Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, July 19, 2012

Kanak-kanak OKU Dapat Baju Raya

274 OKU terima baju raya

 

Saripah Zulkifli memakaikan baju raya pada Mohd. Ibrahim Lokman sambil diperhatikan ibunya, Hozaliah Bahari (kanan) pada program Ceria Lebaran Pusat Dalam Komuniti di Ipoh, semalam.

IPOH 16 Julai - Sambutan Aidilfitri bagi 274 kanak-kanak daripada golongan orang kurang upaya (OKU) ternyata lebih meriah tahun ini apabila mereka berpeluang memilih sendiri baju raya.

Mereka yang merupakan penghuni 10 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dari seluruh negeri dibawa ke Pasaraya Mydin di Meru Raya di sini sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri.

Program yang dinamakan Ceria Lebaran PDK itu dianjurkan oleh Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri).

Yang Dipertua Baiduri, Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, program tersebut merupakan penganjuran kali kedua pihaknya dengan melibatkan perbelanjaan berjumlah RM23,000.

Katanya, melalui program tersebut setiap penghuni PDK dibenarkan memilih sendiri pakaian mereka dengan peruntukan sebanyak RM80 seorang.

''Ini kali kedua kita menganjurkan program seperti ini dengan melibatkan 10 PDK dengan pemilihannya dibuat secara bergilir-gilir.

''Program ini merupakan sebahagian usaha Baiduri untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik bagi membolehkan mereka menikmati kegembiraan menyambut Syawal seperti orang lain," katanya ketika ditemui di pasar raya berkenaan di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penerima, Meor Muhd. Amirul Syazwan Meor Zainal, 23, berkata, dia berasa gembira kerana diberi peluang untuk memilih pakaian raya mengikut cita rasa sendiri.

Bagi Nurul Hafiz Riduan, 28, sumbangan Baiduri itu dilihat mampu meringankan beban perbelanjaan keluarganya menjelang Aidilfitri nanti.
''Selepas ini, ibu bapa saya tidak perlu lagi membeli keperluan saya kerana semuanya sudah dibeli hari ini. Terima kasih Baiduri kerana membantu," katanya. 

Sumber: Utusan Malaysia

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design