Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Monday, February 13, 2012

Bumbung rumah siswi Malaysia runtuh, di Jakarta

Bumbung rumah siswi Malaysia runtuh, di Jakarta

 Bumbung rumah 11 siswi Malaysia runtuh
JAKARTA: Kira-kira 30 siswi termasuk 11 dari Malaysia terselamat apabila bumbung bahagian depan rumah sewa yang mereka diami tiba-tiba runtuh di Grogol, Jakarta Utara, malam tadi.

Kejadian yang berlaku di rumah dua tingkat di Jalan Tawakal 6 A-B itu dipercayai akibat daripada tiang peyangga rumah itu sudah reput. Atase Pendidikan yang juga Setiausaha I Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di sini, Ludinata Misnun berkata, runtuhan bumbung itu menutup pintu keluar rumah berkenaan hingga memaksa penghuni memecahkan tingkap di sebuah bilik tingkat bawah untuk keluar menyelamatkan diri.

Kira-kira 30 siswi Universiti Trisakti, termasuk 11 pelajar dari Malaysia menyewa bilik di rumah berkenaan. Ludinata berkata, ekoran kejadian itu, semua 11 siswi Malaysia itu kini menumpang di rumah rakan pelajar Malaysia yang lain di sekitar kampus universiti berkenaan.


Menurutnya, pihaknya dengan kerjasama Kedutaan Malaysia akan menempatkan 11 siswi itu di Dewan Malaysia Jakarta untuk sementara waktu berikutan sebahagian besar pelajar terbabit akan menghadapi peperiksaan minggu depan. (Sumber; Metro)

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design