Persediaan Ke Gerbang Ramadhan
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillahirabbila'alamin. .Wassolatu wassalamu atas Rasul junjungan khotimul anbiya’ Muhammad S.A.W.
Bersyukurku ke hadrat Ilahi kerana masih dipinjamkan nikmat usia untuk
terus di nobatkan sebagai khalifah dan Hamba Allah di muka bumi..
Syukur sekali lagi kurafakkan pada Ilagi atas sebesar-besar nikmat kurniaan Ilahi, iaitulah nikmat Iman yang kita ditunjuki dan nikmat Islam yang kita warisi dan jadikan sebagai satu cara hidup yang syumul.
Alhamdulillah, kita telah melepasi bulan Rejab yang penuh dengan
barakah. Kini kita telah melangkah ke 16 Syaaban.
Dalam bulan Rejab 1433 Hijrah (2012),
kita telah sama-sama menyaksikan beberapa peristiwa penting yang berlaku
di dunia. Begitu juga dalam Bukan Sya'ban ini.
Dan pasti setiap diri kita ada sejarah yang tak dapat dilupakan pada Rejab dan Sya'ban ini. Misalnya asaya sendiri. Pada awal Sya'ban lalu, kenderaan suami saya mengalami kemalangan. Kemalangan kali ini agak teruk.
Kenderaan kami langsung tidak boleh bergerak. Kemek dan remuk. Cermin pecah. Almaklumlah berlanggar dengan lori tanah. Nak elak, tepi jalan tu pula gaung.
Namun syukur kepada Allah. Kecederaan anak-anak tidaklah teruk. Terima kasih uncle Cina yang tolong keluarkan dan pujuk anak-anak saya.
Terima kasih juga kepada saudara dan sahabat-sahabat yang membantu keluarga saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Semoga ukhuwah kita diberkati dan dirahmati Allah dunia akhirat. Amin.
Kini telah hadir Sya'ban. Tinggal tak sampai 15 hari sahaja lagi, Ramadhan menguak diri. Di kesempatan ini, pada entry ini saya tulis pada 16 Sya'ban.
Marilah kita sama-sama membaca selawat ke atas Rasululluah SAW.
Berselawat ke atas Nabi s.a.w. merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sabda
Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia yang paling
utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke
atasku”.
[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
Ingin lihat Kisah Benar, Pesawat Terselamat Berkat Selawat Nabi, klik di sini.
TUJUAN ALLAH MENCIPTAKAN MANUSIA
Tujuan Allah SWT menciptakan manusia ialah untuk berubudiyah kepada
Allah SWT berdasarkan kepada firman Allah SWT di dalam Surah Adz
Dzariyat ayat 56 yang bermaksud:
“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia, hanyasanya untuk berubudiyah kepadaKu.”
( Adz Dzariyat 51 : 56)
Puasa ialah salah satu bentuk ubudiyah yang difardhukan khusus di
dalam bulan Ramadhan bagi melahirkan mukmin bertaqwa dalam erti kata
yang sebenarnya.
Ia adalah ibadah yang dituntut bagi melahirkan bentuk ubudiyah yang
lebih besar dan menyeluruh meliputi ibadah-ibadah yang lain seperti
solat, mengeluarkan, mengerjakan haji dan lain-lain.
Ibadat puasa itu sendiri merupakan sumber motivasi dalam membina
potensi, semangat dan kekuatan muslim. Sekiranya ia dilakukan dengan
penuh kesedaran dan dilaksanakan dengan perlaksanaan yang terbaik maka
jiwa manusia dapat dibebaskan daripada kongkongan nafsu yang bersifat
keduniaan dan kebendaan.
Dan kehadiran bulan
Ramadhan adalah salah satu bentuk proses untuk menghasilkan taqwa yang
diredhai oleh Allah SWT.
DOA RASULULLUAH SAW KETIKA MENGHAMPIRI RAMADHAN
Bergema di
serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna
Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul SAW
Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh
Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini.
Diriwayatkan
bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ,
'‘Ya
Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami
ke bulan Ramadhan’
(Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
Ramadhan Bulan Kecintaan dan Kerinduan
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema
yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut
dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan.
Pernah digambar di dalam sirah para sahabat Rasulullah SAW bahawa mereka
adalah satu kelompok manusia yang sangat merindui dan mencintai
kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak. Rasulullah SAW dan para sahabat
sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT dengan harapan agar dapat
menjejaki kaki dan merasai penghayatan ibadah di bulan yang barakah ini.
Ini terbukti
dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar
bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi
dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda
bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan
Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita
mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau
berlalu tanpa dimanfaatkan.
Saudara yang mulia,
bagaimanakah halnya kita?
Kenapa para sahabat begitu teruja dengan kehadiran Ramadhan?
Sudah tentu, padanya terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang
sangat banyak dan berharga. Jelas kepada kita, Ramadhan adalah bulan
yang sangat indah dan cukup istimewa di hati orang-orang yang beriman.
Inilah bulan pendidikan dan bulan peningkatan Iman.
Firman Allah SWT :
“ Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan)
Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan
mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).”
(
Al- Baqarah 2 : 185)
INPUT, PROSES DAN OUTCOME RAMADHAN AL KAREMM
Pada entry ini, mari kita beri tumpuan di dalam membicarakan soal Ramadhan.
Perkara yang akan dilihat ini
boleh dilihat dari sudut input, proses dan outcome dalam menghadapi
Ramadhan.
1) INPUT:
Input boleh kita gambarkan sebagai titik tolak dan persiapan
yang akan menjadi pemacu kepada proses Ibadah yang akan dilaksanakan di
dalam bulan Ramadhan.
2)PROSES:
Proses pula ialah aspek perlaksanaan
aktiviti-aktiviti yang akan mendidik jiwa dan hati untuk mencapai target
serta menghasilkan outcome yang dihajati setelah melalui bulan
Ramadhan.
3) OUTCOME
Manakala, outcome pula ialah hasilan daripada proses yang
telah dijalani sepanjang bulan Ramadhan iaitu menjadi mukmin yang
bertaqwa.
A point to ponder :
"Ramadhan bukan bulan kerehatan, tetapi Ramadan adalah bulan pertempuran"
Ya Allah! For thee, let my breath be more pleasant than musk
Ya Allah! For thee, let me be thankful when day turns to dusk
My thoughts and heart are purified, my eyes truly see'
This blessed month, the month of spiritual rhapsody!
( Ya Ramadan - by Noor Syed )
PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADHAN
PERSEDIAAN IMAN
1. TAUBAT NASUHA
Taubat yang benar.Melakukan solat Sunat taubat, Istighfar dan berazam meninggalkan maksiat dan tidak melakukannya lagi.
Taubat adalah lambang kerendahan dan sifat kehambaan. Taubat bererti
penyesalan dan keinsafan. Bulan Ramadhan adalah bulan memperbanyakan
taubat dan mengembalikan jiwa kepada kesucian fitrah yang asal.
Hadith Riwayat Daripada
Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda :
“ Sesiapa yang berpuasa
Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya
segala dosanya yang telah lalu.”
(Diriwayatkan oleh Imam Nasai’, Ibnu
Habban dan Baihaqi)
2. SOLAT
Sentiasa tekun mendirikan Solat Fardhu 5 waktu. Usah sekali tinggalkan solat fardhu.
Pertingkatkan ibadah solat dari segi kesempurnaan, dan banyak
melaksanakan solat secara berjemaah. Pada masa yang sama juga lazimkan
diri dengan memperbanyakan solat-solat sunat seperti solat sunat taubat,
Solat Sunat Hajat dan Solat tahajud.
3. DOA
Sentiasa berdoa kepada Allah. Dalam Bahasa Melayu pun takpe. Namun ada suatu doa daripada hadith Shohih :
Diriwayatkan
bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ,
'‘Ya
Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami
ke bulan Ramadhan’
(Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).
" Allahumma Ballighna Ramadhan."
4. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
5. Membaca Al-Quran. Jika tidak berapa mahir membaca Al Quran, bacalah Al Quran dalam Juz Amma. Surah yang pendek seperti Al Ikhlas. Sekurang-kurangnya ada membaca Al Quran dalam sehari.
6. Mujahadah untuk bangun malam. Jika tak mampu, cubalah buat sedikit sedikit dahulu. Misalnya beberapa kali seminggu).
7. Rajinlah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Setiap hari mesti ada aktiviti berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
PERSEDIAAN ILMU
1. Membaca dan belajar Buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa. Seeloknya apabila belajar bab agama ini, hendaklah berguru dengan guru yang muktabar.
2. Membaca buku-buku sejarah Nabi Muahammad SAW dan para sahabat as sabiqu nal aw walun.
3. Mendengar menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
PERSEDIAAN JIWA DAN ROHANI
1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.
Input Menghadapi Ramadhan
Di dalam melaksanakan sesuatu perkara, menyediakan persediaan jiwa
dan persiapan hati merupakan sesuatu yang sangat penting. Seharusnya,
Ramadhan itu dilalui dengan niat yang bersih dan menetapkan satu
“mindsetting” yang betul agar titik tolak Ramadhan itu betul, sahih dan
mengikut acuan syara’.
Para ulama menyifatkan Ramadhan sebagai satu madrasah ( institusi
pendidikan seperti kolej atau sekolah). Sebagai sebuah sekolah sudah
tentulah ia mempunyai matlamat, sistem kurikulum yang tersendiri.
Peranan utama Ramadhan ialah melahirkan para graduan yang bertakwa
apabila individu itu benar-benar melalui sistem dan kurikulum selama
berada di madrasah ini.
Seharusnya, di dalam menghadapi bulan Ramadhan seseorang itu harus
melakukan persiapan dan penyediaan yang meliputi daripada pelbagai
aspek dan memahami hakikat sebenar kehadiran Ramadhan sebagai institusi
pentarbiyah jiwa dan mendidik muslim mukmin untuk mencapai taqwa.
Jika
kita lihat kepada sirah generasi para sahabat Baginda Rasulullah SAW,
hati dan jiwa mereka sentiasa segar mengingati bulan Ramadhan. Sepanjang
enam bulan pertama sebelum tibanya bulan Ramadhan para sahabat akan
bersungguh-sungguh berdoa agar diberi peluang untuk berada di bulan
Ramadhan.
Antara input yang perlu ada dalam diri seorang individu dalam
melaksanakan persiapan Ramadhan ialah memahami sistem Islam itu dan
menghayati tuntutan ibadah puasa serta ibadah lain yang akan
dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan.
Sekiranya ini berlaku, ia umpama
mindsetting kepada individu tersebut bahawa kehadiran bulan Ramadhan
adalah seperti kursus intensif di dalam proses penyucian jiwa bagi
melahirkan jiwa-jiwa yang bersih dan jernih. Jiwa sebeginilah yang
dihajatkan bagi memperolehi darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.
Persekitaran yang baik dan amalan-amalan kebaikan yang dilaksanakan
seharian di dalam kehidupan juga boleh menjadi salah satu bentuk
persiapan bagi menghadapi ibadah di bulan Ramadhan.
Ia akan memudahkan
dari segi aspek perlaksanaan amalan soleh di dalam bulan Ramadhan kerana
suasana-suasana yang baik dan soleh ini mampu memberi rangsangan dan
dorongan kepada seseorang untuk memiliki perasaan dan keghairahan untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Selain daripada itu, persiapan yang menyeluruh meliputi aspek fakulti
keinsanan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek harus berjalan
dengan seimbang dan bersepadu. Ia menjelaskan kepada kita bahawa,
persiapan menghadapi bulan yang penuh rahmat dan barakah ini wajar
dipersiapkan dengan persiapan yang holistik, menyeluruh dan seimbang.
Sehubungan dengan itu, medan yang terbaik untuk melakukan persiapan ini
harus bermula seawal bulan Rejab dan teruskan di bulan Syaaban agar
seseorang itu melangkah ke bulan Ramadhan dengan persediaan yang rapi
meliputi segala aspek.
