Followers
Saturday, February 18, 2012
Ribut landa Pesta Layang-layang, di Pasir Gudang
Ribut landa Pesta Layang-layang, di Pasir Gudang
RIBUT LANDA FESTIVAL LAYANG-LAYANG: Peserta, petugas Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang menyelamatkan diri dan barangan selepas kawasan festival dilanda ribut di Bukit Layang-Layang, Johor, semalam. - Foto Roslan Khamis, Berita Harian.
PASIR GUDANG: Festival layang-layang ke-17 dunia Pasir Gudang, Johor dilanda ribut petir jam 4:50 petang tadi disini.
Kejadian ini menyebabkan pengunjung dan para peserta layang-layang bertempiaran lari keluar dari khemah-khemah untuk mencari perlindungan di tempat yang lebih selamat.
Roger Martin 68,salah seorang peserta Australia yang telah selama 10 tahun menyertai acara ni,berkata beliau berjaya menyelamatkan semua barang kepunyaannya termasuk layang-layang berbentuk SpongeBob SquarePants.
Pada awalnya beliau berasa yakin mengenai cuaca pada majlis tersebut,namun semua cuaca telah bertukar tanpa dijangka dan baginya ini satu kejadian yang memalukan.
Dilaporkan banyak layang-layang yang gagal diselamatkan dalam kejadian tersebut.
Seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan, berkata tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu. - thestar
Labels:
Alam Dan Manusia,
semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment