Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers

Thursday, July 19, 2012

Ratapan Anak Tiri Bapa Sedih Siti Norzana kena jual

Ratapan Anak Tiri Bapa Sedih Siti Norzana kena jual

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sempena Ramadhan yang bakal tiba, marilah kita berdoa selau untuk kebaikan kita, ibu bapa kita, keluarga kita, saudara mara kita, sahabat kita,  guru-guru kita, saudara seagama dengan kita di seluruh dunia ini, untuk seluruh muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat samada yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia yang mana mereka itu beriman kepada Mu Ya Allah.

Di sini saya link artikel berkaitan Doa Qunut Nazilah. 
1) Doa Qunut Nazilah Buat Saudara SeIslam, klik di sini 
2) Panduan cara Membaca Doa Qunut Nazilah, klik di sini. 
3) Dengar Doa Qunut Nazilah Yang Ada di Radio IKIM.fm, Klik di sini.

 HUKUM MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab
Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.

Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib."
(Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata: "Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya." (Al-Mughni 1/450).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،¨ (Taudhih Al-Ahkam).

Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim. 


NORDI bersama Nurul Safiza Fitri (kanan), Muhammad Nurhan dan Nurmasyita masih menunggu kepulangan Siti Norzana (gambar kecil) di kediamannya di Kempas, Johor Bahru.

Pemuda Umno: Ada bukti Siti Norzana dijual, dipaksa jadi buruh kasar

Khairun menunjukkan gambar terbaru Siti Norzana yang didakwa menjadi mangsa pemerdagangan manusia


KUALA LUMPUR - Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno, mempunyai bukti berlakunya jenayah pemerdagangan manusia terhadap Siti Norzana Nordi, 12, yang dilarikan oleh ibu tirinya ke Lampung Indonesia, Mei 2010.

Pengerusinya, Datuk Khairun Aseh berkata, maklumat ini diperoleh hasil daripada siasatan yang dijalankan oleh biro berkenaan.


Menurutnya, hasil siasatan itu menunjukkan bahawa Siti Norzana menjadi mangsa pemerdagangan oleh ibu tirinya yang juga warga Indonesia.


“Kanak-kanak terbabit dipercayai dijaga seorang lelaki yang telah membelinya dan dipaksa menjadi buruh kasar.


“Saya juga tidak menolak kemungkinan kanak-kanak itu menjadi hamba seks, bagaimanapun kami sedang mengumpul bukti mengenainya,” katanya semalam.


Sebelum ini, Siti Norzana bersama tiga adiknya iaitu Nurul Safiza Fitri, 11; Muhammad Nurhan, 9, dan Nur Masyita Amiera, 8, dibawa ke kampung halaman ibu tirinya, Karsini Chaslam, 25, oleh bapa mereka Nordi Adi, 57.


Ketika berada di sana, Nordi ditipu oleh Karsini dan menjadikan anaknya sebagai mangsa ugutan bagi Nordi menyerahkan semua wang simpanannya.


Setelah memperoleh wang berkenaan, Karsini membawa empat beradik itu ke Lampung dan meninggalkan mereka di situ.


Bagaimanapun tiga adik Siti Norzana berjaya dibawa pulang pada 30 Jun lalu, hasil bantuan Biro Aduan Komuniti Awam Pemuda Umno.


Khairun berkata, pihaknya juga meminta kerjasama daripada Kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan masalah tersebut kerana lelaki yang didakwa menjaga Siti Norzana enggan melepaskan kanak-kanak itu.


Menurutnya, lelaki ini juga bertindak ganas terhadap dua kakitangan biro yang menemui mereka baru-baru ini.


“Kami akan menghantar nota rayuan kepada Kedutaan Indonesia hari ini (semalam), bagi menggesa pihak berkuasa dan kerajaan Indonesia campur tangan dalam isu ini.


“Saya juga sudah memaklumkan perkara ini kepada polis antarabangsa (Interpol) bagi tindakan selanjutnya,” katanya.


