Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, February 23, 2012

Isu FELDA, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd,

FELDA tetap disenarai, Isu FELDA, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd,



WARGA FELDA mendengar taklimat mengenai penyenaraian FGVH daripada Isa di ibu negara, semalam.
Syarikat tujuan khas lindungi kepentingan 220,000 ahli koperasiSyarikat tujuan khas lindungi kepentingan 220,000 ahli koperasi

KUALA LUMPUR: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia akan diteruskan tanpa pembabitan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd (KPF) dengan jaminan untuk tetap menjaga kepentingan peneroka.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad , berkata bagi tujuan itu, FELDA akan membentuk sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang akan melindungi kepentingan 220,000 ahli koperasi, termasuk 112,635 peneroka dan bakinya staf koperasi serta anak peneroka,.

“Memandangkan keuntungan yang bakal diterima daripada penyenaraian itu kelak tidak boleh disalurkan kepada KPF, syarikat itu akan mengambil peranan berkenaan dan memastikan peneroka mendapat manfaat secara terus, selain keuntungan yang bakal diraih sepanjang aktiviti perniagaannya pada masa depan.

“Peneroka tidak perlu bimbang nasib dan masa depan mereka kerana durian runtuh serta faedah yang bakal diperoleh daripada penyenaraian FGVH tetap diberi seperti dijanjikan,” katanya sambil menambah struktur dan pegangan syarikat itu dalam FGVH diumumkan sebelum penyenaraian nanti.


Isa berkata demikian pada taklimat media, semalam susulan pembatalan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF yang dijadual berlangsung di sini, kelmarin. Mesyuarat dibatalkan berikutan perintah Mahkamah Tinggi Kuantan pada 17 Februari lalu membenarkan injunksi sementara oleh lapan peneroka untuk menghalang KPF daripada memindahkan 51 peratus sahamnya dalam Felda Holdings Bhd (FHB) dan 10 anak syarikat miliknya kepada FGVH.





Mesyuarat agung khas itu diadakan bagi meluluskan usul cadangan pelupusan pegangan KPF bagi membolehkan pemindahan aset perniagaan milik koperasi kepada FGVH. Sebagai timbal balas, KPF diberi hak eksklusif sebagai pemegang saham terbesar iaitu 37 peratus.


Berikutan halangan oleh lapan peneroka itu, penyertaan KPF dalam cadangan tawaran awam permulaan (IPO) FGVH dibatalkan.

Isa juga menjelaskan FGVH adalah syarikat dimiliki 100 peratus oleh kerajaan dan keputusan menyenaraikannya terletak di tangan Lembaga Pengarah FELDA dan menteri yang bertanggungjawab terhadap FELDA dan bukan KPF.

“Cadangan penyenaraian FGVH penting dalam memastikan generasi FELDA akan datang serta ahli KPF tidak terlalu bergantung kepada harga minyak sawit yang turun naik. Apabila disenarai, FGVH dimantapkan dengan portfolio global yang pelbagai dan bersepadu dengan pulangan jangka panjang yang kukuh.

“Cadangan penyenaraian ini memberi banyak faedah jangka pendek dan panjang kepada KPF dan ahlinya, namun kita menghormati keputusan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif KPF, Mazlan A Talib ketika dihubungi, berkata pihaknya hanya akan memberi maklum balas berhubung perkara itu selepas perbicaraan berhubung permohonan injunksi itu pada 8 Mac ini.

“Saya tidak boleh memberi maklum balas kerana perintah injunksi dikeluarkan mahkamah,” katanya.  (Berita Harian)

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design