Penolong pegawai AADK maut akibat terjatuh ketika cuba halang peragut
Alfatihah untuk Allahyarham Mohd Majdi Abdul Hamid, 33. ISTERI SAYA DUNIA AKHIRAT, antara kata-kata terakhir allahyarham kepada isterinya. Salam takziah untuk keluarga allahyarham, khususnya buat isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Beliau dikejarkan ke HSAH selepas terjatuh ketika bergelut dengan seorang daripada peragut.
Mohd Majdi yang berkhidmat lebih sembilan tahun bersama AADK, meninggalkan seorang isteri, Norbaizura Rohim, 30, dan tiga anak, Mohd Atib Naufal, 6, Nur Asma Nuha, 5, serta Nahiz Nafiz, 2.
Ibu mertua mangsa, Che Amah Abdullah, 52, berkata dia dimaklumkan kejadian malang itu berlaku ketika Mohd Majdi sedang minum di sebuah kedai makan bersama anaknya, Nur Asma Nuha.
"Kejadian ragut itu berlaku di depan mata dia. Peragut itu melarikan beg tangan salah seorang pelanggan wanita di kedai itu, namun terpaksa berpatah balik kerana jalan ditutup untuk laluan kereta api.
"Ketika kedua-dua peragut itu melarikan diri, menantu mak cik cuba menangkap.
Selepas dua kali mencuba, salah seorang peragut itu terjatuh daripada motosikal dan kepala anak mak cik terhantuk ketika mereka bergelut," katanya ketika ditemui di HSAH hari ini.
Katanya, peragut yang jatuh itu berjaya ditangkap orang ramai yang ada di kawasan berhampiran manakala rakannya dapat melarikan diri.
Isterinya, Norbaizura ketika ditemui berkata, kejadian itu sememangnya mengejutkannya tetapi dia perlu tabah untuk membesar anak-anak yang masih kecil.
Che Amah berkata, beliau merasai kehilangan Mohd Majdi yang disifatkannya sebagai seorang menantu yang baik, peramah dan ringan tulang.
"Memang kehilangan arwah sangat dirasai, sebagai ibu bapa, mak cik akan turut sama membantu Norbaizura menjaga dan mendidik cucu-cucu mak cik supaya mereka tidak merasa kekurangan kasih sayang walaupun ayah mereka sudah tiada," katanya.
Jenazah Mohd Majdi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru, Bidong, selepas solat Asar. - BERNAMA
Man dies two days after fighting thief
SUNGAI PETANI: A father of three died of head injuries at the Sultan Abdul Halim Hospital here, two days after he gallantly overpowered one of two snatch thieves in Bidong town here.
Kulim National Anti-Drug Agency (AADK) assistant officer Mohd Majdi Abdul Hamid, 33, died at about 6am yesterday.
He had fought for his life for two days after the 12.30pm incident on Sunday in which he leapt at one of two snatch thieves escaping on a motorcycle.
Mohd Majdi and one of the thieves fell on the road, with Mohd Majdi sustaining serious head injuries.
The snatch thief was detained while his accomplice escaped.
Mohd Majdi’s mother-in-law Che Amah Abdullah, 52, said he and his daughter Nur Asma Nuha were having lunch at a restaurant when one of the two snatch thieves grabbed a patron’s handbag.
“The thieves tried to escape on a motorcycle but were forced to make a U-turn as their escape route via a train crossing was closed.
“Mohd Majdi jumped and grabbed one of the duo, but he sustained head injuries when both he and one of the thieves fell on the ground,” she added.
Mohd Majdi’s wife Norbaizura Rohim, 30, said she was shocked by her husband’s death. — Bernama
BEDONG – Niat seorang lelaki membantu mangsa ragut bertukar tragedi apabila dia maut selepas dua hari dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kerana kecederaan parah di kepala akibat hentakan kuat.
Mangsa, Mohd Majdi Abd Hamid, 33, sempat menarik beg tangan yang berada dalam genggaman suspek dan berlaku pergelutan sebelum terjatuh.
Akibat hentakan kuat, Mohd Majdi mengalami kecederaan parah di kepala dan tidak sedarkan diri manakala seorang suspek berjaya ditahan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian sementara seorang lagi rakannya melarikan diri.
