Followers
Tuesday, July 31, 2012
Berita Felcra agih dividen RM400 juta
TEMERLOH - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd.
Shafie Apdal berkata, Felcra memperuntukkan sejumlah RM400
juta sebagai bayaran dividen kepada 85,000 peneroka tahun ini.
Beliau berkata, dividen itu akan dibayar mulai minggu depan mengikut keluasan tanah peneroka.
"Dividen tersebut adalah hasil daripada pengeluaran ladang Felcra
sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini bermula dari Januari
hingga Jun lalu.
"Namun, dividen tersebut kurang sedikit daripada tahun lepas atas
faktor harga komoditi sawit yang tidak menentu di pasaran global,"
katanya pada majlis Ihya Ramadan serta berbuka puasa bersama warga dan
peneroka Felcra Pahang di Padang Seri Ketumbit Kerdau semalam.
Bagaimanapun, Mohd. Shafie berkata, pendapatan Felcra dijangka
mencecah RM800 juta pada akhir tahun ini berikutan pelaksanaan kaedah
pembajaan, penanaman sawit secara moden dan terancang yang dilakukan
agensi itu bagi mempertingkat hasil ladang.
Beliau juga berkata, Felcra merancang memperluas kegiatan bagi menambah pendapatan dan mungkin menyertai bidang pelaburan lain.
"Felcra tidak boleh bergantung kepada hasil ladang secara berterusan
kerana ia tidak seperti Felda, yang mempunyai ladang yang luas, tetapi
perlu melakukan satu anjakan untuk menambahkan pendapatannya," katanya. -
Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment