Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sering dalam kehidupan ini, kita impikan sesuatu yang indah dan muluk. Dan kadang kala ia jadi realiti, bukan lagi fantasi. Dan kadang kala ia tidak menjadi nyata.
Semua itu, memerlukan hati yang sabar dan tabah dalam menghadapi situasi samada yang kita impi menjadi realiti atau sebaliknya.
Kerna manusia merancang, Allah jua merancang. Perancangan Allah jualah yang sebaik-baiknya.
Dalam situasi kejodohan, ada kalanya kita telah menemui calon yang sesuai.
Cuma, mungkin masa belum sesuai untuk kita meluah bicara hati kita kepada orang yang kita sukai.
Atau halangan - halangan lain yang tidak mengizinkan lagi hati kita dan hatinya bersatu dalam satu iakatan suci.
Cuma masa belum tiba untuk kita dan dia bersatu dalam satu ikatan pernikahan yang diberkati Allah.
Ada kalanya juga, seseorang yang kita minati itu ada di hadapan mata kita. Bukan batang tubuhnya sahaja, bahkan keluarganya juga. Ya, orang tua yang melahirkan dan membesarkan pemuda atau gadis yang kita minati itu ada di hadapan mata kita.
Kesempatan yang ada, rajutlah benih ukhuwah dan kasih sayang bersama keluarga orang yang kita sukai. Kita sukakan anaknya. Apalah salahnya kita berbaik, bermanis muka dan bercakap dengan lemah lembut dengan orang tua kepada pemuda atau gadis yang kita sukai.
Adalah tidak wajar, jika orang tua pemuda atau gadis yang kita minati, atau orang tua mana pun, datang bertanya kepada kita, tetapi kita cuma mendiamkan diri, dek kerana ketidak puasan hati kita kepadanya.
Bercakap dengan beradab dan bukan dengan kekasaran. Biarlah kita bertingkah laku berhemah dan bertutur penuh hikmah apabila bersama orang-orang di sekeliling kita, dan bukan hanya memilih orang tertentu untuk kita bercakap dengan hikmah.
Bukan bermakna tidak boleh garang. Bersikaplah dengan Lemah lembut dan sopan. Garang pada tempatnya. Tegas pada tempatnya.
Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan orang tua itu.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
Secara umumnya, mereka yang baik agamanya dan lebih taqwanya adalah mulia dan dipandang tinggi di sisi Allah s.w.t.
“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu…” (al-Hujuraat 49: 13)
Memilih pasangan yang baik di dalam rumah tangga merupakan kemestian bagi calon suami atau isteri. Hanya rumah tangga yang dibina di atas acuan agama dengan mengikut prinsip-prinsipnya sahaja yang dapat melahirkan titip-titp kebahagiaan dan zuriat-zuriat yang soleh.
Kalau kita mengamati apa yang berlaku dalam masyarakat sekarang ialah, ramai perempuan-perempuan Melayu yang berkahwin dengan lelaki asing seperti lelaki Pakistan, Bangla, atau India yang bekerja di Malaysia, mereka menganggap bahawa mereka ini matang serta rajin bekerja walaupun agama mereka seperti celup-celup dalam air.
Ini kerana fitrah perempuan perlukan pasangan yang boleh melindungi mereka dalam keadaan senang atau susah. Kalaulah, semua lelaki dapat memainkan peranan mereka sebagai seorang suami yang amanah dan isteri menjalankan tanggungjawab dengan taat, maka perkara ini tidak akan berlaku.
Oleh itu, jalan penyelesaiannya sudah ada, iaitu hanya mengikut apa yang agama telah susunkan untuk kita sebagai hamba Allah swt.
0 comments:
Post a Comment