Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Thursday, July 19, 2012

Penuntut Mara terlibat kebakaran di AS terima RM7,000

Penuntut Mara terlibat kebakaran di AS terima RM7,000

KUALA LUMPUR - Enam penuntut tajaan Mara yang terlibat dalam kebakaran di kompleks pangsapuri South Meadow Apartments, Ames, Iowa Ahad lepas, diberi bantuan RM7,000 seorang.

Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad berkata peruntukan khas berjumlah RM42,000 itu adalah bagi membantu mereka memulakan kehidupan baru dan bantuan itu meliputi elaun komputer, baju panas dan sara hidup.

"Bantuan ini disalur secara terus kepada tiga pelajar yang sedang bercuti di Malaysia, manakala bantuan untuk tiga lagi pelajar lain yang berada di Amerika Syarikat akan disalurkan melalui pejabat Mara di Washington," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Ibrahim berkata pengurusan bangunan kediaman berkenaan juga telah memberi komitmen untuk mengurus penempatan baru seperti tercatat dalam kontrak yang ditandatangani bersama penuntut berkenaan.

"Pejabat Mara di Amerika Syarikat juga telah mendapat komitmen daripada Dekan Hal Ehwal Pelajar, Iowa State University untuk kursus Summer School, buku-buku perpustakaan yang telah musnah serta urusan kaunseling," katanya. 

Beliau berkata Mara juga telah memaklumkan kepada ibu bapa dan waris penuntut berkenaan mengenai keadaan anak-anak mereka dan bantuan segera yang disalur oleh majlis itu untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Daripada siasatan yang dijalankan, enam daripada 17 penuntut Malaysia yang menghuni lima unit kediamaan di kompleks pangsapuri itu adalah penuntut tajaan Mara, katanya.

Beliau berkata tiga daripada penuntut tajaannya yang berada di Ames, Iowa kini menginap di apartmen rakan-rakan mereka.

Kejadian awal pagi Ahad itu mengakibatkan kira-kira 100 penghuni termasuk 17 penuntut Malaysia yang mendiami 56 unit rumah di kompleks pangsapuri itu kehilangan tempat tinggal.

Ketika kejadian hanya empat penuntut Malaysia berada di kediaman mereka, manakala 13 lagi sedang bercuti iaitu tiga berada di tanah air dan bakinya melancong di sekitar negara itu.

Empat penuntut terlibat yang semuanya berusia 21 tahun dan menuntut di Tahun Dua jurusan kejuruteraan di Iowa State University, hanya sempat menyelamatkan dompet dan telefon bimbit masing-masing. - Bernama

Sumber; Sinar Harian

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design