Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Saturday, June 23, 2012

Ramal letusan luar biasa gunung berapi

Ramal letusan luar biasa gunung berapi

SUMBER; Berita Harian, 3/6/2012




Nevado del Ruiz spewing steam and ash in mid-June.

GAMBAR yang diambil Institut Perlombongan dan Geologi Colombia menunjukkan gunung Nevado Del Ruiz di Bogota semakin aktif memuntahkan awan debu, manakala penduduk sekitar diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Saintis jangka bunyinya akan dapat didengar di seluruh dunia

WASHINGTON: Letusan luar biasa gunung berapi dengan kuasa pemusnah kehidupan mungkin berlaku lebih awal daripada yang dijangka, lapor satu kajian saintis. Saintis berkata, gunung berapi mega adalah fenomena alam semula jadi yang kurang difahami dan cuma menunggu masa untuk berlaku. Sedikit saja gunung berapa seumpama itu wujud dalam dunia tetapi jika satu daripadanya meletus, kesannya amat dahsyat.

Adalah dijangkakan bunyi letusan luar biasa itu akan kedengaran di seluruh dunia, hujan hitam akan turun dan langit berubah menjadi gelap.

Keadaan dahsyat itu cuma sedikit kurang daripada impak asteroid khususnya daripada segi kemusnahan yang berlaku jika ia menghempas bumi.

Gunung berapi besar dipenuhi kolam magma mega yang terbina jauh di dasar bumi. Pada awalnya ia dijangka mengambil masa 100,000 hingga 200,000 tahun untuk membina tekanan mencukupi untuk letusan besar berlaku.

Bagaimanapun, penyelidikan yang disiarkan dalam jurnal online, Public Library of Science ONE, kini menunjukkan proses itu cuma mengambil masa beberapa ribu tahun atau mungkin juga beberapa ratus tahun saja.

Penyelidikan mendapati kolam magma besar mungkin sebenarnya wujud untuk beberapa ribu tahun atau beberapa ratus tahun sebelum ia meletup.

Penemuan baru itu dapat membuktikan berita amat buruk kepada Taman Negara Yellowstone di Amerika Syarikat yang memiliki kolam tadahan magma 9.6 kilometer di bawahnya. Takungan di kolam tadahan itu semakin meningkat sejak tahun 2004.

Taman di Wyoming itu berada betul-betul di atas sekumpulan besar batu lebur kira-kira 480 kilometer sepanjang puncak tertinggi 48 kilometer di dasar bumi. – Agensi

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design