Tahniah HKL Cipta Sejarah Kembar Siam berjaya dipisah
Muaiman (kanan) dan Muaimin beberapa hari selepas dilahirkan pada 14 April, 2011. - Foto Ihsan HKL
Azli di samping Muaimin ketika ditemui di Institut Pediatrik HKL, hari ini, sementara Muaiman berada di bilik bedah.
TIONG LAI menziarahi Muaimin Azli (depan) dan kembarnya
Muaiman Azli yang selamat menjalani pembedahan pemisahan di Hospital Kuala Lumpur semalam.
Tahniah HKL, kerana teknik pembedahan memisahkan sistem saluran kencing dan kemaluan Muaiman
Azli serta adiknya, Muaimin, berusia 15 bulan adalah yang pertama
dilaporkan di dunia.
INFO KEMBAR SIAM MUAIMIN AZLI, MUAIMAN AZLI :
-Anak kedua dari empat beradik
- Dilahirkan pada 14 April 2011 di Hospital Sultanah Aminah (HAS), Johor Bharu.
- Dihartar ke HKL pada 15 April 2011
- mempunyai tiga kaki
- Tulang pelvik bercantum
- berkongsi pundi kencing
- Tiada dubur
- satu alat sulit
- Dipisahkan pada 14 April 2012 pada jam 10.10 malam
- Kembar siam ke 14 berjaya dipisahkan dalam pembedahan di HKL
HKL Cipta Sejarah Kembar Siam berjaya dipisah
KUALA LUMPUR – Pakar-pakar perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya memisahkan kembar Siam
berusia setahun yang berasal dari Segamat, Johor dan bercantum di
bahagian tulang pinggul baru-baru ini.
Mereka yang terdiri daripada 19 pakar bedah dan anastetik serta 36
jururawat dan pegawai perubatan berjaya memisahkan kembar Muaiman Azli
dan Muaimin dalam satu pembedahan maraton selama 24 jam.
Pasangan kembar tersebut yang bercantum di bahagian tulang pinggul
dan turut berkongsi usus dan saluran kencing tetapi tiada lubang dubur,
selamat menjalani pembedahan untuk pemisahan pada 15 Julai lalu.
Ketua Jabatan Bedah Pediatrik HKL, Datuk Dr. Zakaria Zahari berkata,
pembedahan tersebut bertujuan memisahkan dan menstrukturkan semula
anggota badan kembar tersebut
“Kami berjaya memisahkan mereka pada pukul 10.10 malam pada hari
pertama pembedahan iaitu 14 Julai lalu sebelum dua pasukan pakar bedah
bertanggungjawab ke atas bayi tersebut masing-masing.
“Mereka kini berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan
pembedahan bagi tampalan kulit memandangkan luka pembedahan itu agak
besar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut meluangkan masa melawat kembar berkenaan di Wad Pediatrik, HKL.
Muaiman dan Muaimin telah dilahirkan pada 14 April tahun lalu di
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sebelum mereka ditempatkan di HKL
keesokan harinya iaitu 15 April.
Tambah Zakaria, salah seorang daripada bayi berkenaan akan memiliki
satu kaki sahaja memandangkan hanya tiga anggota badan berkenaan yang
terbentuk.
“Kita lihat dulu keadaan mereka dalam masa dua minggu. Sekiranya
semua berjalan lancar kembar berkenaan akan mula menjalani fisioterapi,”
katanya.
Sumber; Kosmo
HKL pertama di dunia berjaya pisahkan pundi kencing kembar siam
Kuala
Lumpur: Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatat sejarah bidang perubatan
apabila berjaya memisahkan pundi kencing dan kemaluan ketika pembedahan
pemisahan pasangan kembar siam pada 14 Julai lalu.
Ini kerana teknik pembedahan memisahkan sistem saluran kencing dan kemaluan
Muaiman Azli serta adiknya, Muaimin, berusia 15 bulan adalah yang
pertama dilaporkan di dunia.
