar dikawal.
Satu
lagi perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan kanser ialah jenis
sel kanser itu dan di bahagian mana kanser itu berlaku. Pelbagai jenis kanser
boleh tumbuh dalam badan kita. Jika bentuk sel kanser itu amat luar biasa (anaplastik)
maka kemungkinan sel itu membiak dengan cepat dan merebak luas dan ini akan
menimbulkan masalah rawatan. Sesetengah sel-sel kanser pula kebal walaupun diberi
rawatan dengan ubat-ubat kemoterapi atau dengan rawatan radioterapi. Dalam keadaan
begini, hasil rawatan dari pemulihan tidak begitu memuaskan.
Sesetengah
penyakit kanser mengeluarkan tanda di peringkat awal lagi, misalnya kanser pangkal
rahim di kalangan wanita. Biasanya, sebelum menjadi kanser, sel-sel pada pangkal
rahim menjalani beberapa peringkat perubahan, iaitu daripada sel normal kepada
sel luar biasa. Kemudian ia menjadi kanser di peringkat awal dan seterusnya
kanser membiak Lagipun, kanser pangkal rahim pada wanita boleh dikesan sebelum
ia mencapai ke peringkat kanser dengan ujian pap
smear. Dengan ini, ia mungkin boleh dicegah daripada menjadi kanser. Dan
jika ia telah menjadi kanser, dan dapat dikesan di peringkat awal, ia boleh
dirawat sepenuhnya. Tetapi, kanser di dalam perut seperti kanser usus besar,
perut, hati ataupun kilang ovari, kadang-kadang menimbulkan tanda yang agak
lewat dan apabila tanda-tanda itu timbul, keadaannya telah tenat dan sel-sel
kanser telah merebak. Dalam keadaan demikian, rawatan secara pembedahan dan
rawatan dengan kaedah yang lain mungkin tidak akan memberi kesan pemulihan yang
seratus-peratus baik.
Konsep
Pembinasaan Sel Kanser Secara Spontan
Pernah
kita mendengar cerita orang yang telah disahkan menghidap kanser dan setelah
dirawat doktor itu mengatakan keadaan kansernya amat berat dan dia diberi tempoh
hidup selama enam bulan atau setahun. Kemudian selepas tempoh tersebut, pesakit
itu masih hidup lagi, malah dia lebih sihat daripada sebelum terkena kanser.
Ini adalah di antara cerita-cerita yang kita pernah dengar. Pesakit-pesakit
yang telah hampa dengan rawatan moden telah pergi berjumpa dengan perawat-perawat
tradisional yang memberi bermacam-macam cara rawatan, mungkin secara jampi,
atau secara rawatan tradisional seperti jamu, akar kayu, ubat sinseh dan sebagainya.
Kita juga telah mendengar kisah seorang pengidap kanser, iaitu Jason Winters
yang pernah menghidap penyakit kanser dan telah tempoh hidup enam bulan tetapi
dia terus hidup dengan menggunakan ubat-ubatan tradisional daripada berbagai-bagai
ramuan akar kayu dan beliau telah mengolah satu ramuan yang dinamakan “Teh Jason
Winters” yang beliau percaya boleh mengubati pelbagai penyakit kanser.
Dalam keadaan
cemas dan genting seperti ini, manusia akan menggunakan bermacam-macam cara
dan kaedah untuk mengatasi masalah dan apabila rakan, teman atau saudara memberi
cadangan tentang rawatan yang berkesan, mereka akan terus mencubanya. Walaupun
kadang-kala kita tidak mengetahui logik atau asas saintifiknya, memang tidak
boleh disangkal, bahawa ramuan-ramuan dalam akar kayu atau ubat-ubatan tradisional
mungkin mempunyai kesan yang boleh membinasakan sel-sel kanser. Setakat ini
belum banyak kajian yang telah dilakukan ke atas ramuan ubat-ubatan tradisional
dan ubat akar kayu ke atas pelbagai jenis penyakit termasuk juga kanser.
Pakar-pakar
perubatan memang mengakui, bahawa sel-sel kanser pun boleh binasa dengan sendirinya,
iaitu dalam proses yang dinamakan regresi spontan. Ini semua adalah dalam penguasaan
Allah dan sebagai manusia kita hanya berdoa dan mengharapkan agar penyakit yang
dihidapi sembuh
Prinsip-Prinsip
Rawatan Bagi Penyakit Kanser
Beberapa kaedah
moden telah digunakan untuk merawat penyakit kanser. Antaranya ialah:
1. Pembedahan
2. Ubat kemoterapi
3. Radioterapi
::Pembedahan
Kadang-kala
kanser hanya perlu dibedah sahaja tanpa rawatan yang lain. Tetapi ada kalanya,
kita melakukan pembedahan ke atas ketumbuhan kanser kemudian diikuti dengan
rawatan secara kemoterapi atau radioterapi. Ada sesetengah kanser pula boleh
dirawat secara radioterapi sahaja seperti kanser pangkal rahim ataupun kanser
tekak jika kanser tersebut masih di peringkat awal lagi.
