Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Tuesday, February 14, 2012

Jenis Penyakit, yang Dibenar keluar caruman KWSP

36 penyakit dibenar keluar caruman KWSP


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita ini telah lama disiarkan pada tahun 2010 lagi. Tetapi, disebabkan wordpress saya ada masalah, saya published di sini pula sebagai kemudahan buat rujukan.

Pengeluaran Kesihatan KWSP - Senarai 55 Penyakit Kritikal  dan turut membenarkan ahli membeli peralatan bantuan kesihatan untuk penyakit tersebut berkuatkuasa 15 Julai 2011.


Kali terakhir KWSP memperluaskan senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 13 ke 39 pada 15 Jun 2010.

Pada 2011


PENGELUARAN KESIHATAN KWSP / EPF HEALTH WITHDRAWAL:
SENARAI 55 PENYAKIT KRITIKAL / LIST OF 55 CRITICAL ILLNESSES

1. Anemia Aplastik / Aplastic Anaemia
2. Sindrom Apalik / Appalic Syndrome
3. Penyakit Alzheimer / Alzheimer’s Disease
4. Tumor Otak Benigna / Benign Tumour of the Brain
5. Buta / Blindness
6. Kanser / Cancer
7. Kardiomiopati / Cardiomyopathy
8. Penyakit Hati Kronik / Chronic Liver Disease
9. Penyakit Paru-Paru Kronik / Chronic Lung Disease
10. Koma / Coma
11. Penyakit Arteri Koronari / Coronary Artery Disease
12. Pekak / Deafness
13. Ensefalitis / Encephalitis
14. Hepatitis Virus Fulminan / Fulminant Viral Hepatitis
15. Serangan Penyakit Jantung / Heart Attack
16. Penggantian Injap Jantung / Heart Valve Replacement
17. Kegagalan Buah Pinggang / Kidney Failure
18. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri / Loss of Independent Existence
19. Hilang Kebolehan Bertutur / Loss of Speech
20. Kelecuran Parah / Major Burns
21. Trauma Utama Di Kepala / Major Head Trauma
22. Pemindahan Organ Utama / Major Organ Transplant
23. Penyakit Medulari Sistik / Medullary Cystic Disease
24. Meningitis / Meningitis
25. Penyakit Neuron Motor / Motor Neurone Disease
26. Sklerosis Berganda / Multiple Sclerosis
27. Distrofi Otot / Muscular Dystrophy
28. Kelumpuhan / Paralysis
29. Penyakit Parkinson / Parkinson’s Disease
30. Poliomielitis / Poliomyelitis
31. Pulmonari Primer / Primary Pulmonary
32. Strok/Angin Ahmar / Stroke
33. Pembedahan Aorta / Surgery to Aorta
34. Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) Dengan Lupus Nephritis / Systemic Lupus Erythematosus (SLE) with Lupus Nephritis
35. Penyakit Membawa Maut / Terminal Illness
36. Hilang Upaya Kekal / Total Permanent Disability
37. Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik Teruk (COPD) / Emfisema / Severe Chronic Obstructive Pulmonary Disease(COPD) / Emphysema
38. Hipertensi Pulmonari Sekunder / Secondary Pulmonary Hypertension
39. Bronkiektasis / Bronchiectasis
40. Fibrosis Paru-paru / Lung fibrosis
41. Apnoea Tidur Obstruktif / Obstructive Sleep Apnoea
42. Penyakit Radang Usus Kronik / Chronic Inflammatory Bowel Disease
43. Kalkuli Ginjal Memerlukan Intervensi Pembedahan / Bilateral Renal Calculi Requiring Surgical Intervention
44. Abnormaliti Urinari Kongenital Memerlukan Intervensi Pembedahan Segera dan Major / Congenital Urinary Abnormalities Requiring Urgent and Major Surgical Intervention
45. Sklerosis Sistemik Dengan Hipertensi Pulmonari / Systemic Sclerosis with Pulmonary Hypertension
46. Limfoma / Lymphoma
47. Talesemia Major Memerlukan Agen Pengkelat / Thalassaemia Major Requiring Chelating Agent
48. Pemindahan Sel Stem Hematopoetik / Hematopoetic Stem Cell Transplantation
49. Sindrom Imuno-defisiensi Perolehan (AIDS) / Acquired Immuno-deficiency Syndrome (AIDS)

Senarai 3 Jenis Penyakit Mental / List of 3 Mental Illnesses:

50. Skizofrenia / Schizophrenia
51. Mood Bipolar / Bipolar mood
52. Kemurungan Major / Major depression

Tambahan 3 penyakit kritikal bagi ahli/keluarga ahli berumur di bawah 16 tahun / Additional 3 critical illnesses for members and family members below the age of 16:

untuk merawat anggota keluarga di bawah usia 16 tahun, pengeluaran bersama boleh dilakukan dengan anggota keluarga lain bagi menampung perbelanjaan rawatan perubatan bergantung kepada jumlah bakid alam Akaun 2 dan jumlah keseluruhan rawatan.

