Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Sunday, February 12, 2012

Musim Sejuk, Tip Menghapi Musim Sejuk...

Musim Sejuk, Tip Kesihatan Menghapinya

 Gambar Sekadar Hiasan; Pergunungan Alps

Islam agama yang sempurna. Menyentuh seluruh aspek kehidupan.

Islam menganjurkan umatnya supaya 
menjaga kesihatan bagi meneruskan kehidupan dan paling utama mampu terus mengabdikan diri pada Allah dan menabur bakti pada ummah.

Sabda Rasulullah S.A.W,
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.”

(Hadis Riwayat Bukhari)


Sangat penting untuk dijaga sehingga diletakkan Allah kedudukannya selepas keyakinan(iman). 

Sabda Rasulullah SAW

” Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan(iman).
(Hadits Riwayat Ibnu Majah).

Ada rakan saya yang belajar di Mesir, menghadapi masalah alahan dengan cuaca musim sejuk di sana. Pada masa itu, saya kurang mengerti  mengapa sahabat saya itu mengahapi alahan yang agak teruk. 

Kesihatan manusia banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran seperti kebersihan, makanan serta perubahan suhu persekitaran. Perubahan suhu atau musim memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pelbagai perubahan fizikal badan kita. Secara umumnya, badan kita berfungsi dengan baik pada suhu tertentu/ spesifik(36.5-37.2 darjah celcius) .

Sebarang perubahan suhu persekitaran akan mengakibatkan adaptasi badan kita terhadap perubahan tersebut malah mengganggu sistem imuniti badan terutamanya jika perubahan mendadak. Kesannya, kita terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman dan virus akibat immuniti yang lemah. Kanak –kanak dan orang tua lebih cenderung untuk mendapat jangkitan pada musim ini. 



Sebenarnya, pendedahan kepada cuaca yang sejuk boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Oleh itu, langkah-langkah penjagaan kesihatan yang baik haruslah diamalkan bagi melindungi diri anda daripada menghadapi masalah kesihatan akibat cuaca sejuk.

Berdasarkan testimoni produk Secret Honey Genius:

En. Amir adalah seorang anggota TUDM. Beliau mengidap resdung dan selalu ke luar negara di mana masalah cuaca sejuk sering menjadi penghalang kepada tugas beliau. Beliau menghadapi resdung peringkat tinggi dan selalu menjadi 'bahan ujikaji' kapada ubat-ubatan yang baru ditemui.

Setelah menggunakan Secret Honey Genius, Muslim Choice, beliau menghubungi kami menyatakan keberkesanan daripada pengambilan SHG tersebut amatlah menakjubkan. 

Resdungnya semakin hilang. Beliau berharap ia akan terus berkekalan. Kerana beberapa hari selepas itu, beliau ada memberitahu bahawa beliau akan ke luar negara lagi bagi menjalankan tugasannya.

Tambahan bila sekarang adalah musim sejuk. Harapannya agar resdungnya itu tidak lagi menghalang setiap tugasan yang bakal dilaluinya. INSYAALLAH. Kepada rakan-rakan yang ingin mengetahui lanjut berkaitan produk ini,

Antara cadangan penjagaan kesihatan pada musim sejuk ialah :

1)    Lazimi minuman panas atau suam seperti teh herba dan Anise (yansoon@ jintan manis). Makan makanan yang mampu memanaskan badan seperti madu,coklat (bukan gula-gula), halia, lada dan bawang putih. 


2)    Mandi menggunakan air suam serta elak daripada mandi berulang kali sehari terutamanya pada waktu malam.


3)    Pastikan tubuh dilap sehingga kering  sebelum keluar daripada bilik air. 


4)    Elak keluar rumah sejurus selepas mandi. Rehat seketika ( 15-30 minit) sebelum keluar rumah untuk mengelakkan badan terkesan daripada perubahan suhu persekitaran secara mendadak.



5)    Pakai pakaian yang tebal dan selesa (panas) apabila berada di luar rumah. Elak memakai pakaian nipis terutamanya bahagian dada.


