Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Sunday, February 12, 2012

Lagi, Paus terdampar

Paus terdampar, spesis ikan paus belum dikenal pasti


KOTA KINABALU: Jabatan Perikanan negeri masih menjalankan siasatan mengenal pasti spesies bangkai ikan paus ditemui terdampar di Pulau Mengalum, Khamis lalu.

Sepasukan sembilan kakitangan jabatan berkenaan diketuai Irman Isnain dihantar bagi menyiasat penemuan bangkai haiwan mamalia berkenaan dan mengenal pasti spesiesnya.

Bagaimanapun, Irman berkata, pihaknya berdepan kesukaran kerana bangkainya reput, namun siasatan masih dilakukan.

“Kita tidak dapat menentukannya kerana didapati ada 12 spesies jenis Baleen bagi paus dan setakat ini belum mempunyai cadangan bagaimana menguruskan bangkainya.

“Dalam masa sama, pihak kami belum dapat mengesahkan bila paus ini mati tetapi berdasarkan maklumat kakitangan resort dan penduduk berhampiran, ia mungkin mati dalam tempoh dua hingga tiga minggu lalu,” katanya.

Sumber berita dan Gambar dari Metro.

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ummu

payah juga nak mengenalpasti jenis ikan paus tu yer

ummu said...

waalaikumussalam Atuk
kena buat kajian le diorang...kan atuk


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design