Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Monday, February 13, 2012

Jangkitan AGE, sampel air dari 24 kawasan dikaji

Kes Jangkitan AGE, sampel air dari 24 kawasan dikaji





Mungkin salah satu cara mengatasi penyakit AGE, yang juga salah satu penyakit menular/ berjangkit ialah sama-sama menjaga kebersihan. 
 
Kebersihan diri sendiri, rumah, persekitaran, tempat tinggal, tandas, dan di mana-mana sahaja...

Jangan buang sampah ke dalam sungai dan sistem perparitan kita sesuka hati. 
Kasihan ikan dan hidupan air yang nak hidup kat dalam tu kan. 


Kini, telah ada Sanitiser Tangan Halal Thoyyiba, diperbuat daripada campuran air zam zam berharga RM 3.90. 
Untuk makmulat lanjut sila ke sanitiser-tangan-dengan-air-zam-zam


JOM KITA JAGA KEBERSIHAN!


142 Lagi Kes Jangkitan AGE Dikesan Di Perak 
 
IPOH: Sebanyak 142 lagi kes jangkitan akut gastroenteritis (AGE) dikesan di Perak pada Ahad semalam, menjadikan jumlah keseluruhannya 2,686 kes.

"Setakat ini jumlah keseluruhan kes di Hilir Perak sebanyak 1,730 manakala di Batang Padang sebanyak 956 kes," katanya ketika dihubungi, Ahad.

Jumaat lepas, dua bayi masing-masing berusia dua bulan dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes AGE.


GENTING HIGHLANDS: Keputusan awal mengenai punca kejadian jangkitan akut gastroenteritis (AGE) yang berlaku di kawasan Batang Padang dan Hilir Perak di Perak dijangka diketahui esok pagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata pihaknya sedang berkerja keras untuk mengenal pasti punca kejadian dengan sepasukan anggota telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk mengambil kira-kira 1,000 liter contoh air dari 24 kawasan yang dikenal pasti bagi dianalisa dan dikaji.

"Setakat ini keadaan adalah terkawal dan tidak ada kes baru yang dilaporkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina bersama 500 kanak-kanak dan warga tua daripada 13 sekolah dan rumah kebajikan dalam kawasan Parlimen Bentong di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, Ahad.

Kejadian wabak itu yang berlaku sejak akhir bulan lepas mengakibatkan dua kematian dan demam ke atas lebih 2,200 orang kanak-kanak.

Rotavirus, sejenis virus dalam air adalah punca paling biasa penyebab kepada cirit-birit di kalangan bayi dan kanak-kanak.

Dalam pada itu, Liow berkata kementeriannya akan menimbang kemungkinan untuk menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan membiak jentik-jentik Aedes sehingga RM500 bagi satu kesalahan berbanding RM100 ketika ini.

Langkah itu katanya, bagi menangani peningkatan mendadak jumlah kes denggi yang dilaporkan untuk tempoh dua bulan pertama tahun ini.

"Sehingga hari ini sebanyak 2,854 kes denggi telah dikenal pasti dengan 11 kematian direkodkan, peningkatan ketara berbanding 2,781 kes dan enam kematian bagi tempoh sama tahun lepas.


"Jika ia berlarutan kementerian tiada pilihan lain selain meningkatkan kompaun tetapi setakat ini kami belum membuat sebarang keputusan mengenainya," katanya.
Liow berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat bilangan tertinggi iaitu 1,271 kes, hampir 50 peratus dari keseluruhan kes yang direkodkan dan kadar tersebut jauh berbeza berbanding Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di tempat kedua dengan 313 kes.

Beliau berkata penguatkuasaan sedemikian pernah dilakukan kementerian itu pada tahun 2010 di mana tindakan tegas menaikkan kompaun kepada RM500 telah membantu mengurangkan kadar peningkatan kes denggi yang pernah mencapai 1,000 kes seminggu ketika itu.

"Kita bukan nak ambil penalti terhadap sesiapa. Kementerian Kesihatan bukan nak penalti orang. Kita nak nasihatkan mereka tetapi kadang-kadang orang tidak mahu dengar.
"Sekarang bila kita turunkan kepada kadar biasa jumlah kes kembali meningkat dan untuk itu kita seru orang ramai mengambil tindakan segera kerana jika tidak kementerian mungkin terpaksa meningkatkan kadar kompaun," katanya.

Liow berkata kementeriannya juga akan mengukuhkan lagi gerakan "Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku" (COMBI) termasuk untuk menambahkan bilangan anggota, dana serta latihan.
Gerakan itu kini dianggotai oleh 2,000 sukarelawan dan terbukti berkesan dalam usaha melawan denggi, katanya.

Pelancaran semula COMBI peringkat kebangsaan telah dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun lepas dengan anggotanya terdiri daripada kalangan penduduk di sesuatu kawasan yang bertujuan memudahkan usaha memerangi Aedes di kawasan berkenaan. - BERNAMA

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design