Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Friday, February 17, 2012

Risiko Rotavirus Ibubapa Awasi Kesihatan Anak

Risiko Rotavirus Ibubapa Awasi Kesihatan Anak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mari kita amalkan cara hidup sihat. Ke arah keluarga sihat dan sejahtera. Jom Tiru Rasululluah SAW  Dalam menjaga kesihatan, klik di sini.

FAKTA: Rotavirus


  • Ditemui kali pertama di Australia pada 1973.
  • Boleh tersebar menerusi air.
  • Ia boleh hidup di atas tangan manusia dan mampu bertahan selama beberapa hari atas permukaan keras.
  • Rotavirus juga boleh kekal stabil dalam najis manusia sehingga seminggu.

    Simptom terkena jangkitan Rotavirus
  • Muntah, cirit birit dan demam berpanjangan.
  • Tekanan darah dalam badan menurun.

    Langkah mengelakkan Rotavirus
  • Sentiasa basuh tangan sebelum menyentuh makanan
  • Masak air sehingga mendidih terlebih dulu sebelum diminum
  • Elakkan berkongsi makanan dengan pesakit Rotavirus.
  • Orang ramai disaran supaya memasak air walaupun menggunakan penapis air kerana Rotavirus boleh melepasi tapisan sedia ada.

    Kes Rotavirus di Perak
  • Jumaat lalu, dua bayi berusia dan 10 bulan menemui maut di daerah Hilir Perak serta Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes AGE.
  • Sehingga Selasa lalu, jangkitan akut gastroenteritis (AGE) yang dikesan di Perak sejak minggu lalu mencatatkan penurunan apabila 131 kes dikesan semalam berbanding 142 kes manakala 80 kes dikesan di Hilir Perak, 51 kes dikesan di Batang Padang.
  • Sehingga artikel ini ditulis, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di Hilir Perak setakat ini ialah 1,810 kes manakala Batang Padang mencatatkan 1,007 kes. 

  • Antara kaedah yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mengelakkan jangkitan Rotavirus ialah mengasingkan anak mereka daripada kumpulan kanak-kanak lain sekiranya anak dihantar ke TASKA dan jangan biarkan anak berkongsi makanan dengan saudaranya yang lain di rumah. Pastikan ibu membasuh tangan sebelum memegang makanan. - Dr Yong Junina Fadzil, perunding paediatrik.

    Punca badan hilang air akibat cirit-birit, muntah berpanjangan boleh bawa maut

    JIKA anak anda mengalami cirit birit dan muntah tanpa henti, si kecil mungkin dijangkiti Rotavirus yang dikatakan membawa maut kepada dua kanak-kanak di Tapah, baru-baru ini.
    Begitupun, ibu bapa tidak perlu panik kerana tidak semua cirit birit dan muntah menjadi petanda bahawa anak mereka diserang virus berkenaan.



    Perunding paediatrik, Dr Yong Junina Fadzil, berkata kanak-kanak dijangkiti Rotavirus lazimnya akan mengalami cirit-birit dan muntah diikuti deman sehingga badan mereka mengalami dehidrasi.

    “Susah untuk mengenalpasti dengan tepat sama ada anak mereka terkena Rotavirus atau masalah kesihatan biasa kerana kadangkala keracunan makanan juga boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami gejala berkenaan, iaitu muntah dan cirit birit.

    “Sehubungan itu jika anak mengalami cirit birit dan muntah berpanjangan berserta demam, ibu bapa perlu membawa anak mereka berjumpa doktor dengan segera bagi mengenal pasti apakah yang menyebabkan anak mereka mengalami keadaan itu,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

    Baru-baru ini, dua bayi berusia dua dan 10 bulan di Hilir Perak dilaporkan meninggal dunia, manakala lebih 2,000 penduduk di dua daerah di Perak mengalami masalah kesihatan dipercayai berpunca daripada Rotavirus yang disebarkan melalui air menyebabkan Akut Gastroenteritis (AGE).
    Setakat kelmarin, kes AGE dipercayai akibat Rotavirus di dua daerah di Perak terus meningkat apabila 251 lagi kes baru dilaporkan dengan 15 kes dimasukkan ke wad. Berdasarkan laporan harian Jabatan Kesihatan Negeri, sebanyak 180 kes dikesan di Daerah Hilir Perak dan 71 kes di Daerah Batang Padang sehingga Selasa lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes AGE terkumpul sejak 27 Januari lalu kepada 1,990 kes dan 1,078 di dua daerah berkenaan.