6)    Lazimi amalan membasuh tangan untuk mengelakkan jangkitan kuman.


7)    Makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan (seperti oren/limau) dan sayur-sayuran (sayuran hijau) untuk memastikan badan mendapat vitamin-vitamin yang membantu menguatkan immuniti badan. Pengambilan supplement seperti Vitacid @ pil habbatussauda juga digalakkan.


8)    Tingkatkan pengambilan  makanan yang mengandungi protein yang tinggi (telur, ikan dan daging) dan carbohydrate / kanji (nasi dan kentang). Kurangkan pengambilan lemak berlebihan.


9)    Tingkatkan pengambilan air (sebaik-baiknya air suam) untuk membantu merembeskan toksin dalam badan serta mengekalkan suhu badan.


10)    JAUHI TABIAT MEROKOK. Meningkatkan kecenderungan untuk mendapat jangkitan sistem pernafasan. Asap rokok mampu memberi kesan buruk bukan sahaja kepada penghisap (smoker) tetapi juga orang berhampiran (passive smokers).


11)    Pakai pakaian yang tebal dan selesa (panas) apabila berada di luar rumah.


12)    Jika terlalu sejuk, pastikan kain/mafla anda melindungi/menutupi rongga seperti telinga,mulut dan hidung untuk mengurangkan kehilangan haba badan. 


13)    Lazimi senaman ringkas untuk meningkatkan suhu badan.


14)    Buka tingkap bilik anda (30 minit, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu) untuk pengudaraan serta pancaran cahaya matahari. 


15)    Jauhi makanan dan minuman ringan kerana mampu melemahkan immuniti badan.


16)    KECEMASAN – rendam di dalam air suam atau lindungi dengan kain yang tebal dengan SEGERA jika anda mengalami frostbite (rujuk di atas) (bertukar menjadi biru/sangat pucat) pada bahagian jari, hidung dan cuping telinga.
 


Antara masalah kesihatan yang boleh dihadapi semasa musim sejuk adalah seperti berikut:

a. Masalah kulit kering
b. Jangkitan Kulat
c. Trenchfoot
d. Hipothermia (Kesejukan)

KULIT KERING


Udara dan angin sejuk boleh mengakibatkan kekeringan kulit. Masalah ini selalunya terjadi di kawasan kulit yang terdedah seperti bibir dan tangan dan juga celah-celah sendi, siku dan lulut. 
Kulit yang kering biasanya akan pecah dan terasa gatal serta menyebabkan anda terasa ingin menggaru. Jika kulit digaru secara berlebihan, lapisan perlindungan atas kulit boleh tercalar. Ini membolehkan kuman masuk ke lapisan dalam kulit dan          menyebabkan jangkitan kuman merebak.

Cara mencegah dari kulit kering:

a. Gunakan krim pelembap kulit dan lip balm dengan kerap supaya kulit sentiasa lembut.
b. Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mencegah dari mengaru kulit dengan kuat.
c. Pastikan kulit sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman.
d. Minum air masak/mineral dengan mencukupi (8 gelas sehari).
e. Pastikan anda membasuh tangan dengan bersih setiap kali sebelum makan.

JANGKITAN KULAT

Cuaca sejuk boleh melambatkan proses pengeringan pakaian yang basah. Masalah boleh terjadi jika pakaian yang masih basah dipakai semasa anda bertugas. Tempat yang lembap dan basah serta kurang saluran udara adalah tempat yang berisiko bagi jangkitan kulat atau fungus merebak.
Jangkitan kulat boleh terjadi di mana-mana dan kebiasaannya terjadi di celah-celah jari kaki serta di celah peha dan ketiak.
Cara mencegah dari jangkitan kulat :

a. Pastikan stokin dan seluar dalam ditukar setiap hari dan sentiasa berada dalam keadaan kering. Ini juga termasuklah kasut yang dipakai.
b. Pastikan kulit terutama pada celah-celah jari kaki dan celah-celah peha sentiasa kering.
c. Pengunaan bedak pada badan dan kaki boleh menolong dalam memastikan celah-celah kulit berada dalam keadaan kering dan seterusnya boleh mengelakkan daripada jangkitan   kulat berlaku.
d. Ambil kesempatan untuk membuka kasut dan stokin apabila anda tidak bertugas.
 
