Contohi perjuangan Rasulullah S.A.W: Tuanku Abdul Halim
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW
PERINGKAT KEBANGSAAN 1433H / 2012 M
PADA 5 FEBRUARI 2012,
BERTEMPAT DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini menitahkan umat Islam di Malaysia mencontohi perjuangan Rasulullah S.A.W. selama 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah yang berjaya mendidik, memimpin serta membawa masyarakat jahiliah berhijrah daripada kekufuran dan kejahilan kepada umat yang memiliki keimanan kental dan ketinggian ilmu.
Baginda bertitah kegigihan Rasulullah dilihat berjaya membina kekuatan iman, minda dan fizikal umat Islam pada zamannya mahupun zaman Khulafa ar-Rasyidin serta sesudahnya sehingga mampu mencapai satu tamadun gemilang.
"Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, (1434 Hijrah bersamaan 2012 Masihi) Persefahaman Asas Perpaduan Ummah dirasakan bertepatan dengan situasi kehidupan umat Islam pada hari ini yang sentiasa menghadapi pelbagai cabaran semasa.
"Contohilah keunggulan peribadi Rasulullah dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T ke arah melahirkan masyarakat Islam yang hebat serta menjadi contoh teladan dunia," titahnya.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra di sini.
(2012/02/05)
2 comments:
mari lah menjaga solat kita, banyakan solat sunat rawatib, berpuasa sunat, tahajjud, berzikir dan berselawat malah jaga tutur bicara, gerak geri dan tingkah laku dlm setiap gerak kehidupan ini. Mudah tapi tak semudah yg diucapkan. Buat yg termampu asal menjauhi yg dilarang dan melaksanakan kewajipan dgn ikhlas. Alhamdulillah.
sama-sama kita berusaha mengamalkan solat dengan konsisten kan mamawana.
terima aksih atas ingatan dan nasihat mamawana ini
Post a Comment