Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Saturday, July 28, 2012

Mayat Guru Ditemui Dalam Tandas

Mayat Guru Ditemui Dalam Tandas



Al fatihah untuk allahyarham dan salam takziah untuk keluarga Allahyarham Mohd Khairudin Nordin,  55, Guru Sekolah Arab Maahad Muhammadi Rantau Panjang, Banggol Kulim, Pasir Mas.


Mayat Guru Dalam Tandas

Pasir Mas: Kehadiran banyak lalat dan bau busuk dalam tandas di Masjid Kempas, Lati di sini, membawa kepada penemuan mayat guru sekolah agama yang dipercayai meninggal dunia dua hari lalu.

Mohd Khairudin Nordin, (kanan) 55, yang dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung, mengajar di Sekolah Arab Maahad Muhammadi Rantau Panjang, Banggol Kulim dan ditemui dalam keadaan terduduk.
Sebelum itu, seorang bilal yang curiga dengan kehadiran lalat dan bau busuk cuba membuka pintu tandas berkenaan, namun ia berkunci dari dalam sebelum memaklumkan setiausaha masjid dan polis.

Selepas pintu tandas dipecahkan anggota bomba, mereka menemui mayat beliau.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim, berkata bilal masuk ke dalam tandas jam 2.50 petang, kelmarin, dan curiga banyak lalat dan bau busuk sebelum memaklumkan kepada polis.

Isteri pertama mangsa, Rahimah Mohd Nor, 56, yang dimaklumkan kejadian itu oleh polis, berkata beliau menyangka suaminya tidak pulang kerana bermalam di rumah madunya.

"Isteri keduanya (madu Rahimah) pula beranggapan suami bermalam di rumah saya, masing-masing beranggapan begitu dan tidak mengesyaki sebarang perkara buruk.
"Kali terakhir saya menemui suami, petang Isnin lalu sebelum berbuka puasa apabila arwah pulang mengambil makanan untuk berbuka di masjid sebelum bermalam di rumah isteri kedua,” katanya.

sumber; Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design