Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Friday, February 24, 2012

Kalau nak kaya pun, bukan dengan jual Sijil cuti sakit,

Kalau nak kaya pun, bukan dengan Sijil cuti sakit, kan,


Assalamualaikum dan selamat seamat sejahtera. Aduhai. macam-macam cara nak kaya.

Alamak senangnya dapat MC, Bayar RM25, dapat Sijil cuti sakit,

Ni petikan dari akhbar Kosmo:

MOKHTAR menunjukkan sijil cuti sakit palsu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor semalam.

Ni berita selanjutnya...

JOHOR BAHRU - Rahsia seorang tauke kedai gambar yang kerap dikunjungi pelanggan yang bukan mahu mencuci gambar atau membuat salinan dokumen di kedai tersebut terbongkar apabila lelaki itu rupa-rupanya menjual sijil cuti sakit palsu.

Tembelang suspek berusia 36 tahun itu terdedah apabila polis membuat serbuan di sebuah kedai gambar di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini pada 17 Februari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kedai gambar tersebut diserbu sepasukan anggota polis pada pukul 1.30 petang selepas mendapat maklumat awam yang curiga dengan kegiatan tauke kedai itu yang popular dengan ramai pelanggan.



"Pemeriksaan di kedai itu menemui 162 keping sijil cuti sakit palsu manakala sepuluh keping lagi sijil cuti sakit palsu itu berada di dalam poket seluar pemilik kedai gambar itu," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, dalam serbuan itu, polis turut merampas 13 unit cop atas nama 13 orang doktor dari hospital kerajaan, tiga buah komputer, satu komputer riba, dua buah pencetak, dua keping disket serta peralatan-peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk membuat sijil cuti sakit palsu.

Kata Mokhtar lagi, siasatan mendapati di sebalik perniagaan menjual peralatan kamera dan perkhidmatan mencuci gambar serta perkhidmatan fotostat, kedai terbabit juga menjalankan aktiviti menjual sijil cuti sakit palsu sejak setahun lalu.

"Suspek dipercayai menjual sijil cuti sakit palsu ini kepada warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura dan sekitar Johor Bahru.

"Harga setiap keping sijil cuti sakit palsu itu dijual pada harga RM25," jelas beliau lagi.

Mengenai modus operandi suspek, beliau memberitahu, 'pesakit' yang datang ke kedai gambar itu hanya perlu membayar RM25 untuk mendapatkan sekeping sijil cuti sakit palsu.
 

7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Buat malu org Johor. Ada saja helah dibuat nak cepat kaya sekarang ni Ummu....

Nida said...

lorrrr.. ada jugak tauke kedai gambar macam tu ye.. ingatkan di klinik je berlaku macam ni

apdm said...

salam..

biasanya y kerja gov suka beli sijil cuti sakit ni...huhuh

ummu said...

betul tu kak zakie.
area Skudai je pulak tu

ummu said...

Nida, macam2 cara orang nak kaut untung mudah kan

ummu said...

salam Syira
mungkin juga ada
tapi tak semua org gov buat kerja cenggitu
kan Syira

zue said...

klinik skrg senang je nak dpt mc..setakat selsema dan batuk2 sikit dah dpt mc.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design