Wajah Bahagia Anak Kecil....
Sudah lama tidak saya layangkan buah fikiran dan catatan pengalaman sebagai seorang ibu di blog ini. Keterbatasan waktu dan ruang untuk diri sendiri, membuatkan blog ini juga sering terabai. Lalu hari ini kucuba menulis sesuatu, untuk tatapan anak-anakku suatu waktu nanti. Agar mereka mengerti, bahawa bukan ibu mereka tidak sayangkan mereka.......
Kebahagiaan Anak Apabila Ibubapa Ada Di Sisi
Wajah anak-anak tergambar kegembiraan. Satu persatu wajah itu saya renung.
Si abang bermain bersama dengan si adik. Sebentar tadi, selepas selesai solat Zuhur berjamaah, mereka makan bersama ibu dan bapa.
Berat badan si abang yang berusia 8 tahun, pun sudah bertambah 10 kg dalam masa 3 bulan si abang tidak lagi tinggal dengan saya. Si adik yang aktif baru kebah dari demam sebaik terpacul ibu di ruang pintu rumah nenek.
Kemudian, sekarang sekarang anak-anak menyambung kembali permainan mereka. Ipad dan komputer bersuara seorang diri. Keseronokan bermain bersama itu lebih bermakna dari membuka ipad, barangkali.
Kemudian meminta kuih yang baru dimasak..Hangat lagi.
Kata mereka,"Kan best kalau mama ada dengan kami juga".
Sebenarnya, sekali lagi saya perlu melalui fasa perkahwinan jarak jauh. Bukan tidak pernah melalui fasa PJJ itu.
Sebelum ini, saya pun pernah lalui fasa berjauhan dengan suami ketika hamil anak sulong dan selepas anak dilahirkan pun, saya masih melalui PJJ.
Namun pada fasa kali ini, ia lebih sarat dengan pengalaman, pengajaran dan iktibar yang tidak terbayar oleh wang ringgit.
Begitulah kehidupan ada kalanya memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit demi untuk meraih kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat.
Pasti Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
Kasih
sayang Allah tidak akan dirasai tanpa ujian, tidak akan dirasai
kehambaan tanpa munajat, tidak akan dirasai keinsafan tanpa muhasabah.
Banyak mana ujian Allah, sebanyak itulah kasih sayangNya pada hambaNya.
Bila ujian melanda anggaplah ia sebagai tanda bahawa Allah rindu rintihanmu padaNya...
Sungguh janji Allah itu benar
ALLAH berfirman dalam al-Quran:
Surah al-Imran ayat 54:
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
“Dan Mereka Merancang(tipu
daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik
Perancang(membalas tipu daya)”
Kisah ketabahan Siti Hajar, Nabi Ibrahim rela korbankan dunia, klik di sini, adalah inspirasi saya sewaktu saya hamil tanpa suami dan keluarga di sisi. Jauh berada di kawasan pedalaman (bagi saya) banyak mengajar erti berdikari dalam kehidupan ini.
Dan kini sekali lagi melalui fasa Perkahwinan jarak Jauh. Sekali lagi kesetiaan, ketabahan dan ketaatan Siti Hajar menjadi role model buat saya. Suatu yang pasti, InshaAllah pasti semua ini Allah tidak jadikan dengan sia-sia. InshaAllah ada hikmah pada ujian ini. InshaAllah.
"Barangsiapa menginginkan teman,
cukuplah Allah menjadi temannya .
Barangsiapa menginginkan kekayaan,
cukuplah Qanaah menyertainya.
Barangsiapa mengingikan nasihat,
cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa yang menginginkan harta simpanan,
cukuplah al Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat empat hal ini,
cukuplah neraka baginya".
4 comments:
Assalamualaikum Ummu
Insyaallah
mempunyai anak2 yg soleh
Salam Ummu,
Mudah2an Ummu dan anak-anak sihat sejahtera.
Semoga Ummu tabah dan bahagia selalu dalam menjalani kehidupan di dunia ini.
salam. tk kerana singgah ke blog IM. ada banyak blog ummu nih. jenuh juga nak pilih mana satu yang terbaik untuk dipaut ke blog IM.
IM lebih suka tulisan dari hati nurani.
IM suka pada blog berkaitan OKU tapi nampaknya kurang aktif.
tak mengapa, bicara hati ibu juga best!
Assalam ummu.sudah lama acik tak kesini.membnaca coiretan yang menarik.ingatkan ummu tidak menulis lagi disini
Post a Comment