Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Wednesday, June 20, 2012

Kadangkala Diam Itu Lebih Baik kan Teman

Kadangkala Diam Itu Lebih Baik kan Teman







Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.


Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.

Dan adakalanya, kita rasa kita tak dapat kongsikan apa-apa dengan kawan kita...
Kita selalu kata, "takde apa-apa"..
tetapi dalam hati kita, hanya Allah yang tahu keperitan yang kita rasa..

Ada perkara kita tak dapat nak ceritakan pada SAHABAT, dan hanya pada Allah kita boleh luahkan..

“Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami ke (syurga) ini kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak menunjukkan kami ..”Al-A`raf : 43


Kadang kala, lebih baik diam daripada menjelaskan apa yang kita rasakan.
kerana menyakitkan ketika mereka bisa mendengar 
tapi tak bisa mengerti apa yang kita maksudkan .... ~

Pastinya seringkali kita berada dalam sifat kelemahan, kelemahan dalam mengahadapi cabaran dalam kehidupan serta  tekanan dalam hari-hari baru kita. Ketahuilah kalian kelemahan itu hakikatnya adalah diri kita.

Lemah, tidak berdaya dan juga sering memerlukan kebergantungan dengan sesuatu yang lain dan pastinya tempat kita bergantung tersebut adalah yang lebih hebat dan agung dari kita jika tidak mana mungkin ia mampu menyalurkan kekuatan dalam diri yang lemah ini.

Tetapi pastinya timbul dalam benak kita semua kan?kepada siapa kita perlu  bergantung dan kepada siapa kita perlu bergantung harap? Lebih hebat dan agung? masyaAllah pastinya Allah SWT  pencipta kita yang Maha Agung, dialah tempat untuk kita luahkan segala keluh resah  dan pada dia lah juga tempat untuk kita menagih simpati serta pertolongan.


Kelemahan jiwa itu bukanlah penyakit yang sebenar tetapi  ianya tanda bahawa hati kita ini sedang lemah pergantungannya kepada Allah swt.  Tetapi apa yang dikesali terdapat manusia yang cuba untuk menafikan kelemahan jiwa itu dengan meningkatkan kekuasaan , kekayaan dan cuba untuk memiliki segalanya, namun mereka tidak mampu untuk merasai ketenangan, kelapangan dan cukup hanya dengan apa yang mereka milik sahaja.

Dikisahkan ada seorang lelaki bertemu Rasuluallah saw dan bertanya:

"Wahai Rasulullah saw, apakah Tuhan kita jauh sehingga kita perlu menyeru Nya, atau adakah Dia dekat sehingga cukup untuk berbisik kepada Nya?”

Maka  turunlah firman Allah:
“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi ( segala perintah Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al-Baqarah : 186

Oleh itu, jika  inginkan pertolongan dari Allah pastinya tiada jalan lain selain ikhtiar adalah perlu untuk tundukkan diri kepada Allah, mohon dan merayulah kepada yang Esa kepada yang sepatutnya.

Memohon pertolongan serta yakin bahawa Allah akan menerima doa kita, dan ingatlah perlunya sangka baik kepada Allah, jika terdetik “ Allah terima ke doa ku ini?” maka begitu sangsilah juga Allah pada kita. Yakin sebenar-benar keyakinan pada Allah bukti pergantungan kita pada Nya.

“Engkau ah sahaja ( Ya Allah) yang kami sembah dan kepada kepada engkaulah sahaja Kami mohonpertolongan.” - Al-Fatihah : 5
Dan ingatlah kalian,
“dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (kesalahan-kesalahanmu)" As-syura : 30

Pergantungan dalam erti kata lain yang terdapat didalam surah al-ikhlas , iaitu;-

“Allah ialah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu.”

Dari segi bahasa, as-samad membawa beberapa makna , antaranya:-
1. Lengkap, Sempurna, Bersih, Keseluruhan , tempat pergantungan
2. Kuasa mutlak yang menguasai segala-galanya
3. Kekuasaan yang tiada bandinganya

Sementara makna yang diterangkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w pula iailah “ Kekuasaan yang sebenar dan mutlak, di mana segala sesuatu bergantung kepadaNya , dan Dia pula tidak bergantung kepada sesiap.” Oleh itu , as Samad , adalah kekuasaan  Allah yang mana segala makhluk bergantung harap kepadaNya untuk hidup di alam ini.

Contoh terdekat yang dapat kita lihat bagaimana kisah pergantungan total 100% Siti Hajar terhadap Allah  setelah beliau bersama anaknya Nabi Ismail ditinggalkan oleh suaminya atas seruhan Allah. Beliau menerima keputusan Allah dengan redha.

Siti Hajar yakin, sekiranya Allah swt yang memerintahkan perkara ini, maka pasti dan pasti Allah swt  lah yang akan menjaga dirinya dan bayinya.
Tidak berapa lama kemudian, iman Siti Hajar diuji lagi. Anaknya, Nabi Ismail a.s yang ketika itu masih bayi menangis-nangis kerana susu ibunya sudah mulai kering, Siti Hajar mulai risau beliau berlari-lari dari bukit Safa kemudian ke bukit Marwah dengan harapan ada bekalan air atau ada manusia yang lalu di kawasan tersebut untuk meminta pertolongan.

Setelah penat berulang alik ke sana ke mari, barulah Siti Hajar berhenti sejenak , pada kali ini, beliau telah melepaskan segala pergantungan kepada makhluk  tidak mengharap lagi kepada air  tidak mengharap lagi kepada manusia. Tetapi, harapannya hanya satu hanya kepada Allah swt sahaja.

Apabila keyakinan Siti Hajar sudah bulat hanya kepada Allah swt 100%, maka barulah Allah swt turunkan pertolongan.  Allah swt telah keluarkan air daripada tanah yang tandus (yang kita panggil air zam-zam) yang tidak pernah terlintas dalam fikiran manusia, bagaimana air boleh keluar di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang mashaAllah Allah Maha Kuasa.

Allah mampu buat apa sahaja bahkan air  tersebut masih ada sehingga kini dan insyaAllah sampai ke hari kiamat..Allahuakbar!

Benarlah kalian, keyakinan kepada Allah Yang Maha Hebat, Yang Maha Besar, terpahat kukuh di dalam hati akan melahirkan pergantungan total 100% kepada Allah sehingga mampu menghasilkan kepasrahan yang tulen apabila berhadapan dengan ujian dan halangan di dalam kehidupan.

2 comments:

Kak iman said...

tapi kadang2 saya susah nk diam
tapi senang gak nk diam
cmne ek

ummu said...

Pohon Hijau
adakalnya memang keita kena cakap
ada kalanya pula
lebih baik kita diam daripada menimbulkan amslaah pula kepada kita dan orang di sekeliling kita
lihat situasi, fikir dan doa pada Allah apa yang terbaik tuk kita lakukan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design