Sempena Aidilfitri Harga 20 Barang Makanan Dikawal
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sempena Aidilfitri 1433 Hijriah/ 2012, terdapat 20 barang makanan yang dikawal harganya.
Gambar di bawah ialah senarai harga siling 20
jenis barangan harga terkawal untuk dikuatkuasakan mengikut Skim Kawalan
Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011.
Bagi senarai 20 Jenis barang Makanan mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2012, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata senarai barangan dan
harganya telah pun siap dan akan dibentangkan ke kabinet dahulu sebelum
diumumkan, dijangka seminggu sebelum Aidilfitri.
Oleh itu, blog myukhuwwah hanya muatnaik gambar senarai barang makanan yang dikawal untuk tahun 2011 je.
BARANG-BARANG HARGA TERKAWAL
SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN
|
HARI RAYA PUASA 2011
|
1.
| Ayam hidup |
2.
| Ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal) |
3.
| Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) |
4.
| Daging lembu tempatan |
5.
| Daging lembu import |
6.
| Daging Kerbau Tempatan |
7.
| Daging kerbau import (India) |
8.
| Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji) |
9.
| Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) |
10.
| Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji) |
11.
| Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk Beijing) |
12.
| Cili merah |
13.
| Tomato |
14.
| Kelapa biji (borong) |
15.
| Kelapa parut (runcit) |
16.
| Bawang merah kecil (India) |
17.
| Bawang putih (China) |
18.
| Kacang Tanah Import |
19
| Ikan kembung |
Harga 20 barang makanan dikawal sempena Aidilfitri
20 Barang Makanan Skim Kawalan Harga Sempena Aidilfitri Dikenal Pasti
PUTRAJAYA, 26 Julai (Bernama) -- Sempena Aidilfitri tahun ini
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
mengenal pasti 20 jenis barangan makanan yang akan diletakkan dalam
skim kawalan harga musim perayaan 2012.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata senarai barangan dan
harganya telah pun siap dan akan dibentangkan ke kabinet dahulu sebelum
diumumkan, dijangka seminggu sebelum Aidilfitri.
"Semua barangan itu adalah barang yang penting untuk kegunaan menjelang
samputan hari raya dan ada harga yang turun sikit dan ada yang naik
sikit berbanding tahun lepas," katanya kepada kepada pemberita di sini
pada Khamis.
Ditanya mengenai sama ada barangan keperluan sempena hari raya
mencukupi atau tidak, beliau berkata berdasarkan rundingan yang dibuat
dengan pemborong, pembekal dan pengimport bekalan adalah mencukupi.
Sehubungan itu, Ops Ramadan akan dijalankan sepanjang bulan tersebut
bagi memastikan tiada pihak atau peniaga yang cuba atau sengaja
menyorokkan barangan keperluan makanan.
Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan Program Jom Beli Barang@Putrajaya di
Presint 2, yang menyediakan pelbagai jenis barangan keperluan sambutan
Aidilfitri dengan harga murah.
Program berlangsung selama lima hari bermula semalam, menempatkan 250
gerai antaranya menjual pakaian dewasa dan kanak-kanak, kasut, beg,
hiasan rumah, kosmetik dan tudung, dibuka mulai 10 pagi hingga 10 malam.
Beliau berkata program yang sama turut diadakan di beberapa negeri lain
iaitu di Pusat Komersil Permatang Pauh Pulau Pinang (26-30 Julai);
Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah dan di Dewan Merdeka Seri
Manjung Perak (25-29 Julai); Terengganu Trade Centre Terengganu (3-7
Ogos) dan Dataran Bandaraya Kota Kinabalu Sabah (26-29 Julai).
Mengulas mengenai tindakan kementerian menukar empat Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri Kedah, Pahang, Terengganu dan
Negeri Sembilan, beliau berkata itu adalah perkara biasa.
"Kalau pegawai cemerlang akan dihargai kalau tidak akan diambil
tindakan itu biasa dan mungkin mereka tidak sesuai di negeri itu dan
kita tukar balik mereka ke Kuala Lumpur," katanya.
Empat pegawai berkenaan dikenakan tindakan selepas Jawatankuasa
Siasatan Dalaman kementerian mendapati mereka gagal menjalankan tugas
dengan sempurna.
-- BERNAMA
20 disenarai barangan harga terkawal
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) semalam mengumumkan senarai harga siling 20
jenis barangan harga terkawal untuk dikuatkuasakan mengikut Skim Kawalan
Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011.
Skim kawalan harga berkenaan akan dilaksanakan mengikut Akta
Kawalan Harga dan Anti pencatutan 2011 berkuat kuasa selama 15 hari
bermula pada 23 Ogos hingga 6 September depan.
Antara barangan itu ayam hidup, ayam standard (disembelih dan
dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan pedal), ayam super
(disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan pedal), telur
ayam gred A, B dan C.
Daging lembu tempatan, daging lembu import, daging kerbau
tempatan, daging kerbau import (India), kubis bulat import, cili merah,
tomato, kelapa biji (peringkat borong saja), kelapa parut (peringkat
runcit saja), kacang tanah import, bawang merah kecil (India), bawang
putih (China), bawang besar import dan ikan kembung.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skim kawalan
harga bagi tahun ini dibuat berdasarkan penentuan harga maksimum oleh
pengeluar, pemborong dan peruncit yang dibuat mengikut kewajaran bagi
penguatkuasaan kawalan harga yang lebih berkesan.
“Sehubungan itu, pada skim kawalan harga pada kali ini, kerajaan
membuat penentuan harga siling bermula pada peringkat pengeluar (ladang)
untuk ayam hidup dan telur ayam bagi memastikan harga berpatutan bagi
manfaat pengguna dan peniaga.
“KPDNKK juga membuat penentuan harga maksimum ini bagi pengeluar,
borong dan runcit ini adalah berdasarkan kepada maklumat harga daripada
beberapa sumber,” katanya ketika mengumumkan Skim Kawalan Harga Musim
Perayaan Hari Raya Puasa 2011 di sini, semalam.
Info
Harga barang terkawal bagi setiap kilogram (kg)
ayam hidup - RM6.10 / kg
ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan pedal) - RM7.20 / kg
ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan pedal) - RM8.05
telur ayam gred A - RM0.36 per biji
telur ayam gred B - RM0.35 per biji
telur ayam gred C. - RM0.34 per biji
daging lembu tempatan - RM20 / kg
daging lembu import - untuk Sarawak saja
daging kerbau tempatan - RM20 / kg
daging kerbau import (India) - RM12.50 / kg
kubis bulat import - RM3.20 / kg
cili merah - RM11 / kg
tomato - RM4.50 / kg
kelapa biji (peringkat borong saja) - RM1.50 sebiji (Hanya di perngkat pemborong saja)
kelapa parut (peringkat runcit saja) - RM6 / kg
kacang tanah import - RM6.50 / kg
bawang merah kecil (India) - RM4.50 / kg
bawang putih (China) -RM6 / kg
bawang besar import - RM3 / kg
ikan kembung - RM11 / kg
*Nota: harga barang terkawal yang ditetapkan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
0 comments:
Post a Comment