Selepas dua hari mendapatkan rawatan, Mohd Majdi disahkan meninggal dunia pada jam 6.11 pagi semalam.
Mengimbau kejadian itu, dua peragut berpura-pura sedang minum di sebuah kedai dekat pekan Bedong sebelum meragut beg mangsa yang juga pengunjung di kedai makan terbabit kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.
Dalam kejadian itu, suspek yang dikatakan seorang anggota tentera bersama seorang lagi rakan sedang minum sambil memerhatikan mangsa.
Selepas menghabiskan minuman, kedua-dua suspek terus menghidupkan enjin motosikal sebelum sempat mencapai beg tangan milik seorang wanita.
Difahamkan, ketika cubaan untuk melarikan diri, jalan raya ditutup bagi memberi laluan kepada kereta api melintas.
Kedua-dua suspek kemudian berpatah balik sebelum sempat dihalang pengunjung kedai makan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang berkata, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Arwah suka menolong orang
“Sepanjang tujuh tahun berkahwin, dia tidak pernah ungkapkan perkataan itu, namun malam sebelum kejadian dia ada memberitahu bahawa saya adalah isterinya dunia dan akhirat,” kata isteri Mohd Majdi.
Nor Baizura Rohim, 30, berkata, allahyarham suaminya seorang yang mudah simpati kepada sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan dan suka menolong orang tanpa mengira bangsa dan agama.
Penolong Pegawai Anti Dadah, di C&C Rehab Center Kampung Selamat, Seberang Perai Utara itu berkata, dia tidak menyangka kata-kata itu merupakan petanda ajal suaminya yang juga bertugas sebagai Penolong
Pegawai Anti Dadah di Klinik C&C 1Malaysia, Karangan.
“Kalau boleh, saya tidak mahu memikirkan bagaimana ia berlaku. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan sesiapa atas kejadian ini dan menerimanya sebagai takdir ALLAH SWT,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga yang tinggal di Bandar Utama, Sungai Petani berkunjung ke rumah ibu Nor Baizura dekat Kampung Baru, Bedong.
Jatuh ketika tarik beg
Sebelum kejadian, katanya, arwah keluar dengan anak kedua, Nur Asma Nuha, 5, tanpa memberitahu ingin minum di sebuah kedai makan dekat Pekan Bedong kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu.
“Bagaimanapun, ada orang kampung yang nampak kejadian datang memberitahu motosikal milik adik yang dinaiki arwah terlibat dalam kemalangan.
“Apabila saya sampai di tempat kejadian, arwah sudah tidak sedarkan diri dan saya difahamkan akibat terjatuh ketika ingin menarik beg ragut dari penjenayah dalam keadaan motosikal suspek sedang bergerak,” katanya.
Allahyarham Mohd Majdi yang koma sejak kejadian tersebut kerana kecederaan parah di bahagian kepala dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Baru, Bedong selepas solat Asar.
Hasil perkongsian hidup bersama Nor Baizura selama tujuh tahun, Allahyarham meninggalkan tiga orang anak iaitu Mohd Atip Naufal, 6, Nur Asma Nuha, 5, dan Nahiz Nahfiz, 2.
8 comments:
Alfatihah untuk Allahyarham..
semoga isterinya tabah menghadapi dugaan.
Sedihnya kakak ummu. Moga adalah pembalasan setimpal pada si peragut itu. Makin teruk kes ragut sekarang nie..
Al-fatihah buat allahyarham
Al Fatihah.... sedih pulak... semoga isteri dan anak2 arwah sentiasa dlm jagaan Allah..
Al-Fatihah buat arwah..
nama anak arwah hampir sama dengan nama anak ai 'Nur Nuha Husna'
Makchaq
semoga isterinya tabah menghadapi dugaan.amin.
Kakzakie
ragut menjadi2
sedih kenangkan anak kecil mangsa kan kak
kak Cjai
semoga isteri dan anak2 arwah sentiasa dlm jagaan Allah..
amin ya Allah
aizami
cantik nama anak aizami tu..
Post a Comment