Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Tuesday, February 14, 2012

Hamster, Ada Kaitan Kencing Tikus?

Hamster, Ada Kaitan Kencing Tikus?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hamster, Betul ke, Hamster ni ada kaitan dengan penyakit, kencing tikus?  Ini berdasarkan petikan akhbar di bawah:

HULU TERENGGANU - Tikus peliharaan atau hamster dikhuatiri turut berisiko menyebabkan jangkitan penyakit Leptospirosis atau virus kencing tikus khususnya kepada penggemar haiwan comel itu.
Ia berdasarkan jangkitan penyakit itu yang dialami seorang pemilik hamster di negeri ini sehingga mengakibatkan dia kehilangan kedua-dua belah tangan serta kaki baru-baru ini.
 
Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Telemong, Rozi Mamat  kerana mangsa tersebut merupakan kenalan rapatnya.

SUMBER; KOSMO

KUALA BERANG: Kerajaan perlu mengkaji kemungkinan penyakit berjangkit seperti kencing tikus ada kaitan dengan kegilaan masyarakat terutama kanak-kanak dan belia menjadikan hamster, sejenis tikus sebagai haiwan peliharaan.

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat, meminta Jabatan Kesihatan dan Veterinar melakukan kajian bagi menentukan sejauh mana haiwan itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dengan penularan penyakit kencing tikus.



Katanya, kerajaan negeri ada menerima laporan kaki dan tangan seorang penduduk yang menternak hamster lebih tujuh tahun lalu terpaksa dipotong akibat jangkitan virus air kencing tikus.

“Jika laporan itu betul, dua agensi kerajaan terbabit perlu menyiasat dan mengeluarkan garis panduan bagi mengharamkan penjualan dan ternakan hamster.

"Kita tidak pasti sejauh mana kaitannya, sebab itu kita minta dua agensi kerajaan terbabit membuat kajian, termasuk menguji air kencing hamster sama ada mengandungi virus yang boleh memudaratkan kesihatan manusia," katanya ditemui selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan Program Jalinan Murni Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Veterinar negeri, Dr Marzuki Zakaria, berkata walaupun hamster ialah spesies tikus, tetapi pemeriksaan setakat ini mendapati haiwan itu tidak berbahaya.

2 comments:

Zaitun said...

Salam ummu

Takut juga kan binatang peliharaan menjadi punca penyakit yang boleh membawa maut.

Kak Zai ada bela arnab kadang2 bila lepas bersihkan badannya tangan kak Zai tumbuh ruam dan gatal2 tapi sekejap aje dah hilang.

ummu said...

waalaikumussalam kak zai
sebab tu kita kena teliti kembali tentang haian peliharaan kita,kan kak.
dulu ibu saya ada pelihara ayam.bila ayam kena sakit 'sampar',habis kesemuanya mati.masa tua dik saya kena batuk2 disebabkan hama yang beterbangan.lepas tu tak peliahara dah ayam sebab kena ada tempat yg sesuai utk ayam ini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design