Hasil pembedahan itu, dua beradik yang sebelum ini bercantum pada
bahagian pinggul, mempunyai tiga kaki dan berkongsi satu kemaluan, kini
memiliki sistem saluran kencing dan kemaluan masing-masing.
Sumber; Berita harian
HKL berjaya pisahkan kembar Siam
KUALA LUMPUR - "Sebaik kedua-dua keluar dari bilik bedah dalam keadaan
terpisah, hanya rasa syukur dan gembira dapat menggambarkan perasaan
kami sebaik sahaja melihat anak kembar keluar dari bilik bedah dalam
keadaan terpisah dan selamat." Demikian menurut Azli Sabran, 40, bapa
kepada pasangan kembar Siam yang berjaya dipisahkan melalui pembedahan
yang berlangsung selama 24 jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 15
Julai lalu.
Kembar tersebut, Muaiman dan Muaimi, yang kini 15 bulan, bercantum di
bahagian tulang pinggul yang turut sama berkongsi usus, dan saluran
kencing.
"Ketika kandungan isteri masuk bulan kelapan, kami sudah maklum anak kembar kami dalam keadaan bercantum.
"Dan, sejak itu, perasaan bimbang menyelubungi kami sekeluarga,
sehinggalah Muaimin dan Muaiman berjaya dipisahkan (15 Julai lalu),"
kata Azli kepada Sinar Harian, ditemui selepas lawatan Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ke HKL semalam.
Azli menambah, Ramadhan dan Aidilfitri kali ini sangat bererti buat
mereka sekeluarga apabila melihat anak kembarnya berjaya dipisahkan
walaupun terpaksa berhadapan dengan pandangan negatif segelintir ahli
keluarga terhadap dirinya.
"Ada juga yang menyalahkan saya apabila Muaiman dan Muaimin dilahirkan
begini, dan ia memberi tekanan kepada saya. Namun ada ahli keluarga yang
sentiasa menyokong saya dan isteri untuk lebih tabah menjalani ujian
Allah.
"Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pasukan bedah HKL yang
menjayakan pembedahan anak kembar saya, serta kakitangan Pediatrik yang
banyak membantu menguruskan mereka,"katanya yang berasal dari Felda
Pemanis 2, Segamat Johor, itu.
Difahamkan, isterinya, Nazilah Abdullah,38, kini sedang berpantang di Segamat.
Sementara itu,Ketua Bedah Pediatrik HKL, Datuk Dr. Zakaria Zahari,
berkata, kembar siam tersebut mula dibedah pada 14 Julai, jam 8 pagi dan
dipisahkan pada jam 10.10 malam sebelum pembedahan itu berakhir pada
jam 8 pagi keesokan harinya.
Menurutnya, seramai 19 pakar bedah dan bius serta 36 jururawat serta
kakitangan perubatan HKL dari Jabatan Pediatrik, pembedahan plastik dan
Ortopedik terlibat dalam pembedahan tersebut.
"Kedua-dua mereka berkongsi pundi kencing dan tulang pinggul, jadi
setelah dipisahkan, pihak HKL terpaksa membuat penstrukturan semula
(reconstruction) saluran kencing dan tulang pinggul kedua-dua mereka.
"Mereka juga akan menjalani pembedahan tampalan kulit berikutan masalah
luka hasil pembedahan memisahkan mereka, dan kita harap ia menjadi
pembedahan terakhir untuk kali ini,"katanya.
Tambah beliau, selepas dua minggu pembedahan, kedua-dua mereka akan menjalani fisioterapi.
"Ini merupakan pembedahan kembar siam ke 21 di Malaysia dan ke 14 di
HKL, kali pembedahan kali ini adalah paling kompleks disebabkan cantuman
di tiga bahagian tersebut.
"Semua pembiayaan pembedahan adalah ditanggung kerajaan,"katanya.
Sumber; sinar Harian.
4 comments:
Alhamdulillah
Alhamdulillah..syukur sangat kedua-dua mereka berjaya dipisahkan. semoga mereka bertambag sihat..
mamawana
alhamdulillah
salam ramadhan utk mamawana ye
rumah berkunci
terima kasih ya sudi tinggalkan komen di sini
Post a Comment