Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Sunday, February 12, 2012

Wabak AGE, Di Perak, Air Paip Puncanya?

 Gambar Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon melawat seorang daripada enam pesakit AGE yang sedang dirawat di Hospital Tapah.Kosmo! semalam melaporkan sebanyak dua kes kematian melibatkan kanak-kanak berusia 10 dan dua bulan dilaporkan pada minggu lalu di daerah Hilir Perak akibat wabak AGE.

Paip air tercemar punca wabak AGE

KEADAAN tangki air yang dikeluarkan oleh Syabas dari sebuah rumah di Kampung Baru, Kuala Lumpur beberapa tahun lalu begitu menjijikkan. 

Tak dapat saya bayangkan betapa kotornya air yang kita minum, kalau sumber air itu tidak dibersihkan. 

 Gambar penapis air imtiyaz

Dapatkan Penapis Air Imtiyaz SE (Special Edition) 

sebab harganya yang berpatutan. Harga RM598

Ciri-Ciri Air Rawatan dengan Penapis Imtiyaaz


AIR bukan sahaja bagi menghilangkan dahaga malah penting untuk meningkatkan tahap kesihatan anda khasnya air yang beralkali tinggi. Tubuh yang sihat memerlukan darah yang bersih dengan tahap pH sekurang-kurangnya 7.36 (alkali). 

Air Imtiyaaz dengan bacaan pH 9.7 amat sesuai bagi merawat pelbagai jenis penyakit dengan mengurangkan keasidan dalam darah. Kandungan oksigen yang tinggi juga mampu mencegah kanser. Amat sesuai untuk penghidap darah tinggi, kencing manis, gout, kembung perut, gastrik dan lain-lain penyakit yang berkaitan dengan kekotoran dalam darah. 

Maklumat tentang Penapis Air Imtiyaaz ni sila ke blog ini, 

Penapis Air Imtiyaz, Mampu Milik, Berkualiti,

dan bukan tanya saya tau, saya tolong iklan je. Ok kita tengok apa punca Virus Bahaya ni

WABAK ROTAVIRUS MENYERANG 2,236 BAYI DIPERAK

TAPAH: Punca kematian mengejut dua bayi awal minggu lalu, dipercayai akibat sejenis wabak dikenali sebagai Acute Gastroenteritis (AGE) yang dibawa virus rotavirus yang kini sudah menyerang 2,236 bayi di Perak.


Difahamkan wabak dibawa virus itu tersebar melalui air dan makanan dan hanya menjangkiti bayi di Teluk Intan, Hutan Melintang, Chenderong Balai, Langkap di Hilir Perak dan Batang Padang, Tapah, di sini.

Berdasarkan aduan diterima, rotavirus lebih mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas sebagai tanda awal.

Exco Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata penemuan punca wabak AGE itu diperolehi hasil ujian makmal sejurus dua bayi mati mengejut awal minggu lalu.

Katanya, virus berbahaya itu menyebabkan bayi menghidapnya hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut, loya dan pelbagai tanda lain.

Dalam kejadian 30 Januari lalu, dua bayi, Tamil Selvan, sembilan bulan dan Varagaran Murugan, dua bulan, mati mendadak selepas diserang demam dan cirit-birit berulang.


“Antara langkah berkesan bagi mengelak wabak itu merebak ialah memasak air sebelum diminum, membasuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan serta ke tandas. 
“Mengurangkan memakan makanan mentah seperti ulam atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus terlebih dahulu sebelum digunakan,” katanya.
Mah berkata, orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan perlu segera mendapatkan rawatan.

sumber; Metro
Apa itu Rotavirus

Rotavirus merupakan penyebab utama cirit-birit teruk sehingga menyebabkan tubuh menjadi kontang (dehidrasi/tidak cukup air dalam tubuh badan) di kalangan bayi. Ia bertanggungjawab kepada hampir sebahagian besar kes cirit-birit teruk yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital.

Adalah dianggarkan, hampir semua kanak-kanak di serata dunia akan mengalami episod gastroenteritis rotavirus. Seorang daripada lima kanak-kanak akan membuat lawatan ke pakar perubatan manakala seorang daripada 65 kanak-kanak akan dimasukkan ke hospital dan seorang daripada 293 pesakit akan mati.

