Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, September 05, 2012

Jom Cegah Kanser

Jom Cegah Kanser

DISCLAIMER:

Penulis blog bukan doktor mahupun pakar perubatan. Walau bagaimanapun, perkongsian rakan-rakan yang menghadapi masalah kesihatan di dalam blog ini, sangat dihargai dan dialu-alukan. 

Artikel kesihatan ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan. Artikel yang disiarkan dipetik daripada sumber yang dinyatakan di bawah entry ini. Artikel ini adalah sebagai perbincangan sahaja.

Kepada Sesiapa yang merasakan dirinya mempunyai simptom-simptom masalah kesihatan tertentu dan mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.Ini agar doktor dan pakar perubatan dapat membuat diagnosis terhadap penyakit anda seterusnya merawat kes anda dengan segera.

Bersama menjaga kesihatan demi ummah sejahtera. InshaAllah. Tetapi jika kita ditimpa sakit,, yakinlah, InshaALLAH ada rahmat ALLAH untuk kita jika kita sabar dan redha. InshaALLAH.


Jom Cegah Kanser


MASYARAKAT negara ini sering didedahkan mengenai bahaya kanser apabila mencapai usia remaja. Namun, tahukah mereka betapa pentingnya kesedaran awal di kalangan pelajar?

Kesedaran awal terhadap bahaya kanser secara tidak langsung dapat mengurangkan peratusan pesakit kanser negara ini. Menyedari kurangnya kesedaran itu, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) dengan kerjasama Courts (M) Sdn Bhd melancarkan kempen kesedaran melalui pertandingan seni dan reka bentuk sebagai sebahagian daripada program sekolah jangkauan harapan kanak-kanak dengan tema ‘Hope For Our Children’.


Pertandingan itu bertujuan memanfaatkan kreativiti dan komunikasi bagi menerapkan pemahaman lebih luas terhadap kanser yang boleh dielak jika mengamalkan gaya hidup sihat.


Seramai 200 peserta menyertai pertandingan itu di sekitar Kuala Lumpur. Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Rampai, SMK Taman Setiawangsa, SMK St John, SMK Wangsa Melawati dan SMK Seksyen Lima, Wangsa Maju.

Pertandingan ini memerlukan peserta mewujudkan hasil karya peribadi bertemakan ‘Healthy Living Against Cancer’.

Sebelum pertandingan itu, kakitangan NCSM dan Courts ditugaskan memberi ceramah kepada peserta pertandingan mengenai cara hidup sihat.

Pemenang pertandingan, Nur Hasifah Hassan, 16, berkata, dia menyertai pertandingan ini selepas diberitahu oleh guru kelasnya.

“Ini kali pertama saya menyertai pertandingan bertemakan kesihatan sebab sebelum ini jarang diadakan. Selalunya syarikat swasta mahupun korporat lebih suka menganjurkan pertandingan lain seperti mewarna dan melukis.

“Saya gembira menyertainya kerana pertandingan bertemakan kesihatan ini kurang diketengahkan kepada pelajar. Inilah masanya saya menambah pengetahuan dan memberitahu rakan lain mengenai pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat,” kata pelajar SMK Seri Rampai itu.

Menurutnya, guru kelas hanya memberitahu mengenai pertandingan ini seminggu sebelum pertandingan bermula. Dengan tema diberi, setiap pelajar dikehendaki mencipta objek dengan menterjemahkan tema diberi sebaik mungkin.

“Saya mendapat ilham membuat dua hati yang rosak akibat kesan merokok di samping alam sekitar yang tercemar, hati rosak akibat merokok dan mengamalkan pengambilan alkohol.

“Saya turut bersyukur kerana kakitangan Courts dan NCSM memberi tunjuk ajar dan pendedahan mengenai kehidupan lebih sihat,” katanya yang berjaya menyiapkan hasil karya dalam tempoh dua jam.

Seorang lagi pemenang, Mohd Harith Iskandar Mohd Isha, 17, yang juga daripada SMK Seri Rampai, berkata banyak perkara dipelajari sepanjang kempen kesedaran itu.

“Saya akan menyebarkan dan berkongsi pengetahuan dengan rakan serta ibu bapa bahawa kanser boleh dielak jika mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan NCSM, Rubi-Ain Dahlan berkata, kempen kesedaran ini diadakan kerana kurang pendedahan terhadap pelajar sekolah mengenai pentingnya menjaga kesihatan dan mengelak diserang kanser.

“Kita selalu mendengar mesej menjaga dan mementingkan kesihatan yang disampaikan seperti bersenam, tidak merokok dan tidak mengambil alkohol, namun sukar menjadikannya rutin harian.

“Melalui pertandingan ini, ia dapat memberi kesan ketara kepada pelajar. Ia satu inisiatif mendekati masyarakat dan generasi muda,” katanya.

“Kita tidak boleh memandang rendah kemampuan mereka kerana mampu memberi idea bernas terhadap kehidupan lebih sihat pada masa akan datang,” katanya.

sumber; HARIAN METRO

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design