Photobucket

Welcome

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Followers


Friday, July 27, 2012

Touch ‘n Go Percuma Diberi SILK

Touch ‘n Go Percuma Diberi SILK


Ketua Operasi Silk Holdings Berhad, Adzmi Shafie, (kiri) ketika memberi kad Touch ‘n Go percuma kepada pengguna Lebuh Raya Silk.

Sejumlah 500 kad Touch ‘n Go diberi percuma kepada pelanggan di Plaza Tol Sungai Ramal sebagai inisiatif pemegang konsesi dan pengendali Lebuh Raya Kajang Silk, dan Touch ‘n Go Sdn Bhd, untuk menyenangkan pengguna.

Inisiatif itu dianjurkan bertujuan menggalakkan penggunaan lorong Touch ‘n Go di samping menggantikan sistem tunai biasa.


Pengerusi Eksekutif Silk Holdings Bhd (SHB), Datuk Mohd Azlan Hashim berkata, penggunaannya juga akan mengurangkan kesesakan di lorong pembayaran tunai lebuh raya itu terutama pada waktu puncak.

"Silk telah memperuntukkan 4,500 kad Touch ‘n Go untuk inisiatif ini, yang akan diberikan kepada pengguna jalan raya terpilih secara berperingkat.

“Pemberian ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyediakan kemudahan tambahan kepada pengguna jalan raya apabila menggunakan Lebuh Raya Kajang Silk."

 "Menerusi inisiatif ini, Silk juga  memberikan kesenangan dan penjimatan kos deposit RM10 yang akan diserap oleh Silk,” katanya.

Beliau berkata, kini kira-kira 48 peratus daripada pengguna lebuh raya tersebut menggunakan kaedah pembayaran Touch 'n Go dan syarikat berhasrat meningkatkan kadar tersebut kepada 55 peratus.

Sumber; Sinar harian

0 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

...Jurnal Kehidupan... Template by Ipietoon Cute Blog Design