Gejala-gejala

Lumrahnya, gastroenteritis menyebabkan muntah dan cirit-birit. Untuk menentukan punca-puncanya, pakar perubatan mesti menanyakan sama ada kanak-kanak itu terdedah kepada salah satu punca jangkitan (makanan, minuman atau haiwan), tempoh dan jenis tanda-tandanya, kekerapan muntah atau episod cirit-birit, dan usia kanak-kanak.

Tanda-tanda jangkitan rotavirus merangkumi demam, sakit perut, muntah dan cirit-birit berair. 

 Cirit-birit boleh menjadi ringan, sederhana atau serius dan boleh berlanjutan sehingga sembilan hari. Cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dehidrasi.

Penularan Rotavirus

Bentuk utama jangkitan ialah dari najis ke mulut. Disebabkan oleh keadaan virus ini yang stabil dalam persekitaran, jangkitan boleh berlaku selepas minum air atau makan makanan tercemar dan melalui sentuhan dengan permukaan yang telah dijangkiti.

Seperti penyakit-penyakit mudah berjangkit lain, Rotavirus disebarkan daripada seorang ke seorang lain (daripada individu yang dijangkiti ke individu sihat) atau melalui pengambilan air atau makanan tercemar, atau bersentuhan dengan permukaan yang aktif dengan virus tersebut (seperti lampin, mainan, atau bantal).

Malangnya, membasuh tangan dengan betul sahaja ada kalanya tidak mampu mencegah jangkitan rotavirus kerana ia kebal terhadap kebanyakan jenis sabun dan langkah-langkah menjaga kebersihan.

Jangkitan masih boleh berlaku walaupun pada kawasan-kawasan yang mempunyai tahap kebersihan yang sepatutnya. Ini mencadangkan bahawa perbezaan dalam persekitaran (air, kebersihan dan sanitasi) tidak mempengaruhi insidennya.

Umur yang berisiko tinggi


Hampir semua kanak-kanak dijangkiti oleh gastroenteritis rotavirus dalam tempoh awal kehidupan mereka, peringkat di mana mereka mudah diserang penyakit tersebut.

iNFO Rotavirus:

* Menjangkiti 95 peratus kanak-kanak yang berumur kurang lima tahun

* Biasa menjangkiti kanak-kanak berumur antara empat dan 36 bulan. Kumpulan ini mudah terdedah dan berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk sehingga perlu dimasukkan ke hospital

* Melibatkan semua kanak-kanak dari sebarang etnik, budaya dan sosioekonomi.

* Ia merupakan punca kematian kira-kira 440,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.

Komplikasi

Rotavirus boleh berubah menjadi komplikasi yang teruk dalam masa yang singkat memandangkan jangkitan virus ini yang boleh menyebabkan kehilangan bendalir badan yang banyak.

Jika jangkitan rotavirus tidak ditangani segera, ia boleh mendatangkan akibat yang serius seperti penyahhidratan yang boleh menyebabkan hipovolemia (suatu gangguan yang memperlihatkan jumlah darah yang beredar makin berkurangan), kegagalan peredaran darah malah, kematian.

Kanak-kanak lebih berisiko mendapat komplikasi serius dan kematian akibat jangkitan rotavirus berbanding orang dewasa.

Apabila digabungkan muntah yang kerap, cirit-birit yang berpanjangan boleh menyebabkan penyahhidratan serius dan membahayakan.

Kanak-kanak yang tidak mendapat terapi penghidratan mulut ataupun intravena bagi kes-kes yang lebih serius, mahupun jagaan hospital, boleh mati kerananya.

Apakah yang patut dilakukan dalam tempoh jangkitan?

* Berhati-hati dengan tanda-tanda awal penyahhidratan iaitu hilang selera makan, mulut kering dan kerengsaan

* Kerap membekalkan cecair kepada kanak-kanak yang dijangkiti untuk menggantikan kehilangan bendalir dalam badan ekoran muntah dan cirit-birit.

Apabila kanak-kanak dijangkiti rotavirus dan berada dalam peringkat serius, menjadi satu perkara biasa jika pesakit muntah dan cirit-birit sebanyak 20 kali sehari.