Input inilah yang harus menjadi agenda utama di dalam persiapan diri
seseorang yang inginkan Ramadhan sebagai medan ibadah yang terbaik di
dalam kehidupannya. Persiapan menyuburkan persekitaran dengan amalan
yang soleh, persediaan yang meliputi aspek fakulti keinsanan dan
perlaksanaan amal perlu diseimbangkan agar Ramadhan yang dilalui itu
menghasilkan bunga-bunga ketaqwaan yang akan menghiasi taman-taman
kehidupan seseorang mukmin itu sendiri.
Proses pentarbiyahan Ramadhan
Setibanya di bulan Ramadhan, bagi individu-individu yang telah
melakukan persiapan dan persediaan yang rapi maka mereka akan melalui
proses ibadah di bulan Ramadhan dengan penuh perasaan kecintaan,
kerinduan serta dibakar dengan semangat yang berkobar-kobar dan membara .
Bulan yang penuh barakah dan rahmat ini, akan dihayati dan disyukuri
kehadirannya dan secara tidak langsung akan dipenuhi dengan segala
bentuk ibadah kepada Allah SWT dengan niat yang bersih serta sentiasa
melaksanakannya dengan sempurna agar ia benar-benar dikira sebagai
amalan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
Ibadat puasa itu sendiri merupakan sumber motivasi dalam membina
potensi, semangat dan kekuatan muslim. Sekiranya ia dilakukan dengan
penuh kesedaran dan dilaksanakan dengan perlaksanaan yang terbaik maka
jiwa manusia dapat dibebaskan daripada kongkongan nafsu yang bersifat
keduniaan dan kebendaan. Proses ini seterusnya akan melahirkan individu
yang jiwanya penuh merasai kehambaan kepada Allah SWT dan bukannya
menjadi hamba kepada nafsu.
Outcome Ramadhan
1) Persiapan Ilmu dan Iman
Ilmu adalah input, eleman dan unsur terpenting bagi memandu manusia
untuk melaksanakan sesuatu ibadah dengan betul dan sempurna. Dengan
ilmu, ibadah tersebut akan dilaksanakan dengan bersumberkan Al-Quran dan
As Sunnah. Persediaan iman merupakan pra syarat utama bagi melayakan
individu muslim menerima amanah Ramadhan ini. Seharusnya, satu
perancangan dilakukan dengan meletakan matlamat, strategi, pelan
tindakan, dan kawalan
2) Solat
Pertingkatkan ibadah solat dari segi kesempurnaan, dan banyak
melaksanakan solat secara berjemaah. Pada masa yang sama juga lazimkan
diri dengan memperbanyakan solat-solat sunat seperti solat sunat taubat,
hajat dan dirikan solat malam sepanjang bulan Ramadhan
3)
Puasa
Puasa merupakan medan untuk membulatkan keazaman, kesabaran, dan
ketabahan hati kepada Allah SW. Puasa ini merupakan medan latihan yang
memerlukan ketabahan dalam menanggung kesusahan dan menghadapi
kesulitan. Tingkatkan mutu dan kualiti ibadah puasa dengan sentiasa
menyemaknya dari semasa ke semasa.
4)
Al-Quran
Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Bulan kita dianjurkan untuk
perbanyakan membaca dan mentadabur Al-Quran. Bukan sahaja membaca tetapi
juga, memahami erti Al-Quran, dan mengamalkannya dalam kehidupan.
Al-Quran merupakan jalan pembersihan hati , terkandungnya pelbagai
hikmah, punca pancaran hidayah, sumber penawar sanubari dan kaedah
menghidupkan hati yang sangat penting bagi seluruh manusia.
5)
Solat sunat terawih
Solat sunat terawih adalah solat sunat mu’akadah yang sangat dituntut
dan boleh dikerjakan sendiri atau berjemaah. Ia adalah syiar dan memberi
kesan yang sangat besar dalam kehidupan muslim.Dan solat sunat ini
hanya ada semasa bulan Ramadhan sahaja. Terawih bermaksud rehat.
Kerehatan yang memberikan kemanisan beribadah dan menyegarkan jiwa serta
hati kepada sesiapa yang melaksanakannya dengan ikhlas.
