Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Tuesday, February 21, 2012

Kerana Harta, keluarga putus saudara

Kerana Harta, keluarga putus saudara

Allah Ta’ala di dalam firmannya, :  

"Sesungguhnya harta-harta dan anak-anakmu adalah fitnah (cubaan bagimu); dan pada sisi Allahlah pahala yang besar." (at-Taghaabun : Ayat 15) 

dan firman Allah SWT lagi, : "Hai orang-orang yang beriman! Janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu mengingat kepada Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka mereka termasuk orang-orang yang rugi". (al-Munafiqun : Ayat 9).

KERANA HARTA PUSAKA MANUSIA MENJADI GILA 


Menurut sumber dari sebuah akhbar Mac 2011 lalu, di katakan hampir RM 42 billion harta yang tidak dituntut. Satu jumlah yang banyak. Apakah yang menyebabkan harta tersebut tidak dituntut. 

Banyak sebab yang menyumbang pada keadaan itu dan antaranya ialah harta tidak berwasiat, perbalahan waris, penipuan waris dan kekurangan tenaga untuk menyelesaikan kes.

LEBIH MUDAH TANPA WASIAT

Menurut Saifuldin Abdul Aziz, Penolong Pengarah Seksyen Pembahagian Pusaka, Selangor Utara yang berpengalaman selama 13 tahun menguruskan harta pusaka, beliau meluahkan, ibu bapa tidak perlu susah-susah untuk menamakan harta kepada anak-anak. Jika ada anak lelaki dan perempuan maka membuat wasiat bukanlah satu keperluan yang mendesak. 

Sebaliknya jika tidak mempunyai zuriat, wasiat adalah satu perkara yang penting. Harta yang ditinggalkan perlu diwasiatkan kepada penerima yang layak.


" Tidak perlu ada wasiat, sebab apa yang saya tengok wasiat yang ada didalam pasaran hari ini adalah wasiat untuk ditinggalkan harta kepada isteri dan anak-anak. Sebenarnya tidak perlu wasiat sekadar untuk waris yang disebut didalam faraid.

 Wasiat yang paling baik apabila kita hendak tinggalkan harta pada surau, kebajikan, amal jariah, wakaf dan anak yatim. Ini wasiat yang akan menyambung amal jariah kita setelah mati kelak. Ataupun ada adik-beradik yang susah dan ada anak saudara kita boleh wasiatkan kepadanya supaya hidupnya boleh berubah."

Wasiat tidak laku selagi tidak disahkan oleh Mahkamah Syariah. Nampak memang cantik bila ada wasiat, tetapi kita tidak fikir hal sebaliknya. Banyak kes yang datang ke pejabat tanah menunjukkan surat wasiat untuk menuntut harta yang ditinggalkan oleh si mati. Pejabat tanah hanya mengikut apa yang Mahkamah Syariah telah tetapkan berkenaan wasiat itu.

Memang tidak dinafikan wasiat masih ada manfaatnya cuma waris terpaksa melalui satu proses birokrasi lain yang lebih rumit dan panjang. Lebih baik tidak perlu ada wasiat. Bincang adik-beradik baik-baik, lebih selamat di dunia dan akhirat.

Sebenarnya kita bukan sahaja bercerita mengenai pembahagian harta pusaka saja tetapi kena mempersoalkan juga keberkatan harta.

Tidak ada nilainya jika kita dapat harta tetapi dengan cara yang tidak baik. Penipuan terjadi apabila kita lupa tentang keberkatan harta. Kebanyakkan orang hanya takut undang-undang dunia dan tidak pada akhirat.


Sumber : Majalah Al Islam keluaran April 2011.

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design