Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Friday, June 01, 2012

Ikan Naga atau Oarfish Ditemui di Kuantan

Ikan Naga atau Oarfish Ditemui di Kuantan

 Zamirul Syafiq (kiri) bersama adik beradiknya dan penduduk kampung memegang ikan,
pelik sepanjang kira-kira dua meter untuk tatapan orang ramai. (Sinar Harian)



Othman bersama empat anaknya menunjukkan ikan aneh 
menyerupai seekor naga ditangkap nelayan pesisir pantai, pagi semalam. (Harian Metro)

Ikan oarfish itu yang ditemui  terdampar di sekitar pantai Jepun.

Laporan Sumber Jabatan Perikanan Pahang Berkaitan Penemuan OarFish:

Kuantan: Sumber Jabatan Perikanan Pahang berkata, ikan yang ditemui itu adalah  sejenis ikan yang selalunya menghuni dasar laut yang berkedalaman 500 hingga 1,000 meter.

Ikan Naga atau Oarfish (Regalecus Russelii) ini jarang ditemui di kawasan pesisir pantai. Bagaimanapun ada kalanya ia akan menghanyutkan diri ke kawasan pantai bila hendak mati.

“Ini kali pertama penemuan ikan ini dilaporkan terdampar di pantai ini dan kita tidak pasti punca sebenar haiwan ini mati," katanya.

Laporan Pengalaman Nelayan Yang Menemui Ikan OarFish di Kuantan:

KUANTAN - “Belum pun hilang rasa pelik selepas terbaca mengenai penemuan ikan ganjil oleh nelayan di Kerteh, Terengganu melalui sebuah akhbar kelmarin, hari ini saya sendiri pula yang menjumpai ikan spesies sama terdampar di Pantai Kampung Sungai Ular di sini,” kata seorang nelayan, Zainuddin Busu, 36.

Ikan pelik yang dipanggil ‘ikan naga’ itu ditemui kira-kira jam 8 pagi ketika dia bersama dua anaknya turun ke pantai untuk memukat ikan.

Zainuddin berkata, anaknya, Zamirul Syafiq, 16 terpandang objek pelik terapung di gigi air ketika mereka menaiki motosikal melalui pesisiran pantai tersebut.

“Pada mulanya kami sangka objek itu ular mati lalu mendekati bangkai tersebut.

“Saya dan anak terkejut apabila mendapati objek berwarna putih itu sebenarnya seekor ikan yang amat ganjil berukuran kira-kira dua meter dan berat dianggar hampir lapan kilogram,” katanya.

Dia berkata, ikan itu ditemui sudah mati tetapi keadaan badan masih baik, tidak busuk atau cedera .

Spesies ganjil

Dia yang membesar dalam suasana perkampungan nelayan di situ mengakui tidak pernah melihat ikan spesies tersebut sebaliknya mengetahui kewujudan ikan tersebut di perairan Pantai Timur melalui akhbar kelmarin.

“Semua nelayan di sini termasuk warga emas yang berpuluh tahun bergelumang dengan ombak mengakui tidak pernah melihat ikan ini,” katanya.

Zainuddin berkata, ikan itu amat ganjil dengan rupa yang agak menakutkan.

“Ikan berwarna putih ini memiliki mata bulat dan besar, mulut besar dengan bibir lembut, mempunyai kulit keras serta tajam seperti pari dan berkepala seperti naga.

“Manakala siripnya berwarna merah dan di kepala serta bawah mulutnya mempunyai sesungut panjang berwarna merah selain bintik tajam di bawah badan,” katanya.

Dia berkata, pada hari sebelumnya dia ada ternampak kelibat seakan ikan besar melibas- libas ekor di satu kawasan berhampiran tempat ikan itu ditemui.

“Pada mulanya saya beranggapan kelibat itu adalah ikan biasa yang besar sedang mengejar anak-anak ikan.

“Saya tidak nampak bentuk ikan itu dengan jelas namun percaya kelibat itu adalah ikan ini,” katanya.

Zainuddin berkata, mungkin ikan itu dari spesies ikan laut dalam yang tersesat ke perairan cetek dan tidak dapat menyesuaikan keadaan di perairan ini menyebabkan haiwan itu mati.

Boleh buat kajian

Dia berkata, dia menolak andaian sesetengah pihak bahawa kemunculan ikan itu mungkin satu petanda akan berlaku sesuatu kejadian di situ.

“Mungkin semua ini hanya satu kebetulan,” katanya.