6) Muhasabah
Menghisab dan memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT adalah
jalan-jalan membina rasa kehambaan kepada Allah SWT. Ia adalah sesuatu
yang sangat penting bagi melahirkan rasa kekerdilan diri dan membina
jiwa kehambaan. Koreksi diri dan menilai diri terhadap diri, amalan dan
segala kehidupan di dunia ini setiap malam adalah amalan para nabi,para
sahabat dan juga generasi salaful soleh.
7) Sabar
Latihan ibadah di bulan Ramadhan terutamanya puasa kerana ia mampu
melemahkan kekuatan syahwat dan kemarahan. Dalam masa yang sama, puasa
mendidik kesabaran dan latihan mengendalikan nafsu di samping sanggup
menanggung derita lapar, sabar dalam ketaatan, sabar untuk menjauhi
maksiat dan sabar menghadapi kesusahan.
8) Doa dan Munajat
Firman Allah bermaksud :
“ Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri
dan suara perlahan.”
( Al-Araf 7 : 55)
Bulan Ramadhan merupakan bulan
yang mustajab untuk berdoa. Terutama di waktu fajar, selepas qiamullail
dan tahajud.
9) Menanti Lailatul Qadar
Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan yang mempunyai
keistimewaan malam lebih baik dari seribu bulan.
Rasulullah SAW pernah
bersabda : “ Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir. Jika
salah seorang di antara kalian tidak mampu atau lemah, maka hendaklah
dia tidak ketinggalan untuk mengejar tujuh malam yang tersisa.”
(HR
Bukhari dan Muslim)
10)
Istighfar
Memperbanyakan beristighfar kerana ia akan menyinari hati agar terus
hidup dan segar serta membangkitkan perasaan untuk mengerjakan kebaikan
dan kebenaran.
Firman Allah SWT bermaksud :
“ Dan mohonlah ampun kepada
Allah. Sesungguhnya Allah Pengampun Lagi Maha Penyayang.” ( An-Nisa’ :
106)
Natijah Ramadhan
Madrasah Ramadhan yang dilalui dengan keikhlasan, keimanan dan
kesungguhan akan menghasilkan seorang mukmin yang bertaqwa dan terdidik
dengan didikan keimanan kepada Allah SWT.
Inilah “outcome” daripada madrasah Ramadhan. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
( Al- Baqarah 2 : 183)
Bulan Ramadhan melahirkan peribadi bertaqwa, bebas dan merdeka.
Ramadhan adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh mukmin sejati untuk
melatih diri untuk mencapai taqwa seperti yang dikehendaki oleh Allah
SWT.
Hasilan inilah yang ingin dicapai agar segala yang dilaksanakan di
dalam bulan Ramadhan membuahkan natijah yang nyata dan diredhai oleh
Allah SWT.
Penutup
Semoga proses pentarbiyahan di dalam bulan Ramadhan akan menghasilkan
taqwa dalam erti kata yang syamil dan kamil serta memenuhi tuntutan
untuk membentuk seseorang individu sebagai seorang hamba Allah SWT.
Justeru, inilah hakikat perhambaan Allah SWT yang sebenarnya iaitu di
mana ubudiyah itu berlaku pada setiap masa, ketika dan waktu. Semoga ruh
Ramadhan, membuahkan kemenangan di pagi bulan Syawal yang penuh barakah
dan diteruskan di dalam bulan-bulan yang lain. InsyaAllah.
3 comments:
salam...
kejap btul msa berlalu, dah nk posa.. slmt menunaikan ibadah puasa
Alhamdulillah...selamat semuanya...ujian Allah itu tarbiyah dan sabar itu Indah...
selamat menanti kedatangan ramadhan Kareem...
dok jengka ke..jegka kat mana...? :)
السلم عليكم ورحمة الله
Moga ummu sihat hendaknya dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT.
Sungguh besar maknanya berselawat kepada Rasulullah s.a.w. yang kita kasihi, sehingga Allah kurniakan 10 rahmat kepada kita jika kita berselawat sekali kepada Rasulullah s.a.w.
Moga Allah panjangkan usia kita semua dapat kiranya berjumpa dengan Ramadhan tahun ini.
Post a Comment