Pembedahan
bagi kanser adalah dianggap sebagai
satu pembedahan yang besar dan
kadang-kala melibatkan pembuangan anggota terpenting. Contohnya, jika kanser
itu melibatkan pangkal rahim maka keseluruhan rahim akan dibuang. Bagi kanser
buah dada pula keseluruhan buah dada perlu dibuang termasuk sistem kelenjar
di sekelilingnya. Jika kanser melibatkan
tulang kaki, mungkin kaki tersebut perlu dipotong, dan jika melibatkan paru-paru
kemungkinan satu paru-paru perlu dibuang. Begitulah keadaannya jika ia
melibatkan lain-lain bahagian dalam badan. Biasanya, pembedahan untuk penyakit
kanser memerlukan kepakaran pembedah yang mahir, dan pembedahan biasanya disertai
dengan pendarahan. Oleh itu, bekalan darah mestilah cukup.
Waktu pemulihan
selepas pembedahan mungkin lama jika ia melibatkan pembuangan anggota penting
dalam tubuh. Kadang-kala ia melibatkan pembedahan untuk membaik-pulih atau reconstructive
surgery. Misalnya, pembedahan pada muka yang disebabkan oleh kanser pada
tulang dagu.
Semua bahagian
tubuh yang telah dibedah perlu dihantar ke makmal kaji sel untuk dikaji setakat
mana dan apa jenis kanser yang telah dihidapi pesakit. Jika sel-sel kanser telah
merebak melalui saluran darah ataupun saluran kelenjar ke bahagian tubuh yang
lain, maka pembedahan tidak dapat mengatasi masalah secara keseluruhan. Kaedah
rawatan lain perlu diberikan seperti kemoterapi atau radioterapi. Sekarang ini,
para pakar penyelidik penyakit kanser telah cuba berbagai-bagai teknik untuk
mengesan sejauh manakah sel-sel kanser telah merebak ke organ-organ terpenting
dalam tubuh seperti otak, paru-paru, hati, tulang dan sebagainya. Dengan ini,
rawatan lanjutan dapat diberikan dengan sewajarnya
::Kemoterapi
Sesetengah
penyakit kanser seperti kanser darah (leukimia), dan kanser rahim yang dinamakan
choricarcinoma biasanya tidak memerlukan
rawatan secara pembedahan, tetapi ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau kemoterapi.
Kegunaan ubat-ubat kemoterapi sebagai perawat kanser utama, hanya terhad kepada
beberapa jenis kanser sahaja dan sesetengahnya telah saya nyatakan di atas.
Tetapi, ubat-ubat kemoterapi sering digunakan sebagai cara rawatan lanjutan
selepas seseorang itu dibedah akibat daripada kanser yang dihidapi dan setelah
dipastikan kanser itu telah merebak ke tubuh yang lain.
Terdapat
banyak jenis ubat-ubat kemoterapi yang biasanya diberikan secara suntikan atau
secara ubat tablet. Di negara kita ini, Institut Barah Kuala Lumpur banyak memberikan
rawatan ke atas penyakit kanser. Rawatan ini memerlukan pengawasan yang rapi
kerana ubat-ubat kemoterapi ini bukan sahaja membinasakan sel-sel kanser, tetapi
ia juga boleh merosakkan sel-sel normal.
Kesan sampingan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada seseorang yang
sedang mendapat rawatan kemoterapi, misalnya ia boleh menindas pertumbuhan sel-sel
darah menyebabkan penghidap mengalami kekurangan dan juga sel-sel darah putih
untuk melawan penyakit, menyebabkan pesakit mudah diserang penyakit, khususnya
kuman. Kadang-kala, pesakit mengalami masalah rambut gugur ketika menjalani
rawatan kemoterapi, bibir mungkin pecah terkena ulser. Inilah di antara beberapa
kesan sampingan, tetapi dengan pengawasan dan rawatan daripada doktor yang mahir
dalam bidang ini, masalah ini, Insya-Allah akan dapat dikawal. Rawatan dengan
kemoterapi kadang-kala perlu diulang setelah satu atau dua bulan kemudian, dan
khususnya jika doktor yang merawat itu mendapati ada tanda-tanda bahawa penyakit
kanser itu masih aktif lagi
Rawatan
Dengan Radioterapi
Ini adalah
satu kaedah rawatan yang penting bagi penyakit kanser. Pelbagai jenis radiasi
telah digunakan dan kaedah rawatan ini boleh didapati daripada Institut Barah
di Hospital Besar Kuala Lumpur untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit kanser.
Pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan rawatan boleh dilakukan secara pancaran
dari luar ataupun pancaran daripada logam radium yang dimasukkan ke dalam bahagian
tubuh badan. Misalnya, dalam kes kanser pangkal rahim, rawatan secara radiasi
adalah pilihan utama. Dalam kaedah rawatan ini, logam radium radioaktif dimasukkan
ke dalam rahim untuk beberapa hari dengan tujuan supaya logam ini akan mengeluarkan
bahang radiasi dan membinasakan sel-sel kanser. Di samping ia membinasakan sel-sel
kanser, bahang radiasi juga boleh membinasakan sel-sel yang normal. Misalnya,
dalam rawatan kanser pangkal rahim, sel-sel normal (kilang telur atau ovari)
boleh juga musnah dan ini menyebabkan kehabisan hormon estrogen bagi wanita
tersebut selepas rawatan. Kesan kehabisan hormon estrogen pada wanita ialah
seperti kaedah putus haid.
Di antara
kesan sampingan yang mungkin timbul akibat daripada rawatan radioterapi ialah
kesan bakar pada kulit yang mungkin berwarna kehitaman sedikit. Tetapi dengan
teknik rawatan baru, kesan sampingannya dapat dikurangkan. Kadang-kala,
organ-organ lain di sekeliling ketumbuhan kanser boleh terganggu akibat daripada
pancaran X-ray, misalnya seseorang pesakit yang sedang mendapat rawatan radioterapi
bagi kanser pangkal rahim. Kadangkala pundi-pundi air kencing dan saluran najis
akan mengalami kerosakan sedikit menyebabkan gangguan sementara dalam fungsi
organ tersebut.
::Perubatan
alternatif
Terdapat
terlalu banyak keadah-kaedah perubatan alternatif atau pilihan lain, samaada
di pasaran tempatan atau luar negara untuk mengubati penyakit kanser. Pada asasnya
saya bersetuju dengan kegunaan ubatan alternatif tetapi dengan syarat pesakit-pesakit
perlu menjalani rawatan perubatan moden dahulu. Perubatan alternatif digunakan
sebagai rawatan tambahan atau sokongan khususnya dalam kes-kes di mana rawatan
moden kurang berkesan.
Dalam
internet terdapat banyak laman-laman berkenaan perubatan alternatif. Baca dan
nilailah dengan teliti sebelum membuat apa-apa keputusan untuk mendapatkan rawatan
alternatif. Ada kalanya rawatan-rawatan tersebut berkesan dan ada kalanya tidak.
Kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah swt.
::Rumusan
Walaupun
ada hadis-hadis Nabi yang bermaksud,
“bahawa
setiap penyakit ada ubatnya”,
masih
banyak lagi kaedah rawatan yang belum kita ketahui. Apa yang kita ketahui hanya
sedikit sahaja, Allah yang Maha Mengetahui. Walaupun demikian, kita sebagai
pesakit perlulah berusaha mencari di mana sahaja kita ketahui ada kaedah
rawatan yang berkesan, khususnya rawatan yang berasaskan sains perubatan
moden. Di samping itu, kita juga berdoa pada Allah S.W.T dengan insaf atas musibah
yang menimpa diri kita. Kita patut banyak bersabar dan banyak bertasbih. Mungkin
ini satu cubaan untuk menguji kesabaran kita, mungkin juga satu balasan bagi
kesalahan yang telah kita lakukan di masa lepas. Yang pentingnya ialah kita
percaya, bahawa penyakit kanser adalah satu perkara yang diturunkan oleh Tuhan.
Tentulah ada sebabnya, hanya kita sahaja tidak mengetahui apa puncanya. Perbanyakanlah
berzikir dan bertafakur sambil memuji kebesaran Allah. Dengan bersabar menanggung
kesakitan, kita akan mendapat pahala. Rawatan yang berlebihan boleh mempercepatkan
maut. Saya sendiri pernah melihat pengidap kanser diberi rawatan secara pembedahan
diikuti dengan rawatan kemoterapi serta radioterapi atas keghairahan saudara-mara
atau doktor yang merawat. Perbuatan ini boleh memberi kesan yang tidak begitu
baik kerana seperti yang saya nyatakan di atas, bahawa kaedah-kaedah rawatan
seperti kemoterapi dan radioterapi boleh juga merosakkan sel-sel yang normal
dan seterusnya mengganggu dan menjejaskan fungsi-fungsi organ tubuh badan yang
lain. Rawatan yang berlebihan (overdose)
boleh mempercepatkan maut seseorang penghidap kanser.
Satu
perkara yang amat penting dalam rawatan penyakit kanser ialah pengesanan diperingkat
awal. Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah
tertentu untuk mengesan penyakit tersebut di peringkat awal supaya apa juakaedah
rawatan yang diberikan boleh membaikpulih pesakit.
1 comments:
💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....
Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.👉🏼 *En Mohd Zuhairi- 0174687570*
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺👍🏻
3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....
5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
6) Kalau selain dr penyakit kanser pon blh sgt2 dirawat mcm :
*-Denggi, Kencing Tikus, Batu Karang, Gastrik, Gout .*
7) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .
Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .💪🏼
Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa..sekarang sudah hampir sembuh sepenuh nye. *sel kanser sudah tiada.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..😉
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*
👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
*NOTE* :
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*
😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Post a Comment