Sehubungan itu, adalah perlu untuk memasukkan kanak-kanak terbabit ke hospital bagi dibekalkan cecair secara intravena (suntikan dalam pembuluh darah).

Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus biasanya mendapat rawatan sokongan bagi mengawal gejala-gejala dan komplikasi penyakit itu. Penyahhidratan selalunya dikawal melalui terapi rehidrasi/penghidratan semula melalui mulut.

Bila perlu berjumpa doktor

* Jika kanak-kanak gagal mengekalkan kandungan cecair bagi tempoh lebih 24 jam

* Jika kanak-kanak terbabit ternyahhidrat

* Jika muntah-muntah lebih daripada tiga jam

* Kanak-kanak yang dijangkiti itu mestilah tidak diberikan sebarang ubat-ubatan untuk menghentikan cirit-biritnya kecuali yang diarahkan oleh pakar perubatan.


PETIKAN DARI KOSMO, AHAD

KUALA LUMPUR - Wabak Acute Gastroenteritis (AGE) atau penyakit berjangkit bawaan air dan makanan yang mengakibatkan dua bayi maut di Perak baru-baru ini dipercayai berpunca daripada paip air yang tercemar.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagaimanapun pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian itu.

"Mungkin saluran paip di kawasan terlibat telah tercemar dan sebab itu kita tidak menerima laporan kes jangkitan AGE di kawasan-kawasan lain," katanya selepas merasmikan Program Kesihatan Rakyat Parlimen Gombak di K.Klub, Taman Melawati di sini semalam. Turut hadir Pengerusi Kelab Veteran Utusan Melayu, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail.

Tiong Lai berkata, siasatan akan turut dibuat terhadap kemungkinan wabak itu berpunca dari Loji Pembersihan Air Bukit Temoh, Tapah yang menyalurkan air di Hilir Perak dan Batang Padang.
"Setakat ini, wabak itu masih terkawal dan hanya dikesan di kawasan terbabit," katanya.

INFO LANJUT, APA ITU VIRUS ROTAVIRUS

Bayi berisiko tinggi dijangkiti rotavirus

JANGKITAN rotavirus menjadi punca gejala cirit birit dan muntah yang teruk di kalangan kanak-kanak dan bayi. Malah di seluruh dunia, dianggarkan 600,000 kanak-kanak pada purata usia 1.29 tahun maut setiap tahun akibat gastroenteritis dengan purata seorang kanak-kanak maut setiap satu minit.


Kira-kira 28 peratus kes berlaku di kalangan kanak-kanak berusia lima bulan ke bawah dan 43 peratus bayi berusia antara enam dan 11 bulan.


Kajian di dalam negara pula menunjukkan seorang daripada 61 kanak-kanak berusia di bawah lima tahun dimasukan ke hospital, manakala seorang daripada 37 kanak-kanak mendapat rawatan pesakit luar akibat penyakit rotavirus.


Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Klinikal dan Hal Ehwal Perubatan GlaxosmithKline Singapura dan Malaysia, Dr. Teoh Yee Leong berkata, setiap tahun seramai 23,000 pesakit mendapatkan rawatan di hospital akibat jangkitan rotavirus dan lebih satu pertiga perlu dimasukan ke hospital.


Rotavirus berada di mana-mana dan bayi menghadapi risiko jangkitan yang paling tinggi. Bayi yang dijangkiti mengalami demam, muntah-muntah dan cirit-birit antara 10 hingga 20 kali sehari.


Gastroenteritis rotavirus boleh menjadi serius secara tiba-tiba dan menyebabkan penyahhidratan, katanya.


Sementara itu, menurut Pakar Pediatrik Penyakit Berjangkit, Fakulti Perubatan Universiti Nasional Mexico, Dr. Raul Velasquez, cirit-birit akibat rotavirus biasanya dialami selama tiga hingga sembilan hari, tetapi boleh berlarutan sehingga tiga minggu.


Katanya, rotavirus cepat berjangkit daripada seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak lain.


Misalnya ia berpunca daripada najis yang mencemarkan air atau makanan dan sentuhan pada permukaan sesuatu objek seperti barang permainan.


