Cinta Palsu Seorang Isteri, Jadi ‘bodoh’ disihir isteri
KUALA LUMPUR: Tergoda kejelitaan dan janji indah seorang ahli
perniagaan dari Indonesia, seorang lelaki tempatan meninggalkan isteri
dan anak-anaknya untuk berkahwin dengan wanita itu sebelum wang tunai
dan rumahnya yang keseluruhannya bernilai RM850,000 dikikis
perlahan-lahan.
Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Sufian, 45, berkata
kebahagiaan dikecapinya apabila berkahwin dengan Talya, 35, hanya untuk
beberapa bulan sebelum dia bertukar pak turut dan diperlakukan seperti
hamba.
“Malah, saya selalu dicaci serta dipukul hingga saya pernah cuba membunuh diri sebelum diselamatkan,” katanya ketika ditemui.
Sufian, percaya dia bertukar bodoh, dayus dan penakut disebabkan
perbuatan sihir Talya selepas menemui beberapa bukti menjurus ke arah
itu.
Kini, selepas berjaya meloloskan diri daripada cengkaman
Yalya, baru Sufian sedar bahagia yang diimpikannya umpan ke neraka
dunia.
SUMBER; HARIAN METRO
0 comments:
Post a Comment