Katanya lagi, saya belum bercadang untuk menjual ikan ini sebaliknya menunggu pihak Jabatan Perikanan datang melihat ikan ini hari ini (semalam).

“Kalau mereka hendak ambil untuk kajian, saya akan serahkan tapi jika tidak, saya sudi menjual kepada mana-mana pihak berminat.

Sebahagian Laporan Pengalaman Nelayan Yang Menemui Ikan OarFish di Kemaman:
Nelayan dan pembeli di jeti Kuala Kerteh di sini gempar apabila seorang nelayan membawa pulang seekor ikan aneh menyerupai naga, pagi semalam. Ikan ganjil itu mempunyai sesungut panjang berwarna merah di kepala dan bawah mulut serta berduri di bahagian bawah badan, dengan ukuran empat meter panjang dengan berat mencecah sembilan kilogram.
Othman yang berasal dari Kampung Telaga Papan, dekat sini, berkata, dia yang berada di jeti sewaktu nelayan pulang menangkap ikan kira-kira jam 11 pagi terus menyuarakan hasrat untuk membeli ikan itu kerana melihat keunikannya apatah lagi sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat spesies ikan sedemikian.


Othman kemudiannya menyuarakan hasrat membeli ikan aneh itu daripada pemiliknya yang merupakan pemuda dari Kampung Rasau.

“Saya beli kerana ingin tunjukkan kepada penduduk kampung. Sebaik saya membawa pulang ikan ini, ramai jiran tetangga berkunjung ke rumah melihatkan ikan pelik itu.

“Mereka tidak pernah melihat ikan seperti itu walaupun sudah lama tinggal di Kampung Telaga Papan yang terkenal dengan kawasan penangkapan dan pendaratan ikan,” katanya.
 

Fish Detector Earthquake in Japan

Artikel di bawah dipetik daripada http://open.salon.com/blog/robertomancini/2011/11/15/fish_detector_earthquake_in_japan

Fish Detector Earthquake in Japan


The tsunami struck the east coast of Japan on March 11, 2011 ago. The disaster came following a powerful earthquake having a strength of 8.9 on the Richter Scale.

Japan's emergency safety systems,
once the tsunami hit, was using a good warning to the people. However, it would appear that an early warning system was still less rapidly using the warnings delivered through the group of fish OAR (oarfish).
Signs of the disaster, has felt per week before the event with a group of oarfish. Shoal of fish were found stranded around the coasts of Japan, a week before the tsunami swept the new england of Japan.

Incident,
written by dailyonigiri.com page. The page was written, per week before the big earthquake and tsunami, which swept oarfish found many on the mainland coast of Japan and partly caught in fishing nets. Previously, the web pages from the Telegraph also ran an article about oarfish never surfaced prior to the big quake in Chile and Haiti this year ago.

Interestingly, this oarfish allegedly can detect
the appearance of large earthquakes. Can you explain that?

Oarfish normally
reside in the ocean with a depth of 1 km (over 3,000 feet). This very rare fish species found residing in the ocean with a depth of less than 200 meters above sea level. This fish can grow to some length approximately 17 meters (56 feet).
Based on ancient Japanese custom, this fish swam to the surface and beach like a manifestation of coming earthquakes.
In addition, there is also a scientific theory saying the animals tend to be more responsive to proceed to the surface compared to humans.

Some scientists believe the fish
that live in the deep sea is extremely responsive to movement of the world in most cases always precedes an earthquake. However, most seismologists do not see the link between the phenomena of scientific oarfish with earthquakes.

But,
is it possible that the fish know what's going on underneath the surface? In ancient times, if not yet have the sophisticated equipment, the Japanese people have confidence in some fish, especially catfish, as a harbinger from the earthquake disaster.

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Walau apa pun diperkatakan entah mengapa hati kakak terasa bagai ada sesuatu yg perlu kita jadikan pedoman. Allah itu maha mengetahui, pasti ada hikmah disebalik apa yg DIA telah tunjukkan pada kita... bersama kita kuatkan ketaqwaan kita padaNya...

Anonymous said...

Salam Ummu,

Dunia akhir zaman semuanya dah ditunjukkan kepada kita semua.

Maiyah said...

Assalam..
petunjuk dr Allah
sy tukar URL.. dlm blog list cite maiyah dah removed

ummu said...

Kak Zakie
bersama kita kuatkan ketaqwaan kita padaNya.
Amin.amin ya Allah
bukankah Allah menjadikan alam ini untuk kita fikir dan renungkan,kan kak?

ummu said...

waalaikumussalam kak ani
semua itu untuk kita ambil iktibar dan fikirkan,kan kak?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design