TRENCH FOOT (KAKI MEREKAH)
 
Trench Foot boleh terjadi kepada kaki yang terdedah kepada keadaan basah, kotor dan cuaca sejuk (suhu di bawah 10 ‘C) secara berlarutan. Kaki akan terasa kebas, sejuk, sakit dan menjadi bengkak. Kuman boleh masuk di tempat kulit yang pecah dan boleh mengakibatkan jangkitan.

  Cara mencegah dari trench foot:

a. Pastikan kaki anda sentiasa dalam keadaan panas/suam dan kering.
b. Sentiasa bersihkan dan keringkan kaki dengan rapi.
c. Memakai stokin yang bersih dan menukarnya setiap hari.

HIPOTERMIA 

Hipotermia adalah satu situasi dimana suhu badan menurun di bawah 35°C. Ini boleh terjadi sekiranya badan anda tidak dilindungi dan terdedah kepada suhu pesekitaran yang sejuk. Jantung, urat saraf dan organ yang lain tidak boleh berfungsi dengan betul jika suhu badan terlalu rendah. 
Pesakit biasanya akan merasa lemah, keliru, kurang koordinasi pergerakan anggota badan, kurang keupayaan untuk bercakap dan hilang kesedaran semasa menghidap hipotermia.

Cara mencegah dari hipotermia:

a. Pastikan pakaian sentiasa bersih dan kering.
b. Pakai beberapa lapisan pakaian ringan yang longgar yang boleh menakung lapisan udara dan mencegah haba badan dari hilang ke persekitaran.
c. Pakai penutup kepala dan sarung tangan untuk mencegah haba badan daripada hilang ke persekitaran.
d. Elakkan melakukan aktiviti yang berlebihan yang menyebabkan banyak berpeluh kerana kombinasi pakaian basah dan cuaca sejuk boleh menyebabkan haba badan hilang dengan cepat.
e. Elakkan tidur atau berbaring di atas lantai.
Jika anda menyertai lawatan ke tempat sejuk, berikut disertakan  beberapa cadangan untuk penjagaan kesihatan dan keselamatan :

1)    Pastikan pakaian anda bersesuaian (pakaian sukan. Bagi wanita, pakaian yang memudahkan pergerakan mengikut kesesuaian). 

2)    Pakaian yang tebal dan selesa (rujuk di atas).

3)    Sebaik-baiknya bawa bekal coklat (chocolate, bukan gula-gula) untuk meningkatkan suhu badan.

4)    Tutup/ lindung telinga anda untuk mengelakkan kehilangan haba daripada rongga. (elakkan menutup hidung dan mulut dengan kain tebal untuk mengelakkan sesak nafas).

5)    Bawa air (sebaik-baiknya air panas di dalam termos). Air (walaupun sejuk) amat penting untuk mengelakkan dihidrasi (dehydration @kurang air dalam badan)

6)    Bergerak dalam kumpulan dan rapat (badan manusia menghasilkan haba).

7)    Elak duduk berehat terlalu lama (lakukan senaman ringan). Aktiviti/ pergerakan badan menghasilkan haba.
Terima kasih kepada Keluarga Pelajar Islam Mesir atas informasi kesihatan ini.

5 comments:

mamawana said...

Assalamualaikum,

Maaf bertanya. Ummu berada di mana skrg ni? Sedang menghadapi musim sejuk di Eropah ker? :-)

ummu said...

waalaikumussalam mama
he he...takdelah
kat malaysia je ni
saja post kan entry ni...:)

sal said...

tips sangat berguna..trimakasih berkongsi info wlupun takade sejuk2 sgt di msia..sebagai pengetahuan

ummu said...

perkongsian bersama,kan kak sal..

moji said...

thanks for the info..sangat bagus :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design