Virus ini boleh bertahan berjam lamanya pada tangan dan beberapa hari di atas permukaan keras. Apabila dijangkiti, kanak-kanak biasanya mengalami cirit birit berair antara 10 hingga 20 kali sehari, muntah, demam selama dua hingga tiga hari, sakit abdomen dan mengalami dehidrasi,"Katanya


Beliau berkata, rotavirus cepat merebak walaupun mengamalkan tabiat kebersihan seperti mencuci tangan dan sebagainya.


Bagaimanapun katanya, gejala tersebut kini boleh dicegah dengan Rotarix, satu-satunya vaksin rotavirus secara oral dua dos.

ARTIKEL LAIN BERKAITAN VIRUS ROTAVIRUS

 SETIAP lima minit, empat kanak-kanak atau bayi berumur kurang daripada lima tahun meninggal di seluruh dunia akibat cirit-birit akut sehingga menyebabkan penyahhidratan/dehidrasi yang teruk bagi tempoh 1986 hingga 2000.

Setiap tahun, secara global, dianggarkan penyakit tersebut menyebabkan 111 juta kejadian cirit-birit akut yang memerlukan penjagaan di rumah, 25 juta lawatan ke klinik, 2 juta bayi dan kanak-kanak dimasukkan ke hospital, dan 440,000 kematian.

Mereka adalah mangsa penyakit Gastroenteritis Rotavirus (GR) yang disifatkan seorang pengamal perubatan sebagai penyakit yang serius dan sukar dijangkakan.

Pensyarah Perubatan Gastroenterologi dan Hepatologi Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Chai Pei Fan berkata demikian kerana kanak-kanak mungkin mendapat jangkitan ini tanpa menampakkan gejala manakala yang lain pula mungkin mengalami gastroenteritis (keradangan gaster dan usus) yang mengakibatkan dehidrasi.

Dalam pada itu, Dr. Chai menyatakan, beberapa gejala jangkitan GR termasuklah demam dan muntah-muntah diikuti cirit-birit berair yang banyak.

Kanak-kanak yang dijangkiti oleh GR yang teruk mengalami cirit-birit atau muntah-muntah lebih 20 kali sehari. Keadaan ini boleh berlarutan selama tiga hingga sembilan hari,'jelasnya sambil menegaskan, kehilangan bendalir tubuh yang banyak boleh membawa maut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penyakit GR mudah tersebar melalui laluan najis, mulut dan pencemaran makanan oleh najis dan transmisi/pemindahan virus tersebut dari tangan ke mulut.

Sejumlah besar virus ini disingkirkan dalam najis daripada pembawa yang terjangkit (mereka yang dijangkiti virus GR menyebarkan virus berkenaan melalui najisnya).

Selain itu, virus yang tahan lasak itu berupaya hidup dan aktif selama berminggu-minggu pada pakaian, permukaan lantai dan alat permainan kanak-kanak.

Atas sebab itulah, menurut Dr. Chai, ia sering menjangkiti bayi dan kanak-kanak dalam lingkungan umur enam hingga 24 bulan kerana golongan ini kerap memasukkan jari atau mainan yang tercemar ke dalam mulut.

Ditanya tahap kesedaran masyarakat negara ini terhadap GR, beliau menyifatkannya sebagai rendah. 


Tambahnya, "Penyakit tersebut tidak memilih mangsanya. Ia berlaku di negara yang maju dan juga negara-negara membangun, tanpa mengira tahap kebersihan dan sanitasi".

2 comments:

mamawana said...

Assalamualaikum,

Mcm2 jenis penyakit merebak melalui air skrg ni. Takut betul. Itu yg geli nak minum air yg tak dimasak. Pernah suatu ketika 6-7 tahun lalu Sg Langat dicemari najis Khinzir dan loji najis yg melimpah. Kat rumah KL seminggu mandi dan minum tapi hairan naper yg dah mandi tapi badan berbau busuk. Rupa2nya air empangan tercemar sekadar ditambah klorin. Sejak tu beli water treatment Zhulian walau mahal ribuan ringgit tapi lebih yakin dgn air di rumah sendiri. Utk kebaikan seisi keluarga kan. Hati2 jaga kesihatan keluarga kita kan.

ummu said...

waalaikumussalam mamawana
ya allah akak pun lalui pengalaman tu ya?
begitulah pentingnya water treatment ni kan kak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design