Pencen Umur 64 Tahun, OK Ke?
Sokongan berbelah bagi pencen lewat
KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyokong hasrat kerajaan menaikkan umur persaraan mandatori pekerja swasta dari 55 tahun kepada 60 tahun.Timbalan Presiden MTUC, Mohd. Jafar Abd. Majid berkata, langkah itu dapat membantu kira-kira 6.1 juta pekerja swasta menjana pendapatan yang lebih baik sebelum bersara.
"Langkah ini juga wajar kerana jangka hayat purata rakyat Malaysia telah meningkat kepada 70 tahun berbanding 50 hingga 60 tahun pada era 1960-an," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, dua badan pelajar iaitu Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM) dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (MPPUPNM) menyifatkan langkah melanjutkan umur persaraan pekerja itu hanya akan mengurangkan peluang golongan muda memperoleh pekerjaan.
Presiden MPP UIAM, Muhammad Adib Hatim berkata, undang-undang itu akan memberikan cabaran besar kepada lulusan sekolah menengah dan universiti.
"Peluang pekerjaan semakin terhad kerana mereka yang sudah bekerja akan dapat memegang jawatan masing-masing lebih lama," katanya.
Yang Dipertua MPPUPNM, Wan Azizul Faiz pula berkata, peluang yang terhad di dalam negara akan mendorong graduan untuk bekerja di luar negara.(SUMBER; KOSMO)
Had usia bersara sektor swasta ke Parlimen
PUTRAJAYA: Penggubalan Rang Undang-Undang Persaraan Pekerja Swasta untuk menaikkan umur persaraan mandatori daripada 55 kepada 60 tahun dengan pilihan dilanjutkan sehingga 64 tahun, kini pada peringkat akhir dan dijangka dibentangkan di sidang Parlimen yang bermula 12 Mac ini.Ia bertujuan menyelaraskan had usia bersara sektor swasta dengan had persaraan kakitangan awam, berikutan peningkatan jangka hayat rakyat yang kini mencecah purata 75 tahun berbanding 55 tahun ketika zaman kemerdekaan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata ia bertepatan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2012, yang mengumumkan had persaraan kakitangan awam dinaikkan kepada 60 tahun berbanding 58 tahun sebelum ini.
MoU antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Persatuan Teknologi Industri Pengkomputeran (CompTIA), London Chamber of Commerce and Industry (LCCI) dan Persatuan Teknologi Malaysia (TAM) itu mewujudkan kerjasama serta pengiktirafan berkembar bagi SKM pada peringkat antarabangsa.
Berikutan itu, pelajar yang mengikuti latihan kemahiran dalam negara, sama ada di institusi awam atau swasta, kini boleh memperoleh sijil berkembar iaitu SKM dan sijil setaraf dengannya yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
“Pendekatan ini selaras dengan tujuan kerajaan meningkatkan keupayaan tenaga kerja tempatan, bertepatan dengan wawasan menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
“Selain itu, pengiktirafan seumpamanya akan memudahkan syarikat multinasional yang beroperasi di sini memilih pekerja tempatan, terutama yang memiliki SKM kerana sudah ada sijil berkembar yang merujuk kepada tahap kelayakan setaraf yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa,” katanya.
Mengenai proses pemadanan kerja dalam Program 6P, Dr Subramaniam berkata, ia sudah dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan beberapa kementerian berkaitan tetapi hanya boleh dimuktamadkan selepas proses pemutihan berakhir pada 10 April ini.
Katanya, bagi menyegerakan proses di bawah Program 6P, Kementerian Sumber Manusia bersetuju dengan permintaan KDN supaya menguruskan sendiri pendaftaran pekerja asing yang mana majikan yang sudah mendaftar pekerja mereka sebelum ini boleh melakukan pemutihan terus di KDN. (sumber; BERITA HARIAN)
1 comments:
Erm...kena tgk juga keupayaan bekerja kan....
Lama da isu ni, x selesai lagi...
Salam singgah;)
Post a Comment