Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Friday, December 28, 2012

Tragedi Disember 2012 Tanah Runtuh di Kedah

Tragedi Disember 2012 Tanah Runtuh di Kedah

Dua buruh maut tertimbus tanah runtuh


SUNGAI PETANI – Dua pekerja kontrak maut manakala seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Ambangan Heights dekat Sungai Lalang di simi ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan saluran kumbahan kira-kira jam 10.30 pagi tadi.



 





Mangsa, P Morgan, 39, dari Taman Seri Bedong dan S Saravanan, 25, dari Taman Permai Bestari, Sungai Lalang maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa dikenali Ng Jun Chuan, dipercayai majikan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

Saksi kejadian, Ming Wei Toh, 51, berkata, ketika kejadian, empat pekerja termasuk dirinya sedang melakukan kerja-kerja memasukkan saluran kumbahan ke dalam tanah yang telah dikorek 10 meter. Majikan mereka, Ng Jun Chuan, 45, terselamat tetapi tercedera.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Rosdi Ismail berkata, sepasukan 13 anggota bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian telah mengorek runtuhan tanah itu dan menemui mayat Morgan pada pukul 12.10 tengah hari manakala mayat Saravanan ditemui lebih sejam kemudian.

Ming yang terselamat memberitahu pemberita bahawa tanah di tepi lubang saluran itu runtuh secara tiba-tiba.


"Saya yang berada di tepi tebing menjadi panik apabila runtuhan berlaku. Saya lihat tangan Morgan dan cuba menariknya keluar, namun gagal kerana tanah runtuh membawa dia terus ke bawah. Saya bagaimanapun sempat menarik keluar majikan saya," katanya.

Sumber; Sinar Harian

Dua buruh maut tertimbus tanah runtuh


SUNGAI PETANI: Dua pekerja kontrak maut akibat tertimbus tanah yang runtuh di tapak pembinaan taman perumahan Ambangan Heights, di sini, pagi tadi.

Mereka ialah P. Morgan, 39, dan S. Saravanan, 25, yang ketika itu berada di dalam sebuah lubang sedalam 10 meter untuk memasang paip saluran kumbahan dengan dibantu majikan mereka, Ng Jun Chuan, 45, dan seorang lagi pekerja Ming Wei Toh, 51. 


Ng tercedera dalam kejadian kira-kira 10.3 pagi itu dan berjaya diselamatkan.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Rosdi Ismail, berkata sepasukan 13 anggota bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian telah mengorek runtuhan tanah itu dan menemui mayat Morgan pada 12.10 tengah hari manakala mayat Saravanan ditemui lebih sejam kemudian.

Ming yang terselamat memberitahu pemberita bahawa tanah di tepi lubang saluran itu runtuh secara tiba-tiba.

"Saya yang berada di tepi tebing menjadi panik apabila runtuhan berlaku. Saya lihat tangan Morgan dan cuba menariknya keluar, namun gagal kerana tanah runtuh membawa dia terus ke bawah. Saya bagaimanapun sempat menarik keluar majikan saya," katanya. - BERNAMA


 










3 comments:

LYAfrina said...

ada baca dlm paper hari ni... ermm.. tau nk kata apa2... kejadian y x dduga

ummu said...

bencana tak kira tempat dan masa kan Lya.

ummu said...

bencana tak kira tempat dan masa kan Lya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design