    Namun apa sebenarnya kaitan AGE dengan Rotavirus? AGE atau inflamasi gaster dan usus, kata Dr Yong Junina, berlaku apabila jangkitan virus seperti Rotavirus menyebabkan pesakit muntah dan cirit-birit, sekali gus menjadi punca kepada dehidrasi atau kehilangan air dalam badan.

    Kadangkala, kehilangan cecair yang keterlaluan dan serius, terutama dalam kalangan bayi boleh menjadi punca kematian biarpun ia disifatkan sebagai kes terpencil.

    Bagaimanapun, Dr Yong Junina berkata, kematian yang berlaku bukan disebabkan Rotavirus sebaliknya mangsa maut akibat masalah dehidrasi dan tekanan darah dalam badan yang menurun dengan mendadak.

    “Kehilangan air dalam badan yang teruk dan tidak dirawat dengan segera boleh memudaratkan pesakit terutama apabila muntah dan cirit birit itu berpanjangan.

    “Malah apabila tekanan darah dalam badan menurun, pelbagai komplikasi lain juga akan dialami antaranya buah pinggang tidak berfungsi dan seterusnya akan membawa maut kepada mereka yang dijangkiti,” katanya.

    Sehubungan itu, ibu bapa disaran supaya mendapatkan rawatan dengan segera sebaik mendapati anak mengalami ciri yang dinyatakan khususnya muntah dan cirit birit serius, bagi memastikan anak tidak mengalami dehidrasi.

    Dr Yong Junina berkata, Rotavirus lazim menyerang bayi dan kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun, namun kajian menunjukkan orang dewasa yang dijangkiti virus berkenaan turut mengalami gejala serupa.

    “Sekiranya individu dewasa yang mengalami keadaan ini, mereka pasti tahu mengendalikannya, tapi jika terkena kepada kanak-kanak, mereka tidak tahu untuk menyatakan kepada ibu bapa mengenai kesakitan dialami.

    “Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana ia boleh membawa maut. Jadi, apa yang perlu dilakukan ibu bapa adalah memastikan anak mereka mendapat air yang mencukupi serta membawanya ke hospital,” katanya.

    Ketika itu, kehadiran Rotavirus tidak boleh dikesan melalui mata kasar seperti melihat sampel najis atau warna muntah, sebaliknya ujian terhadap sampel najis atau makanan perlu diambil bagi mengenal pasti sama ada pesakit dijangkiti Rotavirus atau tidak.

    “Antara kaedah yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mengelakkan jangkitan Rotavirus ialah mengasingkan anak mereka daripada kumpulan kanak-kanak lain sekiranya anak dihantar ke TASKA dan jangan biarkan anak berkongsi makanan dengan saudaranya yang lain di rumah.

    “Pastikan juga ibu bapa membasuh tangan sebelum memegang makanan, jangan biarkan anak berkongsi makanan dengan kanak-kanak lain mahupun adik beradik atau ibu bapa sendiri.

    Pengambilan suntikan imunisasi pada usia enam bulan juga boleh mengelakkan kanak-kanak daripada terkena jangkitan Rotavirus. Ada dua jenis suntikan iaitu yang boleh diambil dua dos ketika usia kanak-kanak seawal enam bulan, dan ada juga vaksin menawarkan tiga dos suntikan yang perlu diambil bertujuan merangsang badan untuk meniru tindak balas imunisasi terhadap jangkitan rotavirus semula jadi.

    Sehubungan itu, suntikan vaksin ini dilihat sebagai pertahanan diri untuk anak supaya mereka tidak terkena jangkitan Rotavirus apabila ia menyerang manusia. Kebersihan juga wajar diutamakan untuk memastikan anak membesar dalam persekitaran bersih dan sihat. (sumber: Berita harian)

    1 comments:

    Nida said...

    Zaman sekarang ni dah macam-macam penyakit dan virus yang ditemui.. moga-moga dijauhkan darinya...


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    ...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design