Inii termasuk  anggota keluarga termasuk suami atau isteri, anak-anak, anak tiri atau anak angkat yang sah di sisi undang-undang, ibu bapa, mentua, ibu bapa tiri atau ibu bapa atau adik-beradik angkat yang sah di sisi undang-undang.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web http://www.KWSP.gov.my atau menghubungi 03-89226000 atau berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP 


Pada 2010


Berikut adalah senarai 36 penyakit kritikal iaitu Anemia Aplastik,Sindrom Appalik, Alzheimer, Tumor Otak Benigna, Buta, Kanser, Kardiomiopati, Penyakit Hati Kronik, Penyakit Paru-Paru Kronik, Koma, Penyakit Arteri Koronari, Pekak, Ensefalitis, Hepatitis Virus Fulminan, Serangan Penyakit Jantung, Penggantian Injap Jantung, Kegagalan Buah Pinggang dan Kehilangan Upaya Hidup Sendiri.

Penyakit lain ialah:

Kebakaran Parah, Trauma Kepala Utama, 

Pemindahan Organ Utama,Penyakit Medullary Cystic, Meningitis, Penyakit Neuron Motor, Sklerosis Berbilang, Distrofi Otot, Kelumpuhan, Penyakit Parkinson, Poliomielitis, Pulmonari Utama, Strok atau Angin Ahmar, Pembedahan Aorta, Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) Dengan Lupus Mephritis, Penyakit Membawa Maut dan Hilang Upaya Kekal.



36 penyakit dibenar keluar caruman KWSP


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini membenarkan pengeluaran meliputi lebih banyak lagi penyakit kritikal membabitkan anggota keluarga berusia bawah 16 tahun sama ada disebabkan penyakit atau kemalangan.  Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Azlan Zainol berkata, senarai penyakit kritikal itu sudah ditambah daripada 13 kepada 36.

“Senarai baru itu mengambil kira kos signifikan diperlukan bagi merawat penyakit kritikal ini dan bertujuan membantu ahli menyelesaikan sepenuhnya atau mengurangkan beban kewangan mereka ketika menjalani rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
 

Beliau berkata, untuk merawat anggota keluarga di bawah usia 16 tahun, pengeluaran bersama boleh dilakukan dengan anggota keluarga lain bagi menampung perbelanjaan rawatan perubatan bergantung kepada jumlah bakid alam Akaun 2 dan jumlah keseluruhan rawatan.

Inii termasuk  anggota keluarga termasuk suami atau isteri, anak-anak, anak tiri atau anak angkat yang sah di sisi undang-undang, ibu bapa, mentua, ibu bapa tiri atau ibu bapa atau adik-beradik angkat yang sah di sisi undang-undang.
Semua pengeluaran bergantung kepada kesahihan laporan perubatan, bil serta resit yang tidak melebihi tempoh setahun dari tarikh borang pengeluaran dikemukakan dan mestilah atas nama pesakit atau pemohon.

Pengeluaran tidak dibenarkan bagi penyakit di luar senarai yang diluluskan atau apabila kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan anggota berkenaan atau majikan anggota keluarga terbabit.

Mereka yang menerima rawatan kesuburan atau rawatan alternatif seperti perubatan tradisional atau akupuntur adalah tidak layak menikmati pengeluaran ini.

Berikut adalah senarai 36 penyakit kritikal iaitu Anemia Aplastik,Sindrom Appalik, Alzheimer, Tumor Otak Benigna, Buta, Kanser, Kardiomiopati, Penyakit Hati Kronik, Penyakit Paru-Paru Kronik, Koma, Penyakit Arteri Koronari, Pekak, Ensefalitis, Hepatitis Virus Fulminan, Serangan Penyakit Jantung, Penggantian Injap Jantung, Kegagalan Buah Pinggang dan Kehilangan Upaya Hidup Sendiri.
Penyakit lain ialah:

Kebakaran Parah, Trauma Kepala Utama, Pemindahan Organ Utama,Penyakit Medullary Cystic, Meningitis, Penyakit Neuron Motor, Sklerosis Berbilang, Distrofi Otot, Kelumpuhan, Penyakit Parkinson, Poliomielitis, Pulmonari Utama, Strok atau Angin Ahmar, Pembedahan Aorta, Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) Dengan Lupus Mephritis, Penyakit Membawa Maut dan Hilang Upaya Kekal.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web http://www.KWSP.gov.my atau menghubungi 03-89226000 atau berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP.-Bernama

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design