Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, February 16, 2012

Al fatihah Untuk DJ Razak, IKIM. FM,

Alfatihah, DJ Razak, IKIM. FM, 

Alfatihah daripada saya sekeluarga untuk allahyarham  Abdul Razak Arbain. Semoga roh beliau ditempatkan bersama para hambaNya yang beriman.

Kami suka mendengar rancangan beliau di IKIM FM..

 Antara gambar terakhir Arwah Dj Abdul Razak Arbain (kanan sekali) yang dirakamkan ketika beliau turut serta dalam program Bonanza Hope 2 Walk yang diadakan di Muzium Negara pada 4 Februari lalu anjuran Islamic Aid Malaysia (AIM) dan IKIMfm. Kelihatan dalam gambar ialah Dj Fairuz, Dj Erwan dan adik Annur Mohd Affandi, yang mengidap lumpuh otak (cerebral palsy). (sumber: FB IKIM.FM)


IKIMfm menerima berita yang menyedihkan di awal pagi tadi apabila penyampainya Dj Abdul Razak Arbain telah menyambut panggilan ilahi. Beliau dikatakan terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lagi motosikal. Difahamkan menjadi rutin arwah untuk menghantar anaknya ke sekolah setiap pagi dengan motorsikalnya. Beliau meninggal dunia dalam usia 46 tahun.

Arwah yang merupakan Juruhebah Sambilan di IKIMfm telah berkhidmat sejak 3 Julai 2006. Sebelum berkhidmat di IKIMfm, beliau merupakan anggota tentera dan pernah ditempatkan di beberapa kem tentera seperti di Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu DiRaja, Kem Rasah, Kem Wira Waja Janda Baik dan lain-lain. Beliau juga pernah bertugas sebagai juruhebah Radio Kementah (Mindef) di Cawangan Perhubungan Awam(PR).


Arwah Razak cukup disenangi peminat kerana begitu mesra melayan setiap panggilan dan permintaan pendengar. Beliau seorang yang tidak lokek senyum dan amat mesra dengan setiap orang ditemui. Di kalangan rakan sekerja, beliau merupakan rakan yang suka menolong dan membantu orang lain, walaupun ada ketikanya menyusahkan diri beliau sendiri. Setiap kali pertolongan diperlukan dari beliau, jarang beliau membantah atau memberi alasan tidak mampu melaksanakannya melainkan beliau menghulurkan bantuan dengan sepenuhnya. Ini diakui sendiri oleh Pengarah Radio IKIMfm, Encik Nik Roskiman Abdul Samad, bahawa arwah adalah antara rakan sekerja yang terbaik dan sentiasa mudah mengikut arahan.


Arwah juga sentiasa ikut serta turun padang bersama para penyampai IKIMfm yang lain. Terbaharu dan terakhir ialah apabila beliau bersama dalam program Bonanza Amal Hope 2 Walk di Muzium Negara, program anjuran Islamic Aid Malaysia dan IKIMfm dalam mencari dana membantu adik Annur yang mengidap Celebral Palsy.


Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar untuk IKIMfm dan bukan sahaja ditangisi oleh rakan sekerja tetapi oleh ribuan pendengar setia IKIMfm dan peminat beliau yang sentiasa ternanti-nanti kemunculan beliau di ruang udara.


Beliau yang dilahirkan pada 13 Mac 1966 meninggalkan seorang balu, Rosnani binti Haji Dali dan tiga orang anak, 2 perempuan dan seorang lelaki.


Moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Abdul Razak Arbain dan menempatkan rohnya bersama orang-orang solihin. Sama-sama kita hadiahkan al-Fatihah untuk almarhum.

dari FB Ikim.FM...

2 comments:

Anonymous said...

Al-Fatihah untuk roh almarhum dan takziah kepada keluarga beliau.

Semoga keluarganya tabah dengan ujian Allah ini.

ainhany said...

al fatihah..
muga familynya tabah dan sabar dgn ujian hidup ini dan salam takziah juga buat warga ikimfm.

damailah diri almarhum di sana..insyallah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design