Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Followers
Tuesday, June 19, 2012
Kisah Wanita Tak Jadi Bunuh Diri
Kisah Wanita Tak Jadi Bunuh Diri
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada
ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan
risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai
turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun
menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.
“Pergilah nak dan
berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya
itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam
kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah
tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.
Begitu juga dia akan
mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga”
ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai
jika masih ada risalah di tangannya.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke
mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun
gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan
itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.
Apabila sampai
sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu
sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada
jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali
lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia
mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya
hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa
memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah
akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”.
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu
solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum
selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu.”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun
dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.
“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya
tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda,
sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya
meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam
dunia ini.”
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya
mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan
tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga
menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi
diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya,
siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia
berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali
lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum
pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas
saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah
saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan
suaranya seperti malaikat”.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya
hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa
memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya
dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali
menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu
setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir
menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak
perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah
menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu
ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya
saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang
pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di
dalam neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid
itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir
ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus
memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis
sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah
dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari
apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di
dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air
mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang
penyayang…
****Tak pasti samada coretan ini
sebuah kisah benar atau tidak cuma terdetik di hati: Ya Allah!!
Jadikanlah anak-anakku sehebat kanak-kanak mulia ini, amiiiinnnnn!!
Sumber: http://bersamasuzana.blogspot.com/
Labels:
Alam Dan Manusia,
Kisah Masyarakat,
renungan,
Wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
saya dh bce dlm Gen Q lau xsilap
Oh ye ? akak sekarang ni miss aje gen q.busy dgn anak2 kat rumah.:)
Post a Comment