Sementara itu, Nordi berkata, perkara terbabit tidak mustahil berlaku ke atas anak sulungnya.


Menurutnya, dia mengesyaki sesuatu yang buruk dilakukan ke atas anaknya, namun enggan mendedahkannya selagi Siti Norzana atau lebih mesra dengan panggilan Zana belum kembali ke pangkuan keluarganya di Malaysia.


“Saya memang ada terdetik perkara (tidak baik) berlaku ke atas Zana, kerana Nurul Safiza Fitri, (anak kedua) saya ada menceritakan beberapa perkara sekembalinya dia di sini.


“Saya tidak mahu mendedahkan perkara ini selagi Zana tidak pulang lagi kerana khuatir Zana akan diapa-apakan atau perkara yang lebih buruk mungkin berlaku. Tapi saya akan mengambil tindakan sepatutnya selepas mendapatkan kepastian apa yang berlaku dan mereka yang (menzalimi) anak saya akan diheret ke muka pengadilan,” katanya.


Menurut Nordi, dia tidak sabar membawa Siti Norzana pulang dan akan berasa terkilan jika perkara tidak baik ini benar-benar berlaku.


“Kekhilafan dua tahun di sana menjerat Zana kepada sesuatu yang tidak baik,” katanya kepada Sinar Harian semalam.


SUMBER; SINAR HARIAN,ARHIZA AHMAD
18 Julai 2012 

JOHOR BAHRU – Bapa kepada Siti Norzana Nordi, 12, yang dipercayai telah dijual dan menjadi mangsa pemerdagangan orang terkejut dan terlalu sayu mendengar nasib malang yang menimpa anak kesayangannya itu.
“Saya tidak tahu hendak kata apa, saya cukup sedih. Bila menatap wajahnya di akhbar, saya dapat rasa beban yang sedang ditanggungnya,” kata Nordi Adi, 40, ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Nordi yang telah menceraikan isterinya, Karsini Kaslam, 25, percaya, perbuatan menjual anak sulungnya itu didalangi oleh bekas ibu mertua dan bekas iparnya yang menetap di Mesuji, Lampung, Jawa Timur tidak jauh dari kediaman Karsini.
“Saya hampir pasti dan anak saya, Nurul Safiza Fitri turut beberapa kali maklum kepada saya tentang hal ini,” ujarnya sebak.
Nordi yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sini juga mengesyaki sesuatu yang lebih buruk berlaku ke atas Siti Norzana namun tidak mahu mendedahkannya selagi anaknya tidak kembali ke Malaysia bersamanya.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Siti Norzana bersama tiga adiknya iaitu Nurul Safiza Fitri, 11, Muhammad Nurhan, 9, dan Nurmasyita Amiera, 8, dijadikan tebusan oleh Karsini bagi memeras ugut Nordi.
Hasil bantuan Biro Aduan Komuniti UMNO, kesemua mereka kecuali Siti Norzana dapat dibawa pulang dari Lampung, Indonesia dan selamat tiba di tanah air pada 30 Jun lalu. Dia ketika itu dikatakan tinggal berasingan dengan saudara ibu tirinya di Temusuci, Indonesia.
Kelmarin, Pengerusi biro berkenaan, Datuk Muhd. Khairun Aseh mendedahkan bahawa kanak-kanak berkenaan menjadi mangsa pemerdagangan dan dipercayai dijaga seorang lelaki yang telah membelinya dan dipaksa menjadi buruh kasar.
“Kami sekeluarga berdoa agar Zana dapat diselamatkan dan saya berhasrat menemui Zana di sana jika diberi peluang,” kata Nordi.u. (Sumber; Kosmo)
 

4 comments:

C'Jai said...

Allahirobi.........kesiannye anak ini...

makchaq said...

Ayah tertipu anak yang jadi mangsa..

Zaitun said...

Salam ummu

Semoga zana selamat dan kembali ke pangkuan ayah dan adik2nya.

Selamat menyambut Ramadhan buat ummu sekeluarga.

Maiyah said...

salam..

ya Allah.. lindungilah dia :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design