Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Wednesday, February 01, 2012

Subhanallah, Cahaya Dari Ribut Solar

Subhanallah, Northern Light, 
Cahaya Dari Ribut Solar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walupun terlambat menyiarkan entry ini, saya ingin menyiarkan entry ini sebagai rujukan bersama.

Northern Light juga di kenali sebagai Aurora Borealis adalah sebahagian daripada cebisan elektron bersama dengan medan magnetik besar yang terlepas di udara akibat ribut solar (Solar Flare) dan akan menghasilkan cahaya terang  yang berwarna seperti cahaya lampu fluoresent.

Laporan berita menyebut bahawa ribut solar terbesar dalam tempoh 6 tahun telah berlaku pada hari Selasa, 24 Januari 2012. Kesan daripada ribut solar tersebut telah menghasilkan cahaya menakjubkan di langit Hemisfera Utara dinyalakan langit di atas Scotland, Kanada dan Norway.

Hamburan partikel bertenaga tinggi (Coronal Mass Ejection) dari gelombang ribut matahari selasa lalu telah menghasilkan pemandangan yang mengkagumkan di langit di sebahagian besar kawasan di hemisfera utara. Gelombang elektromagnetik yang menembusi atmosfera telah menghasilkan fenomena cahaya berwarna-warni yang dikenali sebagai Aurora Borealis atau Northern Lights.


Kumpulan pengkaji astronomi serta pelancong tidak melepaskan peluang untuk melihat pemandangan yang jarang-jarang berlaku tersebut. Ada antara mereka yang sanggup menyewa kapal persiaran untuk melihat lebih jelas fenomena aurora tersebut di bahagian utara negara Scandinavia.

Inilah yang terjadi hasil dari ribut solar yang berlaku pada hari Ahad 22 Januari 2012, yang boleh di lihat di ruang angkasa Kiruna, Swedan. Kemunculan cahaya ini memang telah dijangka oleh peminatnya yang tersendiri yang telah sedia menanti sebaik sahaja mengetahui berlakunya ribut solar Ahad lepas.

Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan semasa kajadian ribut solar berlaku.













 
In this photo taken Sunday, Feb. 13, 2011, the aurora borealis, or northern lights, light up the sky above the village of Grotfjord, near Tromso, northern Norway.


SUMBER; KLIK DI SINI, DAN DI SINI

4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ummu

Subhanallah...
menabjubkan

Nida said...

As-salam Ummu..

Subhanallah..

Moga manusia dapat ambil pengajaran daripada peristiwa ini..

farahtaufik said...

subhanallah

ummu said...

Waalaikumussalam Atuk
indah ciptaan Allah kan Atuk.

waalaikumussalam Nida
begitulah yg diharapkan, kan Nida.pasti Allah jadikan ini semua tidak sia2.

Farahtaufik
semua ni tanda kekuasaan Allah kan Farah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design